Implikasi sosioekonomi pembangunan pelancongan penyelaman skuba terhadap komuniti pulau di Malaysia: Satu tinjauan awal (Socioeconomic implications of scuba diving tourism development on the island community of Malaysia: A preliminary observation)

Jabil Mapjabil, Mohamad Pirdaus Yusoh, Rosmiza Zainol

Abstract


Makalah ini bertujuan membincangkan pembangunan pelancongan penyelaman skuba di beberapa pulau di Malaysia serta implikasinya terhadap sosioekonomi komuniti pulau berkenaan. Pelancongan penyelaman skuba ialah satu bentuk pelancongan khusus yang menawarkan aktiviti penyelaman skuba sebagai produk utama percutian di pulau. Terdapat beberapa ciri khusus yang menjadikan sesebuah destinasi pelancongan penyelaman skuba itu terkenal di peringkat global. Antaranya persekitaran marin yang sihat, informasi yang lengkap dan tepat di sepanjang keseluruhan perjalanan pelancongan berkenaan, wujudnya pelbagai lokasi penyelaman seperti tinggalan kapal karam, jurang yang dalam dan terumbu karang, jarak penglihatan yang baik dan kaya dengan pelbagai spesies hidupan marin. Kajian yang dijalankan secara literatur ini adalah berasaskan pengalaman di beberapa pulau termasuk Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Pulau Layang-Layang, Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Payar. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelancongan penyelaman skuba ini telah memberi implikasi sosioekonomi yang besar kepada komuniti tempatan. Ini dapat dilihat berdasarkan penyertaan komuniti tempatan dalam aktiviti tersebut. Bagaimanapun, wujud impak negatif dalam bentuk manipulasi pasaran oleh pihak ketiga selain peningkatan pemilikan tanah oleh orang luar dan perubahan guna tanah pertanian di pulau berkenaan.

Katakunci: destinasi pelancongan, implikasi sosioekonomi, komuniti pulau, pembangunan pelancongan, penyelaman skuba, penyertaan penduduk setempat

This paper discusses scuba diving tourism development on several islands in Malaysia and its socioeconomic implications to the island communities. Scuba diving tourism is a specialized form of tourism that offers scuba diving activities as the main product of island holidays. There are several features that make scuba diving islands a popular tourist destination renowned globally. These include a healthy marine environment, complete and accurate information throughout the whole tourism journey, the presence of a variety of diving sites such as the remains of sunken ships, deep trenches in the coral reefs, good underwater visibility and rich marine life species. This literature study was based on the experience of selected islands namely Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Pulau Layang-Layang, Pulau Perhentian, Pulau Redang and Pulau Payar. Scuba diving as a tourism activity has brought a direct socioeconomic implication the local communities. This may be observed through the islanders’ participation in various economic activities. However, there are also some negative impacts such as market manipulation by outside parties, increasing land wnwership by outside people and agricultural land use changes in the islands.

Keywords: island community, local participation, socio-economic implications, scuba diving, tourism destination, tourism development


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.