Impak sosial pembangunan Bandar Baru Putrajaya terhadap penduduk asal: Kes isi rumah yang dipindahkan ke Taman Permata, Dengkil, Selangor (Social impacts of Putrajaya New Town development on the original settlers: The case of the resettled households in Taman Permata, Dengkil, Selangor)

Selvi Narayanan, Katiman Rostam

Abstract


Pembangunan bandar baru menyumbang kepada kemajuan ekonomi dan sosial negara. Namun, ia turut memberikan impak sosial yang negatif melalui peminggiran penduduk asal. Makalah ini bertujuan untuk membincangkan impak sosial pembangunan bandar baru Putrajaya terhadap penduduk asal dengan rujukan khas kepada isi rumah di Taman Permata, Dengkil. Isi rumah berkenaan sebelumnya pekerja telah ditempatkan semula di taman tersebut lebih 10 tahun. Melalui pemerhatian turut serta, temu bual mendalam dengan isi rumah terpilih dan data sekunder yang berkaitan, pelbagai maklumat telah dianalisis. Hasilnya kajian ini mendapati bahawa golongan isi rumah yang rata-rata miskin dan berusia lanjut ini telah mengalami pelbagai masalah ekonomi dan sosial yang kompleks akibat pemindahan yang dipaksakan ke atas mereka. Isi rumah tersebut terpaksa menghadapi masalah seperti ketiadaan akses kepada peluang pekerjaan yang sesuai, kemudahan sosial terutamanya perkhidmatan pendidikan dan pengangkutan awam. Lebih daripada itu, isi rumah tersebut telah kehilangan kehidupan yang aman dan sejahtera di ladang yang telah mereka kecapi bergenerasi lamanya. Menyesuaikan diri dengan kehidupan dalam persekitaran bandar yang baru adalah suatu cabaran yang getir buat kebanyakan isi rumah yang miskin dan berumur. Mereka sangat merasakan bahawa mereka telah dipinggirkan oleh pihak berkuasa berkaitan. Pengalaman isi rumah Taman Permata ini merupakan suatu contoh yang jelas bagaimana pembangunan bandar baru memberikan impak sosial yang serius kepada sekumpulan penduduk yang miskin dan kurang berkeupayaan.

Katakunci: impak sosial, kemiskinan, ketaksampaian, marginalisasi, pembangunan bandar baru, penduduk asal

New urban development undoubtedly has contributed to national economic and social progress. However, new town development has also brought some negative impacts vis-a-vis marginalization oforiginal settlers. This article discusses the social impact of development of Putrajaya on the original settlers with reference community of Taman Permata, Dengkil. The households who previously plantation workers have been resettled in the area for more than 10 years. Information collected through participation observations and interviews with the households involved together with secondary data, were analysed. The study found that these poor people of the resettlement scheme have undergone numerous and complex socioeconomic problems as a result of the forced migration. The households have to cope with various problems including inaccessibility to suitable employment opportunities, social services particularly education and public transportation. Above all, the community have lost the peaceful and serenity of estate life that they have lived for generations. Adapting to the new urban environment has been a serious challenge to the mostly poor and elderly households. They seriously felt that they have been neglected by the authorities concerned. Experience of people in Taman Permata, Dengkil can be a clear example of how urban development have resulted in the marginalisation of poor and less capable group of people.

Keywords: inaccessibility, indigenous people, marginalisation, social impact, poverty, urban development


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.