Faktor situasi dan pembentukan ruang rekreasi: Kajian awal tingkahlaku devian para penyokong bolasepak di Malaysia (Situational factors and the shaping of recreational space: A preliminary study of deviant behaviours among Malaysian soccer fans)

Nur Hafizah Yusoff

Abstract


Sukan bolasepak era moden khususnya telah menjadi salah satu industri yang mengaut keuntungan besar. Keuntungan bukan sahaja datang dalam bentuk jumlah penajaan yang banyak, tetapi juga datang daripada hasil keuntungan jualan tiket yang disumbangkan oleh para penyokong. Peranan yang dimainkan oleh para penyokong sangat besar impaknya kepada pasukan yang disokong. Pemain boleh dimotivasikan dengan sokongan yang ditunjukkan oleh penyokong. Jatuh dan bangunnya sesebuah pasukan bolasepak juga adakalanya ditentukan oleh para penyokong. Oleh kerana jumlah penyokong yang hadir menyaksikan sesuatu perlawanan bolasepak adalah sangat ramai, maka sukar untuk menjangkakan bahawa kesemua mereka akan mematuhi norma mahupun undang-undang yang telah ditetapkan. Hasil daripada pelbagai kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji terdahulu dan hasil dapatan awal kajian pengkaji sekarang mendapati bahawa ‘faktor situasi’ (situational factors) memainkan peranan penting dalam menentukan tingkahlaku penyokong semasa berada di dalam stadium. Hasil daripada temubual mendalam yang telah dijalankan dengan beberapa informan utama kajian, mendapati bahawa faktor situasi itu sendiri terdiri daripada pelbagai elemen. Antaranya ialah, jumlah penyokong dan kedudukan mereka di dalam stadium, makna dan kepentingan perlawanan bolasepak kepada penyokong, sejarah dengan penyokong pasukan lawan, kawalan keselamatan di stadium, kepentingan sukan bolasepak kepada pembentukan identiti penyokong, sebab penyokong datang ke stadium serta jangkaan mereka daripada perlawanan yang bakal berlangsung serta lokasi perlawanan.

Katakunci: faktor situasi, hooliganisma, mob behaviour, penyokong bolasepak, tingkahlaku devian, ruang rekreasi

Contemporary soccer sports have become a huge industrial machinery churning mega profits from competitive commercial sponsorships as well as from tickets bought by fans. The latter exert critical impacts on players determining significantly both their motivation and their team fortunes. Since fans turn up in crowds to watch a soccer match it is not easy to expect them to always comply with all the norms and rules that have been set. This preliminary Malaysian study confirms the findings of previous studies with respect to the role played by situational factors in determining the behaviour of supporters in the stadium. From in-depth interviews and focus group discussions with several key informants and soccer fans it was found that various situational factors such as the number of supporters and their position in the stadium, the meaning and the importance of the matches to fans, the history of fans relationships with the team, the security at the stadium, the importance of the game to the identity of the fans, and fans’ expectations of the upcoming matches as well as the location of the match, all contribute to the conduct and behaviour of fans at the pitch.

Keywords: deviant behaviour, football hooliganism, mob behavior, recreational space, situational factors, soccer fans


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.