Pengetahuan masyarakat Iban tentang program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan di Daerah Song, Sarawak (Local knowledge of poverty eradication programmes in Malaysia: The case of the Iban community in the District of Song, Sarawak)

Kwok Chin Hoe, Haris Abd. Wahab

Abstract


Penyertaan masyarakat dalam program pembasmian kemiskinan yang kurang memuaskan berkait rapat dengan pengetahuan tentang program yang rendah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan masyarakat Iban yang menerima bantuan program pembasmian kemiskinan melalui Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) di Daerah Song, Sarawak. Aspek pengetahuan masyarakat tentang program pembasmian kemiskinan yang dikaji ialah maklumat umum tentang SPKR, objektif SPKR dan komponen program yang dilaksanakan di bawah SPKR. Kajian ini dilakukan melalui kaji selidik ke atas 260 Ketua Isi Rumah di rumah panjang. Secara keseluruhannya, kajian menunjukkan sebilangan besar masyarakat Iban di Daerah Song tidak mengetahui kementerian yang mentadbir program di bawah SPKR, objektif program di bawah SPKR dan komponen program yang dilaksanakan di bawah SPKR. Penemuan ini memberi implikasi bahawa pengetahuan masyarakat Iban tentang program pembasmian kemiskinan harus ditingkatkan sebagai langkah menggalakkan penyertaan mereka dalam menjayakan program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan di rumah panjang.

Katakunci: isi rumah miskin, masyarakat Iban, pembasmian kemiskinan, pengetahuan, penglibatan, rumah panjang


The less-than satisfactory participation of the local community in a Malaysian poverty eradication programme has a close link with their low level of information about the programme. This study aims at identifying the level of knowledge of the Iban community who were also the aid recipients targeted by the People’s Welfare Development Scheme (Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat - SPKR) in the district of Song, Sarawak. The knowledge aspects examined involved general information on the SPKR, objectives of the SPKR and the programme components of the SPKR. Using questionnaires, this study interviewed 260 household heads at the longhouses. As a whole, the findings revealed the majority of the Iban people in the study area who were still in the dark about which ministry the activities under the SPKR were organized, the objectives of the programme, and the components of the programme . The obvious implication is that the Ibans’ knowledge of such poverty eradication programmes needs to be enhanced before they can even be motivated to participate fully in the programme and make it a real success at the longhouses.

Keywords: Iban community, knowledge, longhouses, participation, poor households, poverty eradication


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.