Memperkasa daya saing destinasi warisan luar bandar menerusi pembangunan perniagaan mikro dan kecil: Kajian kes di Lembah Lenggong (Enhancing the competitiveness of rural heritage tourism destination through SMEs development: The case of the Lenggong Valley)

Mastura Jaafar, Munira Mhd Rashid, Norziani Dahalan

Abstract


Kajian ini telah mengenal pasti ciri-ciri dan mengukur prestasi perniagaan mikro dan kecil berkaitan pelancongan di sebuah destinasi warisan luar bandar iaitu di Lembah Lenggong, Perak. Ciri-ciri perniagaan telah dikenalpasti berdasarkan jenis perniagaan, status pendaftaran perniagaan, cara memulakan perniagaan, saiz dan tempoh perniagaan serta cara pemasaran. Prestasi perniagaan telah diukur berdasarkan prestasi jualan dan keuntungan serta kepuasan pemilik terhadap prestasi perniagaan dalam tempoh masa tiga tahun (2011-2013). Hasil kajian ke atas 106 perniagaan mikro dan kecil berkaitan pelancongan ini amat bermanfaat bagi membantu bakal usahawan, pemilik perniagaan serta pihak kerajaan dalam usaha memahami dan membangunkan perniagaan mikro dan kecil di sebuah destinasi pelancongan warisan luar bandar yang bertaraf dunia. Implikasi utama kajian ini memfokuskan kepada kepentingan kepada perancangan yang strategik untuk mengupayakan komuniti tempatan bagi menyokong kelansungan dan daya saing Lembah Lenggong di masa hadapan.

Katakunci: destinasi pelancongan, kepuasan perniagaan, Lembah Lenggong, perniagan mikro dan kecil, prestasi perniagaan, warisan luar bandar

The present study explores the factors influencing the performance of tourism-related SMEs (micro, small and medium enterprises) at heritage sites, in particular, the Lenggong Valley. In essence, the characteristics of current SMEs were measured in accordance to the owner-manager’s satisfaction level with regard to their general business performance, sales and profits within a period of three years (2011-2013). Results from the 106 SMEs investigated highlighted the good performance of tourism-related SMEs in Lenggong. As such it is timely that the relevant government agencies implemented pro-active strategies to enhance the development of the SMEs in the rural heritage site.

Keywords: business performance, business satisfaction, destination competitiveness, rural heritage site, Small and Medium Enterprises (SMEs), Lenggong Valley


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.