Perspektif asas Penderiaan Jauh (The basic perspective of Remote Sensing)

Ang Kean Hua

Abstract


Remote Sensing merupakan satu perkakas yang mempunyai kebolehan cerapan maklumat mengenai permukaan bumi dan permukaan air dengan menggunakan teknologi satelit dan mentafsirkannya ke dalam imej atau gambar dengan menggunakan spektrum elektromagnet melalui sinaran elektromagnet. Sejarah remote sensing memaparkan beberapa kegagalan seperti pengambilan imej permukaan bumi dengan menggunakan belon udara, layang-layang, dan kapal terbang sebelum wujudnya teknologi satelit yang dilancarkan ke angkasa lepas. Terdapat beberapa proses cerapan maklumat seperti gambaran objek fizikal ‘ditangkap’ oleh sensor, sensor menghasilkan maklumat ke dalam bentuk data, dan pengekstrakkan maklumat dilakukan sebelum imej tersebut boleh diapplikasikan kedalam bidang-bidang tertentu. Objek-objek fizikal ini boleh wujud dalam pelbagai bentuk dan jenis, dimana ianya bergantung kepada pantulan semula cahaya ke satelit daripada sinaran matahari. Contohnya, tiga jenis warna utama yang selalu diapplikasikan dalam kehidupan seharian seperti biru, merah dan hijau. Namun, pelbagai objek yang wujud di atas permukaan bumi ini terdiri daripada berbagai-bagai jenis warna yang bercampur-aduk, seperti kuning, cyan, magenta, dan sebagainya. Pantulan cahaya yang berbagai ini sangat penting dalam menentukan sesuatu objek yang wujud secara statik atau disebaliknya, sangat diperlukan oleh pakar-pakar dalam bidang tertentu. Antara applikasi yang digunakan dalam seharian adalah Sistem Identifikasi Tapak Penangkapan Ikan, Sistem Pangkalan Data Geospatial Bersepadu dan Perancangan (IGDP), Sistem Pengawasan dan Ramalan Hasil Beras, Pengawasan Kawasan Sensitif Alam Sekitar, Pengurusan Bencana, Kesihatan Persekitaran, dan Inventori Biodiversiti. Oleh itu, applikasi remote sensing telah menyumbangkan pelbagai faedah kepada manusia sejagat bukan sahaja untuk masa dahulu, tetapi juga untuk pada hari ini serta membantu dalam peramalan untuk masa depan.

Katakunci: cerapan maklumat, ekstraksi maklumat, maklumat deria, ‘tangkapan’imej, peramalan, Remote Sensing, teknologi satelit

Remote Sensing is a tool that has the ability to observe information about the earth’s land and water surfaces by using satellite technology and interpreting them into images by means of electromagnetic spectrum through electromagnetic radiation. Before the advent of satellite technology the accuracy of remote sensing suffered from such defects as could be expected when images were taken by using air balloon, kite-flying, and aircraft technology. There are several processes involved in remote sensing : (i) the description of physical object ‘captured’ by sensors; (ii) the production of the sensored information into data; and (iii) the extraction of information prior to its specific application. These physical objects can exist in many forms and types depending on the reflection of light back to the satellite from the sun. Although three types of primary colours typically applied are blue, red and green various objects that exist on the earth’s surface may be represented by mixed colors, such as yellow, cyan, magenta, and so on. A variety of light reflection is very important in determining the shape of a static or non-static object . Among the applications that are of everyday use are Identification Fishing Site System, Integrated Geospatial Database System and Planning (IGDP), Control System and Rice Yield Prediction, Monitoring Environmentally Sensitive Areas, Disaster Management Environment Health and Biodiversity Inventory. These rich applications of remote sensing have contributed immensely to the serving of human interests, and may be even more indispensable in forecasting for the future.

Keywords: forecasting, image capture, information extraction, Remote Sensing, satellite technology, sensored information


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.