Kebolehcapaian dan keterancaman modal semula jadi Orang Asli Lanoh di Malaysia (Aboriginal diminishing accessibility to natural capital - The vulnerability of the Malaysian Lanoh)

W.A. Amir Zal, Hood Salleh, Mustaffa Omar, Sharina Halim

Abstract


Kajian tentang Orang Asli sebelum ini cenderung untuk mengungkap tentang pergantungan komuniti ini kepada sumber asli. Walau bagaimanapun, perbincangan tidak menekankan aspek kebolehcapaian dan masalah kepupusan sumber asli yang sedang dihadapi oleh Orang Asli. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan realiti kebolehcapaian dan masalah kepupusan sumber asli yang dihadapi oleh Orang Asli, khususnya dalam kalangan orang-orang Lanoh. Kajian ini dijalankan terhadap 44 Ketua isi rumah komuniti Lanoh di Kampung Air Bah, Lenggong Perak menggunakan kaedah kaji selidik. Hasil analisis menunjukkan bahawa komuniti Lanoh menghadapi masalah kemerosotan bekalan sumber asli. Ini memberikan gambaran bahawa Orang Lanoh sukar mendapatkan bekalan sumber asli dan keupayaan untuk menggunakannya juga kian rendah. Kajian ini menyimpulkan bahawa, Orang Asli Lanoh berdepan dengan tiga jenis ancaman iaitu, trend perubahan akibat pembangunan yang meningkatkan kos sara hidup; kejutan akibat wabak penyakit; dan perubahan musim yang menjejaskan kehidupan mereka. Pihak berkuasa perlu melakukan intervensi bagi menjamin bekalan modal asli Orang Lanoh, iaitu dengan memastikan sumber alam dipulihara dan kemahiran yang sesuai dengan perubahan diberikan kepada komuniti ini untuk menjamin keterusan kehidupan mereka.

Katakunci: adaptasi, ancaman, inovasi sosial, Orang Lanoh, kebolehcapaian, modal semula jadi


Previous studies on aborigines (Orang Asli) tended to emphasise more on the dependence of these communities on natural capital and less on the increasingly vulnerable nature of this capital. This paper brings the spotlight on the reality of accessibility and vulnerability of the Lanoh aborigines to their natural capital. The questionnaire survey involved 44 Lanoh household heads in the Air Bah village, Lenggong Perak . The findings revealed that Orang Asli Lanoh were faced with the problem of deteriorating natural capital as manifested by both their increasing difficulty to obtain it and their declining ability to use it. The Lanoh had to deal with three types of vulnerability, namely, the negative impacts resulting from the process of development; shocks resulting from the spread of deseases, and seasonality that threatened their daily life. It looks like the authorities need to intervene to ensure continuous supplies of natural capital to the Lanoh through conservation measures of the resource as well as extension of appropriate resource management skills to this community to enhance the sustainability of their life.

Keywords: accessibility, adaptation, Lanoh, conservation, natural capital, resources vulnerability


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.