Memahami keinginan pelancong Malaysia melancong ke Bandaraya Ho Chin Minh, Vietnam - Faktor pemilihan agensi pelancongan (Understanding Malaysian tourist decision to tour Ho Chi Minh City, Vietnam – The travel agency selection factor)

Rosniza Aznie Hj. Che Rose, Na‘asah Nasaruddin, Rosmiza Mohd Zainol, Novel Lyndon

Abstract


Pelancongan antarabangsa cenderung membawa kepada kemajuan in situ dan juga pembangunan negara tuan rumah dalam jangka masa panjang. Malaysia kini semakin peka kepada keperluan mewujudkan keselesaan sepanjang perjalanan bagi pelancong antarabangsa melalui agensi pelancongan terpilih. Memandangkan meningkatnya kunjungan masyarakat Malaysia ke Ho Chin Minh, Vietnam bagi pelbagai tujuan pelancongan ekoran wujudnya laluan tambahan penerbangan tambang murah artikel ini membincangkan proses pemilihan agensi pelancongan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berkunjung ke Ho Chin Minh. Data untuk kajian ini dikumpulkan pada 2011 hingga 2013 melalui edaran borang soal selidik di pintu keluar Ho Chin Minh iaitu di Lapangan Antarabangsa Tan Son Nhat yang melibatkan 289 responden yang pernah menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan. Hasil analisis merumuskan empat penemuan utama: (1) imej dan gambaran negatif sebelum lawatan kepada keterujaan lawatan semula dalam kalangan pelancong; (2) kepercayaan dan kemudahsampaian maklumat dan hubungan di antara pelancong dengan pihak agensi pelancongan merupakan faktor utama pemilihan di samping penawaran harga; (3) persepsi dan penerimaan pelancong terhadap penawaran sebenar yang diberikan oleh agensi pelancongan adalah pada kadar sederhana hingga hebat; dan (4) bandaraya Ho Chin Minh merupakan destinasi pelancongan selamat bagi tujuan pelancongan ulangan yang boleh dijalankan tanpa penglibatan agensi pelancongan. Kesimpulannya, dapatan ini dapat di manfaatkan oleh pihak berkepentingan terutamanya organisasi berasaskan sektor pelancongan dan hospitaliti dan masyarakat umum yang sedang memilih destinasi sesuai untuk melancong.

Katakunci: agensi pelancongan, hospitaliti, kemudahsampaian, keselesaan, pelancongan ulangan, keterpasaran


International tourism tends to lead to in-situ as well national development of the host country in the long run. Malaysian is increasingly perceptive of the need to foster comfortable international travels through selected travel agencies. Given that the marketability of Ho Chi Minh city in Vietnam is being enhanced by the advent of additional and cheap routes this article examines the selection process of tourism agencies among Malaysians wanting to tour Ho Chin Minh. Data for the study were collected through questonnaires administered at the exit gate of Ho Chin Minh’s Tan Son Nhat international airport to 289 respondents who had used the services of tourism agencies for the three year period of 2011 to 2013. Results of the analysis can be synthesised into four key findings (1) a change from a negative perspective before a visit to the excitement of a repeat visit among tourists, (2) tourists’ perception of the imperative of accessible information and reliable rapport with travel agencies (3) tourists’ moderate-to- highly perceived importance and acceptance of the actual price offers provided by travel agencies, and (4) tourists’ perception of Ho Chi Minh City as a safe travel destination for repeat visits without the involvement of travel agencies. These findings could prove useful to various interested parties, particularly, those related to the tourism-hospitality sector as well as to anyone planning for good tourism expeditions.

Keywords: accessibility, comfort, employability, hospitality, repeat travels, travel agencies


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.