Konsentrasi aktiviti berilium-7 dalam air hujan setempat – Teknik alternatif dalam kajian hakisan tanih di Malaysia (Consentration of beryllium-7 activity in local rain water – An alternative technique in Malaysian soil erosion study)

Mokhtar Jaafar, Hafizi Mat Salleh, Sharifah Mastura Syed Abdullah

Abstract


Sejak akhir-akhir ini, guguran berilium-7 telah digunakan sebagai perunut jangka pendek dalam kajian hakisan tanih. Walau bagaimanapun, potensi kegunaan perunut ini masih belum diteroka sepenuhnya di Malaysia. Sehubungan itu kajian telah dilakukan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi mengesan aktiviti berilium-7 di dalam air hujan. Sebanyak 23 kejadian hujan yang signifikan dari Januari hingga Oktober 2011 dijadikan sampel kajian. Hasil kajian menunjukkan konsentrasi berilium-7 dalam air hujan berada pada tahap rendah hingga sederhana sahaja dengan nilai purata 0.89 Bq l-1. Faktor jumlah hujan didapati sederhana signifikan dalam mempengaruhi aktiviti berilium-7 dalam air hujan. Sehubungan itu, radionuklid berilium-7 berpotensi digunakan sebagai perunut dalam kajian hakisan tanih terutama apabila jumlah hujan adalah banyak bagi sesuatu kejadian hujan kerana berupaya mengakumulasi atom-atom berilium-7 dengan partikel terampai di ruang udara.

Katakunci: berilium-7, hakisan tanih, , jumlah hujan, kejadian hujan, perunut, radionuklid kosmogenik


Beryllium-7 is being increasingly accepted and used as a short-term tracer in soil erosion investigation. However, the potential of using this tracer has not been fully explored in Malaysia. Therefore, this investigation was conducted in Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) to identify the activity of beryllium-7 in rain water. In total, 23 significant rainfall events from January to October 2011 were utilised as the study samples. Findings showed that the concentration of beryllium-7 in rain water was between low and moderate levels only with an average value of 0.89 Bq l-1. The factor of total rainfall was moderately significant in affecting beryllium-7 activity in rain water. This meant that radionuclide of beryllium-7 could be used potentially as a tracer in the investigation of soil erosion especially when the total rainfall for each rainfall event was capable of accumulating beryllium-7 atoms with suspended particles in the atmosphere.

Keywords: beryllium-7, cosmogenic radionuclide, rainfall events, soil erosion, total rainfall, tracer


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.