Menafsir keperluan masyarakat dalam perancangan pembangunan bekas tapak pelupusan di sekitar kawasan perbandaran di Malaysia (Assessing community needs in the redevelopment planning of exlandfills within Malaysia’s urban areas)

Mazifah S., Azahan Awang, Kadir Arifin

Abstract


Pembangunan semula brownfield khususnya brownfield kategori B yang sesuai dengan kehendak masyarakat adalah satu kaedah perancangan bandar yang baharu di Malaysia. Artikel ini bertujuan mentafsir keperluan masyarakat berdasarkan keutamaan isu yang perlu diatasi; jenis pembangunan semula; dan fungsi pembangunan sebagai taman awam sebelum pembangunan semula bekas tapak pelupusan dilakukan. Kajian persepsi ini dilakukan ke atas 375 respoden yang tinggal di sekitar empat kawasan bekas tapak pelupusan di Jinjang Utara, Paka Sg Besi, Ayer Hitam dan Indera Mahkota. Hasil kajian menunjukkan masyarakat mempunyai susunan keutamaan tersendiri bagi ketiga-tiga perkara membabitkan isu, jenis dan fungsi pembangunan bekas tapak pelupusan di sekitar kawasan kediaman mereka. Perkara paling pokok yang diberi keutamaan oleh masyarakat dari segi isu ialah bau busuk; bagi jenis pembangunan keutamaannya ialah taman rekreasi; dan bagi fungsi pembangunan keutamaannya ialah sebagai kawasan aktiviti rekreasi luar masyarakat. Keutamaan ini penting untuk dijadikan panduan asas kepada Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia dalam mengenal pasti keperluan masyarakat bagi membangunkan semula bekas tapak pelupusan di persekitaran kawasan kediaman mereka.

Katakunci: bekas tapak pelupusan, brownfield, kawasan bandar, keperluan masyarakat, perancangan pembangunan, taman awam

Redevelopment of brownfields, particularly category B brownfields in accordance with the needs of the community is a new method in Malaysia’s urban planning. This article seeks to interpret the needs of the community through assessing their perception of the issues of ex-landfills, type of ex-landfill redevelopment, and the function of public parks at ex-landfill areas that need to be addressed prior its redevelopment. A total of 375 respondents who were residents of four urban ex-landfill areas of Jinjang Utara, Paka Sg Besi, Ayer Hitam and Indera Mahkota were administered with questionnaires to gauge their perceptions. The results showed that the community had their own priority ranking regarding the issues, type and function of ex-landfill redevelopment within their residential areas. Bad odour, public park, and outdoor social recreation spaces were regarded by the community as of main priorities. Such priority rankings demonstrate the imperative of community needs as a basic guideline for the Malaysia’s Local Authorities in determining and shaping the most suitable ex-landfill redevelopment planning within the urban areas of the country.

Keywords: brownfields, community needs, development planning, public parks, ex-landfills, urban areas


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.