Perkembangan dan cabaran sektor perniagaan sebagai pemangkin pembangunan bandar kecil: Kajian empirikal di Daerah Besut, Terengganu (Development challenges of the business sector as a catalyst for the development of small towns: An empirical study of Besut, Terengganu)

Rosniza Aznie Che Rose, Nurul Fatihah Jusoh, Rosmiza Mohd Zainol, Novel Lyndon, Mokhtar Jaafar

Abstract


Bandar kecil berfungsi sebagai pusat perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar yang memainkan peranan yang penting dalam pembangunan. Pertumbuhan sektor perniagaan yang semakin berkembang menyebabkan terjadinya perubahan pada rupa fizikal‚ struktur bandar dan cabaran kepada peniaga kecil. Kajian ini menganalisis trend perkembangan sektor perniagaan di tiga bandar kecil daerah Besut, iaitu Jerteh, Kampung Raja dan Kuala Besut. Sumber data primer adalah hasil soalselidik 200 orang peniaga berlesen. Hasil kajian mendapati ketiga-tiga bandar kecil ini berupaya mengagihkan barangan dan kemudahan perkhidmatan sosial asas kepada penduduk. Namun demikian, didapati pusat perniagaan utama kurang seimbang dari segi pembangunannya. Bagaimanapun, keadaan ini hanya berlaku di Kampung Raja dan beberapa kawasan lain yang terpencil. Oleh yang demikian, penstrukturan dan perancangan semula bandar kecil perlu dilakukan untuk membentuk sebuah bandar kecil yang aktif berfungsi dan mampu memberi perkhidmatan yang baik kepada kawasan tadahan di sekitarnya dengan memperkasakan lagi perancangan perniagaan.

Katakunci: bandar kecil, luar bandar, penduduk, perniagaan, pertumbuhan ekonomi, struktur bandar

Small town functions as a service centre for local and plays an important role in development. The development of the business sector may lead not only to physical and structural changes of the towns but also the challenges faced by small business. This study analyses the issues and challenges encountered in the Besut district in developing the business sector of three small towns of Jertih, Kampung Raja dan Kuala Besut. Primary data were gathered from a field survey of 200 licensed businessmans. The findings revealed that small business in the three towns did face the challenge of having to compete with big business although admittedly their development had helped positively in the distribution of goods and social services to the community. There was also the issue of imbalanced development in Kampung Raja pointing to the imperative of an urban restructuring in favour of empowering the small town’s active functioning in delivering goods and services to its surrounding community.

Keywords: business, community, economic growth, small town, rural area, urban development


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.