Rekabentuk bagi keselamatan bandar di Kuala Lumpur: Satu ulasan kritis (Urban design for a safe city: A critical review of Kuala Lumpur)

Faizah Md Latif, Nikmatul Adha Nordin, Cheong Peng Au-Yong

Abstract


Pelbagai pendekatan telah digunakan bagi menangani jenayah jalanan di Malaysia, namun masih kurang berkesan. Program Bandar Selamat yang diketengahkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia [JPBD] pada 2004 menggalurkan 15 langkah mewujudkan bandar selamat. Salah satu daripada langkah tersebut ialah mereka bentuk persekitaran fizikal yang dapat mencegah jenayah. Artikel ini bertujuan mengenal pasti elemen reka bentuk bandar yang dapat mengurangkan kadar jenayah jalanan, dengan rujukan khusus jenayah jalanan yang berlaku di Kuala Lumpur. Menggunakan maklumat dan rekod yang dikeluarkan oleh Polis DiRaja Malaysia, artikel ini mengenal pasti beberapa elemen reka bentuk bandar yang mewujudkan faktor jenayah jalanan. Beberapa langkah dicadangkan untuk memperbaiki reka bentuk persekitaran bandar bagi mengurangkan kejadian jenayah jalanan, iaitu susun atur ruang bandar , laluan dan kemudahsampaian, pencahayaan, peralatan keselamatan (seperti CCTV, butang kecemasan (panic button), cermin keselamatan dan papan tanda peringatan), pengawasan, dan penyelenggaraan.

Kata kunci: bandar selamat, faktor jenayah jalanan, pencegahan jenayah bandar, pengawasan bandar, susun atur ruang, reka bentuk persekitaran bagi pencegahan jenayah

Urban safety poses a serious challenge for urban planners as urbanisation escalates in developing countries such as Malaysia. Several approaches have been adopted in coping with street crimes in Malaysia but the results are often less than satisfactory. The Safe City Programme highlighted by the Federal Department of Town and Country Planning Peninsular Malaysia [JPBD] in 2004 outlined 15 steps in creating a safe city one of which was the designing of the physical environment that can prevent crime. This study identifies the urban design elements that were purported to help reduce street crimes in Kuala Lumpur using the information records published by the Royal Malaysia Police. Several steps are then proposed to improve the urban environmental design for reducing the incidence of street crime, including spatial arrangement, traffic and accessibility, lighting, safety devices (CCTV, panic buttons, safety mirrors, warning signages), surveillance, and maintenance.

Keywords: environmental design, safe city, spatial arrangement, street crime factors, urban crime prevention, urban surveillance


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.