Indigineous tourism - Satu tinjauan awal penglibatan masyarakat Orang Asli dalam industri pelancongan (Orang Asli (aboriginal) community participation in the tourism industry - A preliminary survey of Belum-Temenggor)

Siti Nor Awang, Kamal Solhaimi Fadzil, Wan Suzita Wan Ibrahim, Rosilawati Zainol, Juli Edo

Abstract


Industri pelancongan berkembang pesat di Negara ini semenjak diperkenalkan sekitar tahun 1972 jelas memperlihatkan perkembangan yang cukup memberangsangkan khususnya dari segi sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Lanjutan dari sumbangan ini telah menjadikan sektor pelancongan sebagai salah satu sektor penting dan mendapat perhatian utama dalam agenda pembangunan. Kini, satu bentuk kegiatan pelancongan yang dikenali sebagai eko-pelancongan yang menekan kepada lawatan ke lokasi yang kaya dengan sumber semulajadi dan dalam masa yang sama menekankan aspek pemuliharaan dan mengekalkannya dalam keadaan semula jadi mula mendapat pemerhatian pelbagai pihak. Kawasan Hutan Simpan Di Raja Royal Belum merupakan salah satu daripada lokasi terpilih. Apa yang cuba dilaksanakan di Belum-Temengor ini memperlihatkan ciri-ciri ‘Indigineous tourism’ atau pelancongan etnik seperti yang telah dijalankan di negara-negara seperti Australia, New Zealand, Afrika dan Amerika Syarikat dan lain-lain lagi melibatkan penyertaan Orang Asli yang mendiami kawasan-kawasan tertentu. Kajian awal ini bertujuan untuk menilai sejauhmana kegiatan eko-pelancongan yang mempunyai ciri-ciri pelancongan etnik di Belum-Temengor yang menjadikan kawasan penempatan Orang Asli berupaya di kembang luaskan sebagai satu tarikan kepada pelancongan. Hasil kajian mendapati masih banyak perkara yang perlu diteliti dalam usaha mencapai matlamat keseimbangan ekonomi dan sosial kepada semua pihak terlibat perlu diberi perhatian.

Katakunci: eco-pelancongan, ekonomi Orang Asli, industri pelancongan, pelancongan etnik, Orang Asli, Taman Negeri Royal Belum

Eco-tourism refers to the commercial tourism that draws focus to landscapes or areas rich in biodiversity and unique natural formations while simultaneously promoting the conservation and protection of these areas. One area selected as an eco-tourism destination in Malaysia is the Royal Belum. In Belum-Temengor, eco-tourism emulates, or attempts to emulate the indigineous tourism of such countries as Australia, New Zealand, USA and some African countries. This preliminary study examined, by means of field observation and analyses of tourist arrival records, the extent to which eco-tourism activities in the Belum-Temengor did practice ethnic tourism and whether this had the potential to grow as a tourism attraction. Findings indicated that there was still much work which needed to be done in order to achieve a balance between the economic and social needs of all stakeholders involved.

Keywords: eco-tourism, ethnic tourism, indigeneous economy, Orang Asli community, Royal Belum State Park, tourism industry


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.