Tahap penglibatan penduduk dalam pembangunan pelancongan Putrajaya (The level of residents’ participation in tourism development in Putrajaya)

Nur Atiqah Kamarus Zaman, Habibah Ahmad, Nur Amirah Kamarus Zaman, Er Ah Choy, Hamzah Jusoh, Zaini Sakawi, Amriah Buang

Abstract


Penglibatan penduduk merupakan salah satu elemen penting dalam pembangunan pelancongan sesebuah destinasi. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap penglibatan penduduk yang tinggal di Putrajaya dalam pembangunan pelancongan sama ada mereka telah mendapat faedah atau sebaliknya. Penglibatan penduduk dalam kajian ini dinilai dalam beberapa aspek iaitu dari segi tahap penggunaan penduduk terhadap produk dan kemudahan pelancongan, penglibatan penduduk selaku tuan rumah dalam aktiviti pelancongan dan penglibatan penduduk dalam keusahawanan pelancongan di Putrajaya. Satu kaji selidik ke atas 200 penduduk Putrajaya telah dijalankan di beberapa lokasi tumpuan penduduk seperti di kawasan perumahan pusat komuniti, medan selera, taman-taman dan kedai runcit. Dapatan kajian menunjukkan penglibatan penduduk dalam aktiviti pelancongan adalah sederhana walaupun tahap sokongan adalah tinggi. Dengan usaha yang lebih bersepadu dan inklusif, Putrajaya akan menjadi salah satu contoh untuk mempromosi penglibatan penduduk bandar dalam aktiviti pelancongan.

Katakunci: aktiviti pelancongan, pelancongan, penduduk, pembangunan pelancongan, penglibatan, Putrajaya


The residents’ involvement is an important aspect in tourism development of a destination. This study was aimed to analyze the level of residents’ involvement in tourism development in Putrajaya and to seek whether they have benefited or otherwise. The involvement of the residents in this study was assessed in several aspects; in the use of tourism product and the ease of travel, as the host in tourism activities and also as the tourism entrepreneurship in Putrajaya. A survey of 200 Putrajaya residents was conducted in several sites that have high concentration of tourist arrivals such as site of attractions, community centers, food courts, parks and grocery stores. The findings indicate the involvement of residents in tourism activities was satisfactory while their level of support was high. With the efforts of providing more integrated and inclusive tourism, Putrajaya would be one example to promote the involvement of the urban population in tourism activities.

Keywords: involvement, Putrajaya, residents, tourism, tourism activities, tourism development


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.