Faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku dalam kalangan penyokong pasukan bola sepak di Malaysia (Factors influencing misbehaviours of football fans in Malaysia)

Nur Hafizah Yusoff, P. Sundramoorthy

Abstract


Kehadiran penyokong yang ramai apabila sesuatu perlawanan bola sepak berlangsung, adakalanya memberi kesan negatif terutama dari aspek keselamatan. Sukar bagi anggota keselamatan untuk memastikan semua penyokong yang berada di stadium mematuhi norma dan peraturan yang telah ditetapkan. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan pola salah laku penyokong pasukan bola sepak di Malaysia serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Bagi tujuan tersebut satu survei telah dijalankan terhadap 600 orang yang terdiri daripada penyokong pasukan bola sepak Kelantan, Johor, Selangor dan Perak. Salah laku yang kerap dilakukan penyokong pasukan bola sepak termasuklah yang melibatkan verbal dan fizikal. Antara jenis salah laku verbal yang dilakukan oleh penyokong bola sepak adalah mengeluarkan perkataan lucah terhadap pemain dan pasukan lawan serta melakukan provokasi terhadap penyokong lawan. Manakala, bagi salah laku fizikal pula, penyokong bola sepak lebih banyak terlibat dalam insiden membaling objek ke tengah padang serta menyalakan suar. Antara faktor utama yang menyumbang kepada salah laku penyokong semasa berada di stadium termasuklah ketidakpuasan hati terhadap pengadil dan kekecewaan terhadap kekalahan pasukan yang disokong. Faktor ini menjadi penyebab kepada kelakuan agresif para penyokong. Sebagai seorang penyokong, sikap profesional dan semangat kesukanan harus ada dalam diri setiap penyokong bagi memastikan mereka tidak mudah terikut dengan emosi jika pasukan mengalami kekalahan.

Katakunci: bola sepak, kekasaran, penyokong, salah laku, salah laku fizikal, salah laku verbal

The presence of vast numbers of supporters at the stadium may produce a negative impact, especially in terms of safety as it is difficult for security officers to ensure that they all comply with the norms and regulations. This research discussed the patterns of football fans’ misbehavior in Malaysia and factors that influenced them based on a field survey of 600 fans of Kelantan, Johor, Selangor and Perak football teams. The findings revealed that the most common misbehaviors of football fans were verbal and physical such as shouting obscene words toward players and opponent fans and and engaging in provocative actions such as throwing objects onto the field and lighting flares. The main factors leading to these sometimes aggressive misconducts (hooliganism) were dissatisfactions with referees and defeat disappointments. As supporters they should exhibit professional attitudes and sportsmanship spirit.

Keywords: football fans, hooliganism, misbehaviours, physical misbehaviour, sportsmanship, verbal misbehaviour


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.