Persepsi kualiti hidup komuniti Bidayuh: Kajian perbandingan antara peserta dan bukan peserta program (Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat) di Daerah Serian, Sarawak (The Bidayuh community’s perception of their quality of life: A comparative study between participants and non- participants of the People's Welfare Development Scheme in Serian, Sarawak)

Novel Lyndon, Mohammad Reevany Bustami, Salfarina Abd Gapor

Abstract


Fokus utama kajian ini ialah mengenai hubungan antara persepsi kualiti hidup yang dikonseptualisasikan oleh agen-agen pentadbir atau pihak kerajaan (struktur peringkat makro) dengan persepsi kualiti hidup yang
dikonstruk daripada pandangan dunia komuniti Bidayuh itu sendiri (struktur peringkat mikro). Perkara ini merupakan jurang teoritikal yang ingin diterokai oleh penyelidik dalam kajian ini. Sehubungan dengan itu,
kajian ini akan menggunakan pendekatan tafsiran, menggunakan logik abduktif berasaskan ontologi idealis
dan epistemologi konstruksionis. Kajian ini telah dijalankan di Daerah Serian, Sarawak yang terletak kirakira 64 kilometer ke selatan Bandaraya Kuching dan merupakan salah satu daripada empat daerah yang
berada di bawah pentadbiran Bahagian Samarahan. Saiz tentang sampel kajian ini telah dicapai melalui sokongan yang berterusan terhadap ukuran atau kriteria tentang ketepuan teoritikal. Data dalam kajian ini telah dikutip dengan menggunakan teknik temubual mendalam dan perbincangan kumpulan secara informal. Hasil kajian ini mendapati wujudnya perbezaan kedudukan kategori kualiti hidup pandangan dunia antara responden yang tinggal di kawasan yang berhampiran bandar dengan yang tinggal di kawasan luar bandar. Kedudukan kategori kualiti hidup responden yang tinggal di kawasan yang berhampiran bandar bermula dengan kategori keupayaan sebagai pilihan utama dan kemudiannya disusuli dengan kategori-kategori lain seperti penyertaan, keperkasaan, keselamatan dan kemantapan, fizikal dan kesejahteraan psikologi, hubungan keluarga dan yang terakhir ialah komuniti sumber dan persekitaran. Sementara itu, bagi responden yang tinggal di kawasan luar bandar pula, kategori keselamatan dan kemantapan berada dalam kedudukan yang teratas diikuti dengan kategori-kategori lain seperti komuniti, sumber dan persekitaran, fizikal dan kesejahteraan psikologi, hubungan keluarga, penyertaan, keupayaan dan akhir sekali keperkasaan. Walaupun, kedudukan kategori kualiti hidup pandangan dunia antara responden yang tinggal di kawasan bandar dan luar bandar berbeza, namun dari segi interperetasi responden terhadap setiap tema-tema yang terdapat dalam kategori-kategori tersebut adalah hampir sama.


Katakunci: komuniti Bidayuh, kualiti hidup, pembangunan luar bandar, peringkat makro, peringkat mikro strategi penyelidikan abduktif


The main focus of this study is the relationship between the perception of the quality of life as conceptualised at macro levels by the administrative and government agents with that constructed at the micro levels by the world views of the Bidayuh community themselves. The difference between the two perspectives represented the theoretical gap explored in this study by means of an interpretive methodology which featured abductive logic based on ontological idealism and social constructionist epistemology. The sample size was determined by the theoretical saturation technique and the data accumulated through indepth interviews and informal group discussions with the subjects. The findings confirmed the existence of a worldview divergence between those subjects living close to town and those living in the outskirts. Those living close to town ranked in descending order ability, participation, empowerment, safety and security, psychological and physical wellbeing, family relationships, and resources and the environment. In contrast, respondents living in the outskirts ranked safety and security as most important, followed in descending order by community categories, resources and the environment, physical and psychological wellbeing, family relationships, participation, ability, and empowerment. Despite this apparent divergence, the
respondents’ interpretations of the various themes and categories encompassed in the study remain similar.


Keywords: abductive research strategy, Bidayuh community, macro level, micro level, quality of life, rural development


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.