Pendidikan dan komuniti Bidayuh: Kajian kes perbezaan gender dalam penyertaan dan pencapaian (Education and the Bidayuh community – A case of gendered participation and attainment)

Novel Lyndon, S. Selvadurai, Mohd Fuad Mat Jali, Junaidi Awang Besar, Rosniza Aznie C.R, Mohd Noor Shahizan Ali, Mohd Helmi Abd Rahim

Abstract


Kajian-kajian lepas secara jelas menunjukkan wujudnya perbezaan penyertaan antara lelaki dan wanita Bidayuh dalam pendidikan. Sehubungan dengan itu, objektif utama kajian ini ialah untuk meneliti faktor-faktor yang mewujudkan perbezaan penyertaan antara lelaki dan wanita Bidayuh di Daerah Serian, Sarawak. Faktor-faktor perbezaan ini dibina oleh pandangan dunia atau lebih tepat daripada pandangan dunia komuniti Bidayuh itu sendiri. Pandangan-pandangan ini telah dikumpul melalui temubual mendalam dengan 50 informan peserta program SPKR (Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat). Kajian ini menggunakan ontologi idealis dan epistemologi konstruksionis. Kajian ini bermula dengan mendapatkan pelaku sosial untuk mendedahkan tema-tema yang mereka
gunakan dalam berbincang mengenai perbezaan antara lelaki dan wanita Bidayuh di dalam pencapaian pendidikan. Analisis menunjukkan bahawa terdapat dua tema utama wanita Bidayuh ketinggalan dalam pendidikan berbanding dengan lelaki. Kedua-dua tema tersebut ialah pengaruh budaya dan latar belakang sejarah.

Katakunci: budaya orang asli, komuniti Bidayuh, pencapaian pendidikan, perbezaan jantina, sejarah orang asli, strategi penyelidikan abduktif

Previous studies have affirmed the existence of marked differences between the educational attainment of Bidayuh men and women. Following this, this study examines the factors resposible for the divergence between the genders in Serian District, Sarawak based on the perception and worldview construction of the Bidayuh community itself. As gauged through in-depth interviews with 50 informant- participants of the People's Livelihood Development Scheme (SPKR). This study adopted an idealist ontology and constructionist epistemology which entailed social actors revealing the themes they used in talking about the difference of educational attainment between men and women. The analysis brought forth two main sources of influence of the Bidayuh gendered narratives, namely, indigenous culture and history of the Bidayuh community.

Keywords: abductive research strategy, Bidayuh community, educational attainment, gender differences, indigenous culture, indigenous history


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.