Potensi pelancongan di Matu-Daro, Sarawak: Persepsi komuniti lokal (Local tourism potentials as perceived by the local community: The case of Matu Daro, Sarawak)

Nadiah Abdul Halim, Ah Choy Er, Jumaat H Adam, Mohd Afiq Aizat Juhari, Siti Norhafizah Ahmad Tarmidzi

Abstract


Industri pelancongan merupakan salah satu industri yang menyumbang kepada ekonomi negara dan pembangunan setempat. Pembangunan pelancongan di sesebuah kawasan memberikan impak positif terhadap komuniti lokal itu sendiri menerusi penglibatan secara langsung dan tidak langsung iaitu dapat meningkatkan kualiti hidup serta kesejahteraan masyarakat. Justeru itu, pengenalpastian potensi pelancongan di sesebuah kawasan dapat membantu
mewujudkan pelbagai peluang pembangunan menerusi industri pelancongan di kawasan tersebut. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi komuniti lokal Melanau mengenai potensi pelancongan di kawasan Matu-Daro, Sarawak. Kaedah tinjauan melalui temubual berdasarkan satu set kaji selidik terhadap 150 orang responden di daerah Matu-Daro. Hasil kajian mendapati tiga jenis pelancongan yang berpotensi di perkembangkan iaitu pelancongan warisan dan kebudayaan, agro-pelancongan dan ekopelancongan. Potensi pelancongan warisan dan kebudayaan boleh diperkembangkan dengan adanya Rumah Panjang Melanau Islam yang tertua di dunia, Makam Orang Kaya Segunim, dan Pesta Kaul. Seterusnya agro-pelancongan menerusi pengusahaan pembuatan sagu dan penanaman padi yang dijalankan secara tradisional. Ekopelancongan juga boleh diketengahkan iaitu keunikan kawasan hutan paya bakau dan menyelami nilai estetika di Sungai Rajang. Secara kesimpulannya, Daerah Matu-Daro mempunyai potensi untuk dikomersilkan menerusi sektor pelancongan.

Katakunci: agro-pelancongan, ekopelancongan, kesejahteraan, komuniti lokal, pelancongan, pelancongan warisan

The tourism industry contributes to the national economy and local development. It also gives, through direct and indirect involvement, positive impact on the local community itself by improving its quality of life and well-being. Hence, the rationale for the identification of the tourism potential in a locality. This paper gauges the tourism potential of Matu-Daro, Sarawak as perceived by the local community based on the findings of a field survey. The study identified three main areas of tourism potential, namely, cultural and heritage tourism, agro-tourism and ecotourism . The oldest Melanau Longhouse in the world, Tomb of the Orang Kaya Segunim and Pesta Kaul would be the main cultural and heritage tourist attraction while the production of traditional sago, and traditional rice cultivation would be the anchor of agro-tourism. The main ecotourism attractions would revolve around the unique local mangrove forests and the aesthetic Rajang River. In conclusion, as perceived by the local community the Matu-Daro District has real commercial development potentials through the tourism sector.

Keywords: agro-tourism, ecotourism, community local, heritage tourism, tourism, welfare


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.