Kesedaran komuniti terhadap pengurusan kebersihan dalam kawasan perkampungan homestay di Daerah Temerloh (Community awareness towards the management of cleanliness in homestay Village Area, Temerloh)

Rosniza Aznie Che Rose, Zainor Nizam Zainal Abidin, Rosmiza M.Z.

Abstract


Abstrak

 

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap kesedaran terhadap pengurusan kebersihan di kawasan perkampungan homestay di daerah Temerloh. Kajian ini dijalankan di dua buah kampung yang terlibat secara aktif dalam aktiviti homestay di daerah Temerloh iaitu Kampung Rumpun Makmur dan FELDA Jengka 25. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik dan temu bual bersama pengusaha homestay dan penduduk kampung. Seramai 55 orang responden dipilih melalui pensampelan secara purposif. Kajian mendapati tahap kesedaran pengurusan kebersihan di kedua-dua buah kampung adalah berbeza. Kampung FELDA Jengka 25 mempunyai tahap kesedaran kebersihan yang lebih tinggi berbanding Kampung Rumpun Makmur. Hasil kajian turut mendapati penduduk di kedua-dua kawasan kampung mematuhi garis panduan pada tahap yang tinggi seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia terhadap beberapa aspek seperti kemudahan akses jalan raya, bebas dari pencemaran alam sekitar, persekitaran yang sesuai untuk memaparkan cara hidup orang Malaysia, ruangan bilik tidur yang mencukupi, layanan mesra terhadap pelancong, keselesaan pelancong, penyelenggaraan yang rapi terhadap kemudahan asas,  kebersihan persekitaran rumah, sistem  pembuangan air dan perparitan yang baik serta peka terhadap langkah-langkah keselamatan. Walau bagaimanapun, program homestay di kedua-dua kampung ini memerlukan perhatian daripada pihak sewajarnya bagi memastikan program ini terus kompetitif sekali gus menepati objektif yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Kata kunci: homestay, komuniti, pengurusan, pelancongan, penduduk kampung, pengusaha

 

Abstract

The main objective of this study is to identify the level of awareness on cleanliness management of homestay villages in Temerloh District. This study was carried out in two villages that were actively involved in homestay activities in Temerloh district namely Kampung Rumpun Makmur and FELDA Jengka 25. The instruments used were questionnaires and interview with homestay operators and the villagers. A total of 55 respondents were selected through purposive sampling. The study found that the levels of cleanliness management awareness in both villages was different. FELDA Jengka 25 has a higher level of cleanliness and beautification awareness than Kampung Rumpun Makmur. Based on the findings, residents of both villages adhere to high levels of the guidelines as set by Ministry of Culture and Tourism Malaysia on several aspects, such as road accessibility facilities, free from environmental pollution, appropriate environment for displaying Malaysian lifestyle, adequate bedroom, friendly hospitality, tourist comfort, intensive maintenance of basic amenities, cleanliness of the home environment, good drainage system and sensitive to security measures. However, the homestay program in both villages requires the attention of appropriate parties to ensure that the homestay program activities continues to meet the objectives set by the Ministry of Tourism and Culture.

 Keywords: homestay, community, management, tourism, villagers, entrepreneurs

 

https://doi.org/10.17576/geo-2018-1401-12


Keywords


homestay, community, management, tourism, villagers, entrepreneurs

Full Text:

PDF

References


Arunesh, P. D., Ajay, B., & Narendra, K. (2014). A rural tourism: A strong approach towards sustainable tourism management in India. Eduved Global Management Research, 1 (1), 66-72.

FELCRA, PPSK. (2011). Program Penyusunan Semula Kampung. Rumpun Makmur. Profail Homestay Rumpun Makmur. Pahang.

FELCRA PPSK (2006). Program Penyusunan Semula Kampung. Rumpun Makmur. Mesyuarat Penyelasaran GDW Rumpun Makmur: Sejarah dan profil kampung. Pahang.

Jabatan Kerja Raya Temerloh. 2012. Peta Jalan Daerah Temerloh. Retrieved from: http://www.jkrtemerloh.net.

Jabatan Komunikasi Korporat FELDA. 2013. FELDA Pemangkin Transformasi. Retrieved from: http://www.penerangan.gov.my

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. (2011). Amalan gotong-royong. Retrieved from: http://smp.townplan.gov.my.

Jabil Mapjabil, Siti Asma’ Mohd Rosdi, Munir Shuib, Sharmini Abdullah. (2011). Pembangunan program homestay di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia: Profil, produk dan prospek. Jurnal Geografi, 7 (2), 45-54.

Mohd Mahathir Suhaimi Shamsuri. (2013). Strategi pembangunan program homestay Kampung Kangkar Merlimau. (Masters thesis). Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Pejabat Pengurusan FELDA Duriah Hijau 25. (2015). Profail Homestay FELDA Jengka 25. Pahang.

Rosazman Hussin, & Velan Kunjumaran. (2014). Sustainable community based tourism (CBT) through homestay programme in Sabah, East Malaysia. Journal of Social Science Research, 41-61.

Rosniza Aznie Che Rose, Norazimah Terbizi, Rosmiza Mohd Zainol, Novel Lyndon, Mokhtar Jaafar. (2015). Potensi Kuala Sanglang, Perlis sebagai destinasi agropelancongan: Satu kajian tanggapan pelancong. Geografia Malaysian Journal of Society and Space, 11 (8), 27-37.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.