Kesedaran komuniti terhadap isu pencemaran sungai di Sungai Pinang, Pulau Pinang (The community awareness towards river pollution issue in Sungai Pinang, Pulau Pinang)

Nur Syuhada Mustakim, Muhammad Wafi Ramli, Chan Ngai Weng

Abstract


Isu alam sekitar bukanlah merupakan suatu perkara yang asing lagi di negara ini terutamanya isu yang melibatkan pencemaran sungai. Pencemaran sungai akan menjejaskan sumber makanan, aktiviti ekonomi, keadaan kesihatan, dan sebagainya dalam kehidupan manusia. Objektif kajian ini ialah untuk membincangkan kesedaran komuniti dalam berhadapan dengan isu pencemaran Sungai Pinang dengan menggunakan indikator pengetahuan, kesan, dan tindakan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui borang soal selidik dengan melibatkan seramai 100 responden komuniti yang tinggal di kawasan Sungai Pinang. Para responden telah dipilih secara rawak mudah untuk terlibat dalam proses pengumpulan data. Dapatan data telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 22.0 untuk mendapatkan nilai frekuensi dan peratusan. Hasil kajian mendapati bahawa secara dominannya, sumber pengetahuan komuniti mengenai pencemaran Sungai Pinang ialah berdasarkan pemerhatian mereka sendiri, manakala pengetahuan mereka mengenai punca pencemaran Sungai Pinang yang dominan ialah hasil daripada aktiviti pembuangan sampah sarap. Bagi kesan pencemaran Sungai Pinang yang dominan ialah udara berbau busuk dan persekitaran kotor. Bagi tindakan mereka yang dominan terhadap pencemaran Sungai Pinang pula ialah memastikan pintu dan tingkap rumah sentiasa ditutup dan memasang jaring keselamatan di halaman rumah. Kajian ini berpotensi dalam memberi gambaran dan kefahaman kepada masyarakat untuk berdepan dengan isu pencemaran sungai. Di samping itu juga, diharap kajian ini berupaya untuk menjadi rujukan penting kepada pihak berwajib dalam merangka strategi dan intervensi yang holistik demi kesejahteraan hidup komuniti dan alam sekitar.

Kata kunci: kesan, kesedaran komuniti, pencemaran sungai, pengetahuan, Sungai Pinang, tindakan

 

Environmental issues are not peculiar in this country, especially issues involving river pollution. River pollution will affect food sources, economic activities, health conditions, as well as many other important aspects in human life. The objective of this study is to discuss the awareness of the community in dealing with the issue of Sungai Pinang pollution by using indicators of knowledge, effect, and action. This study uses quantitative methods through a questionnaire involving 100 community respondents who live in the Sungai Pinang area. Respondents involved were randomly selected in the data collection process. Data was analyzed using Statistical Packages for Social Science (SPSS) version 22.0 to obtain frequency and percentage values. The findings show that the community’s dominant source knowledge on Sungai Pinang pollution is based on their own observations, while their dominant knowledge of factor contributes to Sungai Pinang pollution is the result of garbage disposal activity. Whereas, the dominant effects of Sungai Pinang pollution are foul air and dirty environment. As for their dominant action against Sungai Pinang pollution is to ensure that the doors and windows of the house are always closed and the safety net is placed in the yard. This study has the potential in providing information and understanding to the community to deal with river pollution issues. In addition, it is hoped that this study will serve as an important reference to the authorities in formulating holistic strategies and interventions for human and environment well-being.

Keywords: effect, community awareness, river pollution, knowledge, Sungai Pinang, action


Full Text:

PDF

References


Abdullah, M.Y.H., Pawanteh, L., Abdullah, S.M.S., & Mustaffa, N. (2010). Kesedaran dan sikap komuniti dalam pengurusan persekitaran di Wilayah Iskandar, Johor. Jurnal Melayu, 5, 71-86.

Adnan, M.H., & Demiyah, D. (2017). Perspektif pengguna Sabah terhadap tahap alam sekitar. Jurnal Kinabalu, 23, 87-114.

Ahmad, J.H., Mustafa, H., Hamid, H.A., & Wahab, J.A. (2011). Pengetahuan, sikap dan amalan masyarakat Malaysia terhadap isu alam sekitar. Akademika-Journal of Southeast Asia Social Sciences and Humanities, 81(3), 103-115.

Amir, A. (2006). Impak limpahan pembandaran ke atas kampung pinggir bandar di wilayah metropolitan (Phd dissertation). Retrieved from Universiti Teknologi Malaysia.

Chun, M.H., Sulaiman, W.N.A., & Samah, M.A.A. (2012). A case study on public participation for the conservation of a tropical urban river. Polish Journal of Environmental Studies, 21(4), 821-829.

Gasim, M.B. (2013). Pengurusan lembangan sungai berteraskan IWRM. Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hashim, M., Ismail, R., & Khalid, K. (2011). Isu dan pengurusan sisa pepejal di Pulau Pangkor, Perak. Jurnal Perspektif, 3(1), 78-94.

Hussin, F., Ali, J., & Noor, M.S.Z. (2014). Kaedah penyelidikan dan analisis data SPSS. Sintok, Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Ismail, H., Hussain, S., Rokiah, T.P., & Mariyappan, R. (2010). Sikap komuniti setinggan tebingan sungai: Pencemaran dan pengurusannya. Jurnal Perspektif, 3(1), 1-12.

Jabatan Alam Sekitar. (2013). Hentikan pencemaran sungai. Retrieved from http://www.doe.gov.my

Jabatan Alam Sekitar. (2017). Insiden pencemaran di Sungai Langat. Retrieved from https://www.doe.gov.my

Kasnoon, K. (2013). 5 sungai dikenal pasti paling tercemar di negara ini. Retrieved from http://www.astroawani.com

Mahadi, Z. & Yusof, N. (2003). Kesedaran alam sekitar: Tinjauan awal di kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Persekitaran 2003. Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Misnan, N., & Rindam, M. (2012). Morfometri lembangan sungai-sungai utama di Pulau Pinang. Geografia Malaysian Journal of Society and Space, 8(3), 71-81.

Morganan, G. (2014). Lapan sungai tercemar di Pulau Pinang. Retrieved from http://www.sinarharian.com.my

Nayan, N., Hashim, M., Ibrahim, M.H., & Ngah, M.S.Y.C. (2009). Perubahan gunatanah dan tahap kualiti air sungai di Bandaraya Ipoh, Perak. Malaysian Journal of Environmental Management, 10(2), 115-134.

Noorazuan Md Hashim, & Shamsuddin Man. (2018). Tanggapan, kesedaran dan motivasi masyarakat terhadap penggunaan air hujan sebagai bekalan alternatif bandar. Geografia- Malaysian Journal of Society and Space, 14(3), 37-52.

Poon, W.C., Herath, G., Sarker, A., Masuda, T., & Kada, R. (2016). River and fish pollution in Malaysia: A green ergonomics perspective. Applied Ergonomics, 57, 80-93.

Rahman, H.A. (2007). Suatu tinjauan terhadap isu pencemaran sungai di Malaysia. Persidangan Geografi 2007, Universiti Pendidikan Sultan Idris. 8-9 September. Retrieved from https://sssums.files.wordpress.com

Rashid, M.F.A., & Ghani, I.A. (2007). Migrasi dan kemiskinan bandar: Suatu kajian literatur. Seminar Kebangsaan Pembangunan Persekitaran & Masyarakat 2007, Pulau Pinang. Retrieved from https://www.researchgate.net

Sakawi, Z., Abdullah, S.M.S., Jaafar, O., Mahmud, M., Ismail, L., & Ariffin, M.R. (2012). Persepsi penerima sensitif ke atas pencemaran bau dari tapak pelupusan secara terbuka. e-Bangi-Journal of Social Sciences and Humanities, 7(1), 284-293.

Samian, S., Jahi, J.M., & Awang, A. (2014). Isu perbandaran dan kualiti hidup penduduk pinggir bandar. International Journal of the Malay World and Civilisation, 2(1), 63-75.

United Nation Development Programme. (2019). What are the Sustainable Development Goals? Retrieved from https://www.undp.org/content/undp/en/home/sustainable-development-goals.html

United Nation. (2019). Sustainable Development Goals: Goal 6 Ensure access to water and sanitation for all. Retrieved from https://www.un.org

United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). (2017). The United Nations World Water Development Report 2017. Wastewater: The Untapped Resource. Paris, UNESCO Publishing.

Wahab, A.H., & Yaacob, N. (2012). Pencemaran sungai: Analisis peruntukan undang-undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Kanun (Jurnal Undang-Undang Malaysia), 24(1), 77-93.

Weng, C.N., Abdullah, A.L., Ibrahim, A.L., & Ghazali, S. (2003). River pollution and restoration towards sustainable water resources management in Malaysia. In Wan Ruslan Ismail, Narimah Samat, Aziz Abdul Majid, Moha Asri Abdullah & Anisah Abdullah (Eds.), Society, Space & Environment In A Globalised World: Challenges And Prospects (pp. 208-219). Penang, Geography Section Universiti Sains Malaysia and National Geographical Association of Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.