Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan Negara Kerjasama Teluk (GCC): Satu Kajian Empirik
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji prospek perdagangan dua hala antara Malaysia dengan negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dengan mengambil kira Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA). Model graviti panel digunakan untuk melihat kesan perdagangan Malaysia jika FTA dengan GCC dilaksanakan. Penganggaran ekonometrik dilaksanakan dengan mengambil kira pemboleh ubah eksport, import, pendapatan, jumlah penduduk, keluasan setiap negara, jarak, kadar pertukaran asing, dan beberapa pemboleh ubah damiĀ untuk mengenal pasti negara GCC dan negara yang mempunyai perjanjian perdagangan bebas dengan Malaysia bagi tahun 2002 hingga 2009. Secara umumnya wujud hubungan yang signifikan antara saiz ekonomi dan jarak antara negara terhadap jumlah perdagangan dua hala dengan Malaysia. Walau bagaimanapun, kajian gagal secara statistiknya menyokong kesan positif terhadap jumlah perdagangan dengan termaterinya FTA.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.