Kecekapan Tadbir Urus Ketenteraan dan Pertahanan Era Pentadbiran Nabi Muhammad S.A.W
Abstract
Ketenteraan dan pertahanan merupakan salah satu elemen penting dalam mengukuhkan pentadbiran negara. Kekuatan barisan ketenteraan dan pertahanan yang mantap pula bergantung pada pengurusan yang cekap. Pengurusan ketenteraan dan pertahanan yang dijalankan oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W antara pengurusan yang relevan untuk dijadikan model pada masa kini. Ini kerana, amalan yang dipraktiskan oleh baginda dalam pentadbirannya membawa kerajaan yang dibina kepada pembentukan negara yang lebih harmoni dan stabil. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis dan meneliti amalan yang berkaitan dengan ketenteraan dan pertahanan negara di era pemerintahan nabi Muhammad S.A.W. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian analisis kandungan dan kajian sejarah. Pengumpulan data dilakukan menerusi kaedah tekstual dan data yang diperoleh dianalisis secara deduktif dan induktif. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa amalan yang boleh dilihat, antaranya kejayaan tentera Islam menonjolkan kepimpinan nabi Muhammad S.A.W dalam merencana dan merancang taktik dan strategi peperangan, kesanggupan baginda turut serta dalam menanggung kesusahan bersama para sahabat dalam menghadapi musuh. Pendekatan mushawarah serta mengambil kira pendapat yang diutarakan oleh para sahabat dalam mengatur strategi peperangan merupakan suatu amalan yang boleh diambil pedoman. Kajian ini amat penting dalam bidang ketenteraan dan pertahanan khususnya pada masa kini kerana pada bila masa sahaja konflik atau kekacauan boleh tercetus yang akan menggugatkan keamanan negara. Justeru itu, kecekapan pengurusan dalam aspek ketenteraan dan pertahanan amat perlu bagi bersiap sedia menghadapi cabaran dan ancaman kepada pertahanan negara.
Katakunci: Nabi Muhammad S.A.W, Tadbir Urus, Ketenteraan dan pertahanan
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.