Kupasan Historik Status Malaysia sebagai Negara Islam

Wan Mohd Yusof Wan Chik, Mohamad Zaidin Mohamad, Mohd Sufian Moktar, Abdul Karim Ali, Azizan Baharuddin

Abstract


Antara isu politik yang agak berpanjangan di Malaysia adalah isu keabsahan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam. la adalah suatu polemik yang berakar umbikan sejarah, kekinian dan masa hadapan. Pengisytiharan Malaysia sebagai sebuah negara Islam oleh Perdana Menteri keempat ternyata telah meredakan polemik ini tetapi tidak berjaya memadamkannya. Justeru objektif kajian ini adalah untuk menganalisis semula pengisytiharan ini secara strategi demi memberi impak yang positif pada masa mendatang. Kajian berbentuk kualitatif ini merujuk kepada bahan-bahan kepustakaan demi melakukan beberapa analisis mencakupi induktif, deduktif, historikal, mahupun komparatif. Kajian ini mendapati ada Zima ciri negara Islam yang biasanya disebut dalam karya-karyafiqh kenegaraan Islam, iaitu keamanan, kepimpinan, penduduk, status asal sesebuah wilayah dan pelaksanaan undang-undang Islam. Polemik tentang status Malaysia sebagai negara Islam, kebiasaannya merujuk kepada penekanan pihak-pihak yang terlibat kepada ciri yang pertama dan kelima. Kajian juga melihat secara strateginya pengisytiharan tersebut yang bertunjangkan kepada keamanan dan kestabilan negara memberi impak yang positif dari sudut memberi ruang yang lebih kepada pelaksanaan Islam pada masa akan datang. Sungguhpun demikian, umat Islam perlu meneruskan penambahbaikan dari sudut pelaksanaannya dari masa ke semasa. Kajian ini amat bersetuju dengan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam ataupun sekurang­ kurangnya sebagai Dar al-Islam sebagaimana yang disebut oleh Wahbah al-Zuha ily.


Historical Criticism of Malaysia Status as Islamic State

Among the long-standing  issues  in Malaysia  is the legitimacy  issue regarding  Malaysia s status  as an Islamic  country. It is a polemic that is deeply rooted in history, contemporarily and in the future. The  declaration  of Malaysia  as  an Islamic country by the fourth Prime Minister  had  alleviated  this  polemic  but  did  not succeed  in discarding  it. Hence, the objective of this study was to re-analyse this declaration as a strategy that would  impart  a  positive impact in the  future. This qualitative study had referred to library materials that involved the inductive, deductive, historical and comparative analyses. This study found five characteristics of an Islamic country that are usually mentioned in fiqh literature concerning Islamic nationhood, namely peacefulness, leadership,  population,  original  status  of  a  territory and the implementation of Islamic law. The polemic concerning Malaysia s status as an Islamic country usually refers to the emphasises on the parties involved regarding the first and fifth characteristics. This study had also looked into the strategy of the declaration, which was based on peace and stability of a country that imparts a positive impact such as the allowance to implement Islam in the future. Nevertheless, Muslims need to carry on improving the implementation from time to time. This study agreed with the status of Malaysia as an Islamic country or at least as a Dar al-Islam , as mentioned by Wahbah al-Zuhaily.

 


Keywords


Negara Islam; Undang-undang Islam; ilmu maqasid; pilihanraya umum; masyarakat majmuk

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia