Liberalisme dan Pemikiran Pemimpin Muslim di Malaysia

Ahmad Munawar Ismail, Zakaria Stapa

Abstract


Pemikiran liberal adalah aliran pemikiran yang berjuang untuk hak kebebasan bersuara dan hak kebebasan beragama. Pemikiran ini dilihat memberi ancaman kepada keharmonian beragama kerana pentafsiran yang dibuat dalam hal berkaitan agama bergantung kepada perspektif rasional dan kontekstual. Tulisan ini memberi fokus kepada perbahasan epistemologi pemikiran liberal dan hubungannya dengan aliran pemikiran pemimpin Muslim di Malaysia. Menggunakan kaedah kualitatif, kajian ini turut melibatkan kaedah temu bual kepada seramai enam belas orang
informan daripada kalangan pemimpin negara, pemimpin masyarakat dan pemimpin Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk melihat realiti pemikiran ini dalam konteks Malaysia. Informan telah disampelkan menggunakan strategi persampelan bertujuan yang memfokuskan kepada keperluan untuk memperolehi maklumat dengan lebih fokus dan
terbuka. Hasil kajian menunjukkan pemikiran liberal ini mempunyai analogi ilmu yang sangat panjang. Ia dipengaruhi oleh kepelbagaian keadaan sejarah dan kondisi negara termasuk pengaruh aristokrasi, industrialisasi dan agama. Pemikiran liberal juga adalah asas kepada ketamadunan sekular yang muncul kesan daripada bantahan golongan
cendekiawan Barat terhadap sikap dan ideologi pembesar agama Kristian. Jelasnya, pemikiran liberal adalah acuan Barat dan kesannya dapat dilihat pada cara hidup dan budaya masyarakat Barat sekarang. Apa yang membimbangkan, hasil kajian juga menunjukkan pemikiran ini telah meresap masuk ke dalam pemikiran sebahagian rakyat Malaysia khususnya daripada kalangan pemimpin Muslim. Metode berfikir menurut kaedah ini perlu ditangani secara holistik kerana pemikiran beracuan liberal ini mampu menjejaskan metode berfikir umat Islam pelbagai latar belakang. Implikasinya, akan muncul pelbagai gerakan yang mendakwa mereka membawa panji-panji Islam padahal prinsipprinsip yang ditegakkan bersifat ekstrem dan bertentangan sama sekali dengan prinsip ajaran Islam. 

Liberalism and the Thoughts of Muslim Leaders in Malaysia

Liberal thinking is a stream of thought that fights for the right of freedom of speech and the right of freedom of religion. This thinking is seen as a threat to religious harmony due to the interpretations made concerning religious matter depending on the rationale and contextual perspectives. This paper focuses on the epistemological debate on liberal thought and its relationship with the Muslim schools of thought leaders in Malaysia.. Using the qualitative methods, this study also includes the method of interviewing sixteen informants among national leaders, community leaders and non-governmental organizations (NGOs) to view the reality of this thinking in the Malaysian context. The informants have been sampled by using purposive sampling strategies to gain clear and direct informations. The result of this study shows that liberal thinking is a knowledge that has a long history of science. It is influenced by a variety of historical and state conditions including the influence of aristocracy, industrialization and religion. Liberal thought is also a basic of secular civilization that stems from Western scholars who opposed the attitudes and ideologies of the Christian religion’s leaders. It is clear that liberal thinking is a Western’s mold and its effect can be seen in the way of life and culture of Western society today. The concern is, the finding shows that this thinking has infiltrated the minds of some Malaysians especially among Muslim leaders. This method of thinking needs to be dealt holistically as this liberal thinking may affect the way of Muslims’ thinking from different backgrounds. The implication may appear in various forms of movements claiming that they carry Islamic symbols while their principles are extreme in nature and completely contrary to the true principles of Islamic teaching. 


Keywords


Liberalisme; Pemikiran Islam; Islam Liberal; Fundamentalis; Ekstremisme

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia