Penerimaan dan Penolakan International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) dalam Kalangan Masyarakat Melayu dan Bumiputera di Malaysia

Kartini Aboo Talib @ Khalid, Suraiya Ishak

Abstract


Perdebatan tentang ratifikasi atau perakuan menerima ICERD amat memuncak dengan pembahagian beberapa pandangan yang berbeza termasuk yang menyokong, menentang dan yang memilih dengan bersyarat. Gerakan ratifikasi ICERD ini dipelopori oleh aktivis hak asasi manusia yang kebanyakannya ialah daripada pertubuhan bukan kerajaan yang menyediakan laporan keperluan ratifikasi ICERD hanya dalam Bahasa Inggeris. Himpunan suara daripada kumpulan kecil aktivis badan bukan kerajaan ini menjadi kefahaman mengenai ICERD hanya tertumpu kepada pandangan segelintir kumpulan masyarakat iaitu mereka yang berpendidikan Inggeris, kelas atasan dan pertengahan. Sebilangan besar rakyat masih lagi belum jelas dan tercari-cari sumber yang boleh dipercayai dalam memahami kemelut ICERD ini. Tambahan lagi, dorongan yang bersifat gopoh juga menyebabkan himpunan rakyat membantah perakuan menerima atau ratifikasi ICERD. Kegopohan kerajaan untuk meratifikaasi juga menjadi suatu tanda tanya. Artikel ini menjelaskan sebab musabab ICERD ditolak terutama kandungannya, kefahaman yang kurang dalam kalangan masyarakat Melayu dan Bumiputera, ketiadaan rundingan bersama rakyat, dan rentetan beberapa peristiwa yang agak tegar akhirnya membawa kepada penolakan ICERD. Faktor-faktor ini adalah sebahagian daripada ‘stable tension’ yang jika gagal diurus dengan baik, suasana tegang ini boleh bertukar menjadi ganas – rusuhan kaum. 

Acceptance and Rejection International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) amongst the Malays and Bumiputera in Malaysia

The debates over the ratification of ICERD divided into a few perspectives such as supporting, support with conditions, and against it. ICERD was championed by mostly non-Malays human rights activists that prepared a report on the need for ICERD in English. The collection of opinion from this non-governmental organization made the understanding of ICERD concentrated amongst the elitist people, middle class, and English oriented. Most people are still unclear and looking for reliable sources to understand the terms in ICERD. Tracing and defining ICERD about the future of Malays and Bumiputeras must be informed using the Malay language as the medium to disseminate it to all layers of society in Malaysia. The abrupt moved by the government to ratify it was deemed unnecessary by most people. This article examines the terms of ICERD, reasons for opposing it, insufficient understanding of the English version amongst the Malays and Bumiputera, absence of consultation with the people, and series of unfortunate events that resulted in rejecting ICERD. Alas, it is a stable tension that if it is ill-managed, it could transform into violence – an ethnic riot. 


Keywords


Ratifikasi; Etnisiti; Keganasan; Literasi; Pribumi

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia