Isu Al-Mujarrabat Menurut Perspektif Qiyas al-Shabah
Abstract
Isu al-mujarrabat merupakan antara isu khilafiah yang hangat diperselisihkan dalam kalangan agamawan di Malaysia khususnya. Isu yang sering dipertikaikan oleh sebahagian pihak adalah isu zikir yang tidak dilakukan oleh Baginda Nabi seperti zikir dengan lafaz Allah dengan bilangan yang tertentu, isu meniup pada air hasil bacaan tertentu dan lain-lain. Pertikaian atau perbalahan ini berpunca daripada penyalahan secara total. Qiyas al-Shabah ini adalah di antara instrumen di dalam perbahasan Usul Fiqh yang penting dalam membantu mengeluarkan `illah daripada isu-isu dan nas-nas tertentu. Apabila isu-isu tertentu diceraikan dan diteliti, maka akan didapati kekurangan dalam setiap qiyas yang dibuat oleh agamawan-agamawan tertentu. Setiap isu-isu yang direspon oleh beberapa agamawan tertentu biasanya akan melibatkan secara tidak langsung proses pengqiyasan. Maka Qiyas al-Shabah ini akan mengatur, dan memperbetul isu-isu yang diqiyaskan oleh mereka, dengan meletakkan pada isu yang lebih tepat untuk diqiyaskan. Penyelidikan ini merupakan kajian yang berbentuk kualitatif kerana ia berkaitan dengan perbahasan sesuatu teori yang akan melibatkan pengkajian data-data di dalam rujukan-rujukan kitab-kitab klasik dan semasa seterusnya diimplementasikan di dalam sesuatu isu dan kes. Hasil implementasi Qiyas al-Shabah ke dalam isu ini didapati bahawa sudut pandang mereka yang menolak adalah disebabkan oleh pemahaman secara literal pada sesuatu hadis atau athar.
Keywords
Qiyas al-Shabah; al-Mujarrabat; ikhtilaf al-Fuqaha; al-Ruqyah al-Shar`iyyah
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556
Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia