Pelarasan Waktu Solat untuk Lokasi Beraltitud Tinggi: Analisis Berpacukan Data
Abstract
ABSTRAK
Salah satu syarat sah solat ialah menunaikan solat pada waktu yang telah ditetapkan berdasarkan al-Qur’an dan Hadis. Oleh itu, menjadi satu keperluan dan kepentingan untuk mengetahui waktu bermula dan berakhirnya waktu-waktu solat tersebut agar solat dapat dilakukan dengan sempurna. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan menganalisis aspek-aspek yang mempengaruhi waktu solat di tempat dan bangunan tinggi serta membuat penilaian semula waktu Syuruk dan Maghrib di tempat dan bangunan tinggi dengan mengambil kira faktor-faktor yang mempengaruhi waktu solat tersebut. Lokasi kajian ialah di Pengkalan SKN312 Western Hill, Pulau Pinang bagi ufuk Barat (waktu Maghrib) manakala Bukit Maras, Kuala Nerus dan Menara Kuantan 188, Pahang telah dipilih bagi ufuk timur (waktu Syuruk), masing-masing pada ketinggian 813m, 329m dan 104m. Kaedah ekstrapolasi data berdasarkan trend taburan data cerapan telah dilakukan. Selain itu, simulasi menggunakan persamaan yang bersesuaian telah dihasilkan. Hasil extrapolasi data lapangan bagi waktu Maghrib menunjukkan bahawa pada ketinggian 813m, matahari terbenam 3 – 4 minit lebih lewat. Manakala pada ketinggian 104m, matahari terbit 1.2 – 1.3 minit lebih awal yang menunjukkan waktu Syuruk itu bersamaan dengan waktu syuruk yang dicatatkan di dalam takwim bagi Kuantan. Bagi hitungan simulasi data sintetik pula, kajian mendapati bahawa pendekatan berbeza yang digunakan adalah selari antara satu sama lain dan memberi ralat bacaan yang sangat kecil. Nilai pembiasan yang dihitung pada paras laut di Pulau Pinang ialah 32 arka minit. Pada ketinggian 100m, matahari terbenam 1.384 minit lebih lewat dan pada ketinggian 813m, matahari terbenam lebih kurang 4 minit lebih lewat.
Kata kunci: Bangunan tinggi; junaman ufuk; tanah tinggi; matahari; waktu solat
ABSTRACT
One of the essential conditions for the validity of prayer (solat) in Islam is that it must be performed within the prescribed times based on the Quran and Hadith. Therefore, it is essential to accurately determine the specific start and end times for these prayers to ensure they are performed correctly. This study aims to identify and analyse the factors influencing prayer times at elevated locations and high-rise buildings, and to re-evaluate the times for Syuruk (sunrise) and Maghrib (sunset) at these locations, taking into account the factors affecting prayer times. Research was conducted at Pengkalan SKN312 Western Hill, Penang, for the western horizon (Maghrib time), and at Bukit Maras, Kuala Nerus, and Menara Kuantan 188, Pahang, for the eastern horizon (Syuruk time) at elevations of 813 m, 329 m, and 104 m, respectively. Data extrapolation methods based on observational data trends were employed. Additionally, simulations were generated using appropriate equations. The extrapolated field data for Maghrib indicated that at an elevation of 813m, the sunset occurs 3–4 minutes later. At an elevation of 104 m, sunrise occurs 1.2–1.3 minutes earlier, aligning with the sunrise times recorded in the Kuantan calendar. The study found that various methods for synthetic data simulation calculations were in agreement with one another and produced minimal errors. The calculated refraction value at sea level in Penang is 32 arc minutes. At an elevation of 100m, sunset occurs 1.384 minutes later, and at 813m, sunset occurs approximately 4 minutes later.
Keywords: Elevated location; high-rise buildings; horizon dip; prayer times; sun
Keywords
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556
Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia