Penggunaan Buku Teks Pengajian al-Quran Sekolah Menengah di Malaysia: Sorotan Literatur Sistematik dalam Konteks Pendidikan Islam Kontemporari
Abstract
Buku teks merupakan instrumen penting dalam sistem pendidikan Malaysia kerana berfungsi sebagai sumber utama rujukan bagi guru dan murid. Kementerian Pendidikan Malaysia mewajibkan penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan keberkesanan kurikulum. Walaupun perkembangan era digital telah memperkenalkan pelbagai bahan bantu mengajar baharu, tahap penggunaan dan kualiti buku teks, khususnya dalam konteks pendidikan Islam, masih menjadi isu yang berterusan. Oleh itu, kajian sorotan literatur sistematik (SLR) ini dijalankan bagi menganalisis kajian-kajian terdahulu berhubung penggunaan buku teks di Malaysia serta mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaannya dalam pengajian al-Quran. Berpandukan kerangka PRISMA (Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses), sebanyak 32 artikel yang diterbitkan antara tahun 2019 hingga 2024 telah disaring daripada pangkalan data Scopus, Google Scholar, Mendeley dan MyCite. Dapatan kajian ini mengenal pasti dua tema utama yang mempengaruhi penggunaan buku teks dalam kalangan guru dan murid: i) kualiti buku teks yang merangkumi aspek kandungan, aktiviti dan latihan, grafik dan ilustrasi, serta bahasa dan istilah; dan ii) jenis buku teks yang digunakan, sama ada berbentuk fizikal mahupun digital. Implikasi kajian mencadangkan agar Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan semakan semula serta penambahbaikan terhadap buku teks Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-Quran (KKQ). Penambahbaikan ini perlu mengintegrasikan ciri-ciri buku teks berkualiti dengan memberi perhatian kepada cabaran kontemporari, pendekatan pedagogi yang berkesan dan nilai pendidikan Islam yang relevan demi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah menengah.
Kata kunci: Buku teks; KKQ; pendidikan Islam kontemporari; Abad ke-21; kualiti
ABSTRACT
Textbooks are vital instruments in the Malaysian education system as they serve as the primary reference for both teachers and students. The Malaysian Ministry of Education mandates their use in teaching and learning to ensure the effectiveness of the curriculum. Despite the rise of various digital teaching aids in the current era, the level of usage and quality of textbooks, particularly in Islamic education, remains a persistent issue. Hence, this systematic literature review (SLR) was conducted to analyse previous studies on textbook usage in Malaysia and to identify the factors influencing their application in Qur’anic education. Guided by the PRISMA framework (Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses), 32 articles published between 2019 and 2024 were screened from Scopus, Google Scholar, Mendeley, and MyCite databases. The findings identified two main themes influencing textbook use among teachers and students: (i) textbook quality, content, activities, exercises, graphics and illustrations, and language and terminology; and (ii) textbook types, whether physical or digital. The implications of this study suggest that the Ministry of Education should review and improve the Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-Quran (KKQ) textbooks. Such improvement should integrate the characteristics of high-quality textbooks while addressing contemporary challenges, effective pedagogical approaches, and relevant Islamic educational values to enhance the teaching and learning of the Qur’an at the secondary school level.
Keywords: Textbook; KKQ; contemporary Islamic education; 21st century; quality
Keywords
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556
Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia