Pemilihan Bahasa dalam Domain Kekeluargaan Etnik Banjar di Mukim Bagan Serai, Perak (Language Choice in the Family Domain of Banjar Society in Bagan Serai, Perak)
Abstract
ABSTRAK
Bagan Serai merupakan penempatan terbesar masyarakat Banjar di Perak. Situasi ini telah menyebabkan berlakunya asimilasi budaya mahupun bahasa masyarakat Banjar dengan penduduk tempatan yang terdiri daripada kaum Melayu. Hal ini sekali gus membentuk sebuah komuniti masyarakat yang multilingual di Bagan Serai. Selain itu, keadaan ini juga dilihat menyebabkan peristiwa pertembungan bahasa antara bahasa Banjar (BB) yang merupakan bahasa ibunda dan juga dialek Utara (DU) yang merupakan dialek tempatan di kawasan berkenaan. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pemilihan bahasa dalam domain kekeluargaan masyarakat Banjar di mukim Bagan Serai. Pendekatan domain yang diketengahkan oleh Fishman (1972) dijadikan sebagai medium untuk mengenal pasti bahasa yang menjadi pilihan masyarakat ini khususnya dalam domain kekeluargaan. Kajian ini melibatkan seramai 200 orang responden masyarakat Melayu Banjar yang menetap di mukim Bagan Serai. Responden pula terdiri daripada penduduk yang menetap di beberapa buah perkampungan seperti Kampung Parit Gabis, Kampung Telok Seribu, dan Masjid Tinggi. Setiap responden diberikan borang soal selidik di samping temu bual tidak berstruktur dan juga pemerhatian turut serta. Hasil kajian mendapati bahawa dialek Utara (DU) semakin dominan dituturkan dalam komunikasi harian masyarakat Banjar bersama keluarga sama ada dalam lingkungan pertama, kedua, mahupun ketiga. Tambahan pula, kecenderungan masyarakat Banjar menuturkan DU lebih menyerlah apabila bertutur dengan golongan ahli keluarga yang lebih muda. Selain itu, faktor perkahwinan campur merupakan faktor yang mendorong masyarakat Banjar mula beralih kepada bahasa yang lebih difahami iaitu, DU ketika sedang berkomunikasi dengan keluarga pasangan suami atau isteri. Namun begitu, penggunaan bahasa Banjar (BB) masih dikekalkan walaupun agak terhad kepada ahli keluarga yang lebih berusia sahaja. Situasi ini menggambarkan bahawa sudah terdapat penurunan penggunaan BB dalam domain kekeluargaan masyarakat Banjar di Bagan Serai. Kajian ini sekali gus dapat menyerlahkan situasi terkini bahasa ibunda masyarakat Banjar yang semakin terancam berikutan penurunan angka penutur Banjar.
Kata Kunci: Pemilihan Bahasa; Domain Kekeluargaan; Masyarakat Banjar; Lingkungan Kekeluargaan; Penurunan
ABSTRACT
Bagan Serai is the largest settlement of the Banjar community in Perak. This situation has caused cultural as well as linguistic assimilation between the Banjar community and the local residents consisting of the Malay ethnic group. This has simultaneously formed a multilingual community in Bagan Serai. In addition, this situation is also causing language contact between the Banjar language (BL), which is the mother tongue, and the Northern Dialect (ND), which is the local dialect. Therefore, this study aims to identify language choice in the family domain of the Banjar community in Bagan Serai. The domain approach by Fishman (1972) was used as a medium to identify the language chosen by this community, especially in the family domain. This study involved 200 Banjar Malay respondents residing in Mukim Bagan Serai. The respondents consisted of residents living in several villages such as Parit Gabis, Telok Seribu, and Masjid Tinggi. Each respondent was given a questionnaire in addition to unstructured interviews and participant observation. The findings of the study found that ND is increasingly dominant in daily communication among the Banjar community with family members whether within the first, second, or third circle. Furthermore, the tendency of the Banjar community to speak ND is more prominent when communicating with younger family members. In addition, intermarriage is a factor that encourages the Banjar community to begin shifting to a more widely understood language, namely ND, when communicating with the family members of the husband or wife. However, the use of BLis still maintained although it is rather limited to older family members only. This situation illustrates that there has already been a decline in the use of BL in the family domain of the Banjar community in Bagan Serai. This study also highlights the current situation of the Banjar mother tongue, which is increasingly endangered following the decline in the number of Banjar speakers.
Keywords: Language Choice; Family Domain; Banjar Community; Family Generations; Decline
Keywords
Full Text:
PDFReferences
Akhmad Mansur, Asbah Razali, Nurhamizah Hashim, Nurul
Haniza Samsudin & Nur Azimah Mohd Bukhari. 2024.
Pemilihan dan penguasaan dalam kalangan masyarakat
Bonggi. PERTANIKA Journal Social Sciences & Humanities
: 29-49.
Filiz Cetintas Yildirim. 2020. Language choice and identity: an
investigation based on the comparison of language attitudes
from two different localities. Journal of Language and
Linguistic Studies 16(2): 1032-1042.
Fishman, J. A. 1972. Domains and the relationship between
micro- and macrosociolinguistics. Dlm. John J. Gumperz
& Dell Hymes (pnyt.). Directions in sociolinguistics: The
ethnography of communication. New York: Basil Blackwell
Ltd.
Hartmut Haberland. 2005. Domains and domain loss. Dlm.
Preisler, B., Fabricius, A., Haberland, H., Kjærbeck, S., &
Risager, K. (pnyt.). The consequences of mobility: linguistic
and sociocultural contact zones, hlm. 227-237. Roskilde:
Roskilde Universitet.
Harun Mat Piah. 1983. Dialek Perak: satu tinjauan ringkas.
Anjuran Jabatan Kebudayaan Belia & Sukan Negeri Perak.
Ipoh, Perak.
Mohd Khaidir Abdul Wahab, Chong Shin, Karim Harun &
Jamaludin Asaari. 2025. Pilihan bahasa dalam domain
pendidikan keagamaan di Bagan Serai, Perak. Jurnal
Melayu 24(1): 1-21.
Mohd Khaidir Abdul Wahab, Chong Shin & Karim Harun.
a. Pengekalan dan peralihan bahasa Banjar di lokasi
terpilih di Mukim Bagan Serai, Perak. International Journal
of Malay World and Civilisation 13(1): 38-50.
Mohd Khaidir Abdul Wahab, Chong Shin & Karim Harun.
b. Pemilihan bahasa masyarakat Banjar Diaspora di
Bagan Serai, Perak. Journal of Malaysia Studies (early
view) 1-44.
Mohd Khaidir Abdul Wahab & Dicky Wiwittan Toto Ngadiman.
Pilihan bahasa dalam kalangan mahasiswa di Pulau
Pinang dalam domain keluarga dan pendidikan. Internatinal
Journal of Language Education and Applied Linguistics
(2): 31-45.
Mohd Khaidir Abdul Wahab & Mohd Nor Taufiq NorHashim.
Aspek leksikal kata nama dalam dialek masyarakat
Banjar di Mukim Bagan Serai Perak. e-Jurnal Bahasa dan
Linguistik 2(2): 67- 78.
Mohd Khaidir Abdul Wahab & Shamim Sharif. 2025.
Vitaliti dialek Melayu Perlis dalam domain keluarga dan
persahabatan. Jurnal Linguistik. 29(2): 102-119.
Muhammad Danial Danish Yusman & Noor Saadah Salleh.
Pemilihan Bahasa dalam Kalangan Generasi Muda
Masyarakat Jawa di Kampung Seri Tiram Jaya, Selangor.
Jurnal Linguistik 28(2): 90-103.
Muhammad Khairul Najmi Amran, Wan Robiah Meor Osman &
Nor Fazila Ab Hamid. 2024. Pilihan bahasa dalam domain
kekeluargaan masyarakat Siam, Kedah. Jurnal Akademika
(3): 481-497.
Muhammad Khairul Najmi Amran & Wan Robiah Meor
Osman. 2024. Pemilihan bahasa Siam dalam kalangan
masyarakat majoriti di Pendang, Kedah. Dlm. Wan Robiah
Meor Osman (pnyt.). Bahasa dan Komuniti, hlm. 85-101.
Kota Samarahan: Universiti Malaysia Sarawak.
M. Ridha Ajam, Adi F. Mahmud, Irfan Ahmad, Andi Tenri Pada
Agustang & Susmayunita. 2026. Ternateno as a Portuguese
creole: a history and sociolinguistic study in Ternate. GEMA
ONLINE Journal of Language Studies 26(1): 79-100.
Noor Izzati Jamil & Khazriyati Salehuddin. (2023). The
different types of bilinguals and the dominant languages
among FSSK UKM students. Jurnal Wacana Sarjana
(4):1-14.
Noraisikin Ghazali, Mohammad Fadzeli Jaafar & Harishon
Radzi. 2019. Peralihan bahasa Cham dalam masyarakat
Cham di Melaka: analisis sosiolinguistik. GEMA Online
Journal of Language Studies 19(2): 52-69.
Sutthipod Phiranawong, Siripen Ungsitipoonporn & Erika
Sandman. 2026. Assessing language vitality and analyzing
factors behind language maintenance and language shift:
the case of Hakka in Thailand. Asian Ethnicity 27(2): 439-
https://doi.org/10.1080/14631369.2025.2494115
Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian. Sejarah Kerian.
https://mdkerian.gov.my/index.php/majlis-daerahkerian?
view=article&id=89:info-kerian&catid=31. [9
Februari 2026].
Riduan Makhtar, Siti Aisah, Abd Ganing Laengkang. 2019.
Pemilihan bahasa dalam masyarakat Semai di Kampung
Serigala, Hulu Selangor. E-Prosiding Persidangan
Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2019, hlm.
-10.
Rohaidah Haron, Ab. Razak Ab. Karim & Indirawati Zahid.
Pertembungan bahasa di Selatan Thailand: faktor
dan implikasi. PENDETA Journal of Malay Language,
Education and Literature 9: 117-129.
Rozmi Ismail. 2023. Metodologi Penyelidikan Teori dan
Praktis. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sa’adiah Ma’alip. 2015. Pemilihan bahasa dalam komunikasi di
laman sosial. Jurnal Komunikasi 31(2): 231-246.
Sa’adiah Ma’alip. 2019. Tahap keterancaman bahasa masyarakat
kreol di Melaka. Akademika. 89: 109-123.
Sa’adiah Ma’alip & Kartini Abd Wahab. 2024. Language choice
among family in Narum speech community. Geografi
Malaysia Journal of Society and Space 20(1): 140-154.
Sa’adiah Ma’alip & Syaidul Azam Kamarudin. 2021.
Background and Language of The Narum Community in
Marudi, Sarawak. Malaysian Journal of Society and Space
(2): 417-431.
Salleh Lamry. 2016. Madam ka banua urang: migrasi dan
perubahan sosial dalam kalangan orang Banjar di Malaysia.
Kertas Kerja Konferensi International: Transformasi Sosial
dan Intelektual Orang Banjar Kontemporar. Banjarmasin,
Indonesia, 9-11 Ogos.
Shahidi A.H., Iqbal Norul Amin & Nor Fazila Ab.Hamid. 2025.
Pemerian pengaruh aspek fonologi dan leksikal bahasa
Melayu dalam pertuturan penutur natif Banjar. Journal of
Social Sciences and Humanities 22(3): 665-673.
Saidatul Nornis Hj Mahadi, Aishah Tamby Omar & Wong Mee
Mee. 2022. Domain dan pemilihan bahasa generasi muda
Murut di daerah Keningau, Sabah. GEMA ONLINE Journal
of Language Studies 22(3): 119-138.
Schidmt-Rohr. 1932. Mutter Sprache-Vom Amt der Sprache bei
der Volkwerdung. Jena. Eugen Diederichs.
Ummi Aiman Zahimi & Wan Robiah Meor Osman. 2026.
Pemilihan bahasa dalam domain kekeluargaan masyarakat
Cina Peranakan Tirok, Kuala Terengganu. International
Journal of the Malay World and Civilisation 14(1): 52-66.
Wan Haliimisshufi Bin Wan Jusoh & Faridah Nazir. 2022.
Percampuran kod dalam ulasan permainan video PUBG
Mobile: suatu analisis sosiolinguistik. International Young
Scholars Journal of Languages 5(1): 49-65.
Wirayudha Pramana Bhakti. 2020. Pergeseran penggunaan
bahasa Jawa ke bahasa Indonesia dalam komunikasi
keluarga di Sleman. Jurnal Skripta 6(20): 28-40.
Refbacks
- There are currently no refbacks.

ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia