Homonim Bahasa Bajau dalam Kamus Dewan: Satu Tinjauan Awal (The Bajau Language Homonyms in Kamus Dewan: A Preliminary Perusal)
Abstract
ABSTRAK: Kamus merupakan sebuah buku yang memuatkan himpunan kata, disusun mengikut abjad yang mengandungi keterangan tentang cara sebutan, makna, terjemahan, tafsiran cara penggunaannya, menerangkan asal kata serta contoh penggunaannya dalam masyarakat. Kamus berfungsi untuk memelihara kemurnian bahasa (Johnson 1755 & Webster 1882). Di Malaysia, Kamus Dewan (KD) merupakan bahan yang telah diiktiraf dan berwibawa sebagai rujukan. Kamus ini (2015) mempunyai 5,843 entri baru dengan kata-kata yang berkait dengan suku kaum dan etnik seperti Cina, India, Iban, Kadazan dan Kintak. Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia melalui Kamus Dewan (cetakan ke-3; edisi ke-3, 1997) juga telah memulai langkah pemugaran dengan memasukkan entri kata-kata etnik dari Sabah dan Sarawak. Antara contoh kata sukuan yang dijadikan masukan kamus (1997) adalah merarau, randau, lapak, pugai, pugas & mera. Kekurangan masukan dan kajian berkait entri dari Sabah dan Sarawak dalam KD menyebabkan jumlah kata yang berhomonim dengan kata dalam bahasa Melayu kurang diketahui. Kata berhomonim mampu mencetuskan salah tafsir antara satu bahasa dengan bahasa lain. Justeru, tulisan ini berusaha menampilkan kata Bajau yang berhomonim dengan entri Melayu. Data bersumberkan KD (2015) sebagai data utama dan dibandingkan dengan Kamus Asas Bajau Sama (2016). Dengan kaedah kualitatif, 50 perkataan yang berhomonim dianalisis untuk mengenal pasti kelas kata dan fungsinya. Terdapat dua fungsi utama, yakni (i) kategori kelas kata sama dan (ii) kategori kelas kata berbeza. Di bawah kategori kelas kata sama terdapat tiga kelas kata, iaitu (a) kata nama-kata nama; (b) kata kerja-kata kerja; dan (c) kata adjektif-kata adjektif bagi bahasa Bajau-bahasa Melayu; manakala tiga fungsi kelas kata yang berbeza pula adalah (a) kata nama-kata kerja; (b) kata kerja-kata adjektif dan (c) kata adjektif-kata nama dan setiap satu kategori kata berkenaan mendukung makna berbeza. Kajian seumpama ini perlu ditambah dan diperdalamkan dengan meneliti aspek lain bidang leksikografi agar fungsi dan semantik setiap entri difahami dengan baik dan jelas.
Kata kunci: Bajau; homonim; Kamus Dewan; leksikografi; makna
ABSTRACT: Dictionary is a book that contains a collection of words, arranged alphabetically which contains information about pronunciation, meaning, translation, interpretation, explaining the origin of the word and examples of its use in society. Dictionaries provide to retain the purity of language (Johnson 1755 & Webster 1882). In Malaysia, Kamus Dewan (KD) (2015) is a material that has been recognized and has an authority as a reference. This dictionary consists of 5,843 new entries with words related to Chinese, Indian, Iban, Kadazan and Kintak ethnics group. The Dewan Bahasa dan Pustaka through the Kamus Dewan (3rd printed; 3rd edition, 1997) has also started the restoration process by including entries of ethnic words from Sabah and Sarawak such as merarau, randau, lapak, pugai, pugas & mera. The lack of entries and studies related to entries from Sabah and Sarawak in KD causes the number of homonymous words less to known. Misinterpretation may happen from the homonymous words. Therefore, this article written to explore the Bajau words that are homonymous with Malay entries. The data been identified from KD (2015) as the main source and compared with the Bajau Sama Basic Dictionary (2016). With a qualitative method, 50 homonymous words were postulated to identify the word class and its function. There are two main functions, namely (i) the similar word class categories and (ii) different word class categories. There are three words classes beneath the similar category, namely (a) nouns; (b) verbs; and (c) adjectives for the Bajau-Malay language; while the different word class functions are (a) nouns-verbs; (b) verbs-adjectives and (c) adjectives-nouns and each category of the respective word supports a different meaning. This sort of study needs to be fortified and expand to justifying other aspects of lexicography so that the function and the meaning of each entry are assuredly understood.
Keywords: Bajau; homonyms; Dewan Dictionary; lexicography; meaning
Full Text:
PDFReferences
Abdul Ghani Bagul. 1950. Notes on the Bajau language. The Sarawak Museum Journal 5(2): 196-200.
Abdul Hamid Mahmood. 2006. Sintaksis Dialek Kelantan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Carmel, Heah Lee Hsia. 1989. The Influence of English on the Lexical Expansion of Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Cystal, D. 1992. An Encyclopedia Dictionary of Language and Languages. Oxford: Blackwell. Daftar kata dialek Melayu Sarawak. 1998. Edisi Ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Dayang Sariah Abang Suhai & Mary Fatimah Haji Subet. 2012. Homonim antara dialek Melayu Sarawak dan bahasa Melanau. Issues in Language Studies 1(1): 15-21.
Fatimah, T. Djajsudarma. 2009. Semantik 2: Pemahaman Ilmu Makna. Cetakan Ke-4. Bandung: Refika Aditama.
Haugen, E. 1969. The Norwegian Language in America: a Study in Bilingual Behavior. 2nd Edition. Bloomington: Indiana University Press.
Hartmann, R.R.K. 2003. Lexicography: Critical Concepts. London: Routledge.
Ibrahim Hj. Ahmad. 2020. Perkamusan dan ensiklopedia: perbandingan ciri. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS) 21(1): 61-72.
Jackson, H. 1988. Words and Their Meaning. New York: Longman.
Jamdin Buyong. 1980. Bahasa Malaysia dalam pentadbiran. Kertas kerja dalam seminar Bahasa Malaysia dalam semua urusan di Sabah: Pencapaian dan masalah-masalahnya. Kota Kinabalu.
Johnson, S. 1755. A Dictionary of the English Language. London: W. Strahan
Kaljanov, A. 2020. The universal (mixed) homonyms in modern Karakalpak language. Science and Education Scientific Journal 1(5): 142-145.
Kaljanov, A. 2021. The essence of homonyms in the Karakalpak language. The 2nd International Conference on XXI Century Skills in Language Teaching and Learning 2(3): 24-26.
Kamus Asas Bajau Sama. 2016. Ed. Pertama. Kota Kinabalu: Persatuan Bahasa dan Budaya Bajau Sama (BSBB).
Kamus Bahasa Melayu Brunei. 2007. Ed. ke-2, Cetakan pertama. Brunei: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Darussalam.
Kamus Besar Bahasa Indonesia. 2005. Jakarta: Balai Pustaka.
Kamus Dewan. 1997. Ed. ke-3, Cetakan ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Kamus Dewan. 2015. Ed. ke-4, Cetakan ke-6. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Kamus Melanau Mukah-Melayu. 2011. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. 2001. Jakarta: Balai Pustaka.
Keraf, G. 2000. Gaya Bahasa. Jakarta: PT. Gramedia Pustaka Utama.
Kridalaksana, H. 2010. Kamus Linguistik. Jakarta: Gramedia Pustaka Utama.
Labrousse, P. 2003. Kamus Umum Indonesia-Prancis. Jakarta: Gramedia.
Lehman, W.P. 1962. Historical Linguistics: An Introduction. New York: Holt, Rinehart & Winston.
Mary Fatimah Hj. Subet, Dayang Sariah Abang Suhai, Nur Ardini Jian Abdullah@Elmie Jian, Salbia Hj. Hassan. 2011. Dialek Melayu Sarawak: kelainan semantik. Jurnal MANU 17: 131-145.
Morris, H. S. 1971. Report on a Melanau Sago Producing Community in Sarawak. London: Johnson Reprint Corporation.
Noriah Mohamed, & Rohani Mohd. Yusof. 2004. Persamaan dan kemiripan bahasa: Perbandingan kosa kata dasar 10 bahasa Austronesia di Sarawak. Jurnal Bahasa 4(2): 278-359.
Pateda, M. 2001. Semantik Leksikal. Edisi ke-2, Cetakan Pertama. Jakarta: Reka Cipta.
Saidatul Nornis Hj. Mahali. 2011. Keterikatan leksikal Melayu dengan bahasa Bajau: satu sorotan awal. Jurnal Bahasa 22(1): 8-25.
Saidatul Nornis Hj. Mahali. 2020a. Pengaruh dialek Melayu Brunei dalam dialek Melayu Sabah. Jurnal Melayu 19(1): 105-123.
Saidatul Nornis Hj. Mahali. 2020b. Entri dialek Melayu Brunei ke dalam bahasa Bajau: satu catatan awal. International Journal of the Malay World and Civilisation 8(2): 63-77.
Siti Saniah Abu Bakar, Che Ibrahim Salleh, Arba’ie Sujud, & Ahmad Mahmood Musanif. 2009. Retorik homonim dalam korpus iklan. Prosiding Seminar Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu V, 534-540.
Sterkenburg, Piet van. 2003. A Practical Guide to Lexicography. Philadelphia: John Benjamins.
Sweeney, A. 1998. Silsilah Raja-Raja Berunai. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society 18: 46-127.
The American Heritage Dictionary. 2006 [2022]. 4th edition. Boston: Houghton Mifflin Harcourt Publishers.
Verhaar, J.W.M. 2006. Asas-asas linguistik. Yogyakarta: Gadjah Mada University Press.
Webster, N. 1882. An American dictionary of the English language. New York: S. Converse.
Weinreich, U. 1967. Languages in Contact: Findings and Problems. The Hague: Mouton.
Yeop Johari Yaakub & Ismail Abbas. 1988. Masyarakat Bajau: tinjauan sepintas lalu terhadap masyarakat dan kosa kata. Dewan Bahasa 32(1): 39-44.
Zgusta, L. 1971. Manual of Lexicography. Mouton: Hague.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia