Penciptaan Istilah dan Akal Budi Melayu (Terminological Coinage and The Malay Mind)

JUNAINI KASDAN

Abstract


ABSTRAK: Kemajuan sesuatu bangsa selari dengan perkembangan ilmu yang dibina oleh bangsa itu sendiri. Sehubungan dengan itu, peristilahan dibentuk bagi menyokong perbendaharaan kata bagi setiap ilmu yang dikembangkan. Bagaimanakah orang dahulu mencipta istilah sebelum adanya rumus dan peraturan? Kelahiran ratusan kitab karya agung membuktikan masyarakat dahulu sudah boleh mencipta dan membina istilah. Kajian membuktikan masyarakat Melayu dahulu mencipta istilah berdasarkan pengalaman mereka berinteraksi dengan alam. Daripada situ mereka membina konsepkonsep tertentu, selaras dengan gaya hidup orang Melayu ketika itu. Contohnya, sebagai masyarakat yang mahir dalam selok-belok pelayaran, maka terciptalah istilah jurumudi dan keahlian dalam menilik serta mengubat pesakit pula mewujudkan istilah ahli nujum. Dalam konteks peristilahan masa kini, awalan ‘juru’, ‘ahli’, ‘pakar’, ‘pandai’ dan ‘tukang’, yang kesemua bermaksud ‘orang yang memiliki kepandaian’, mampu membentuk istilah baharu, seperti jururawat, pakar bedah, ahli kimia, dan tukang kimpal. Kajian mendapati, hasil menganalogi sesuatu istilah, maka terbentuklah istilah baharu yang menepati konsep, di samping mengekalkan ragam kemelayuan. Hal ini dapat dikaitkan dengan penciptaan kearifan tempatan dan akal budi Melayu (intelektual Melayu). Misalnya, istilah yang berkaitan dengan penciptaan bedil atau senapang, istilah tembikar dan istilah tenunan. Rantaian istilah yang tercipta sangat berkaitan dengan ilmu yang hendak disampaikan dan hal inilah yang disebut sebagai perekayasaan bahasa. Ironinya, disebabkan manusia Melayu tidak lagi mencipta, maka istilah yang terjelma lebih bersifat keinggerisan. Entah sama ada konsep istilahnya tiada dalam ruang lingkup budaya Melayu atau kerana selesa menggunakan bahasa Inggeris. Walhal, sudah ada Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1995) yang dapat memandu ke arah pembentukan istilah yang lebih sesuai dengan lidah dan budaya Melayu.

Kata kunci: Istilah; analogi; akal budi Melayu; rantaian ilmu; perekayasaan

ABSTRACT: The progress of a nation is consistent with the development of knowledge built by the nation itself. Accordingly, terms are established to support the vocabulary of each discipline that has been developed. How did early man form the terms before rules and guideline existed? The birth of hundreds of great works of scripture proves that the people of ancient times were able to create and construct terms. Studies have proven that the early Malays created terms based on their experience interacting with nature. From there, they build certain concepts, in accordance with the lifestyle of the Malays then. For example, as a community skilled in the art of sailing, thus the term ‘jurumudi’ (navigator) came into being, and the expertise in forecasting and treating patients, the term ‘ahli nujum’ (astrologer) was coinaged. In the context of modern terminology, the prefixes of ‘juru’, ‘ahli’, ‘pakar’, ‘pandai’ and ‘tukang’, all of which means ‘persons of expertise’, are capable of forming new terms, such as jururawat (nurses), pakar bedah (surgeons), ahli kimia (chemists), and tukang kimpal (welders). Studies have shown, by making analogies of a term, new terms which fulfil the concept, while maintaining the Malay culture, are formed. These efforts can be associated with the creation of local wisdom and Malay minds. Some examples are terms related to the manufacture of rifles or guns, terms of pottery and that of weaving. The chain of terms coinage is very relevant to the knowledge to be conveyed and this is what is called language engineering. Ironically, because the Malays no longer create, terms which are more related to English have emerged. It is unknown, whether the term is not in the scope of Malay culture or users are comfortable using the English Language. In spite of the fact that there are existing the Guidelines for the Formation of Terms in Malay (1995) which can be a driving factor towards the creation of terminology more appropriate with the Malay tongue and culture.

Keywords: Terminology; analogy; Malay mind; knowledge chain; engineering

 


Full Text:

PDF

References


Ali Ahmad 1968. Hikayat Inderaputera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hasnah Mohamad. 2017. Pembentukan istilah baharu: sejauh mana kesejajarannya dengan pedoman? Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan Kali Ke-2 (PASAK 2017), 26-17.

Hassan Ahmad. 2003. Metafora Melayu: Bagaimana Pemikir Melayu Mencipta Makna dan Membentuk Epistemologinya. Siri Monograf Akademi Kajian Ketamadunan. Bangi: Akademi Kajian Ketamadunan.

Heah Lee Hsia. 1989. The Influence of English on the Lexical Expansion of Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Baharuddin Zainal. 1998. Hikayat Umar Umaiyah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Istilah Bahasa Melayu: http://prpm.dbp.gov.my.

Junaini Kasdan dan Nor Hashimah Jalaluddin. 2018. 'Ikan di laut asam di darat, di dalam kuali bertemu jua': Analisis semantik inkuisitif dalam Kiasan, Kognitif dan Akal Budi Melayu. Kuala Lumpur: DBP.

Junaini Kasdan, Harshita Aini Haroon, Nor Suhaila Che Pa dan Zuhaira Idrus. 2017. Gandaan sepada dalam terminologi bahasa Melayu: analisis sosioterminologi. GEMA Online® Jurnal of Language Studies 17(1): 183-202.

Junaini Kasdan. 2015. Inovasi dalam proses mencari padanan istilah bahasa Melayu. Rampak Serantau 22: 196-213.

Junaini Kasdan, Harshita Aini Haroon, Nor Suhaila Che Pa dan Mohamed Roshimi Md Sahor. 2014. Kaedah alternatif membentuk padanan istilah: Suatu pendekatan sosioterminologi. Proceeding Symposium Language and Knowledge (SILK 2014). DOI: 1013140/RG.2.2.14944.69126.

Kamus Dewan Edisi Keempat. 2010. http://prpm.dbp.gov.my.

Kamus Inggeris – Melayu Dewan. 2000. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kim Ann Zimmermann. 2012. http://www.livescience. com/21491-what-is-a-scientific-theory-definition-of-theory.html [dicapai 12 Jan. 2015].

Nor Hashimah Jalaluddin. 2014. Semantik dan Akal Budi Melayu. Bangi: Penerbit UKM.

Puteri Roslina Abdul Wahid. 2005. Peminjaman Kata Bahasa Inggeris dalam Peristilahan Undang-undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Puteri Roslina Abdul Wahid. 2012. Menelusuri Peristilahan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit UM.

Sturrock, A.J. 1957. Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Singapore: Malay Publishing House.

Wan Mohd Darsuki Wan Hasbullah. 2013. Pengetahuan dan Teknologi Melayu Berhubung Penggunaan Senjata Api: Analisis Naskhah Ilmu Bedil. Tesis Sarjana, Universiti Malaya.

Wilk, R. 2010. ‘Consumption embedded in culture and language: implications for finding sustainability’. Journal of Sustainability: Science, Practice and Policy 6(2). http:www.sspp.proquest.com/archives/vol6iss2/0912040.wilk.html [dicapai 9 Jan. 2015].


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia