Indah Lagi Mengasyikkan: Gaya Bahasa Pertautan Usman Awang dalam Puisinya (Beautiful and Absorbing: Language Style of Opposition in the Poetry of Usman Awang)

MUHARAM AWANG, SHAIFUL BAHRI MD. RADZI

Abstract


ABSTRAK: Kajian ini membicarakan kepenyairan Usman Awang, Sasterawan Negara yang ketiga. Pembicaraan ini berkisar terhadap keindahan gaya bahasa pertautan dalam puisi yang disampai dengan begitu berkesan sekali sehingga berjaya menjadikannya sebagai seorang tokoh penyair besar dalam dunia kepenyairan tanah air. Data kajian ini melibatkan cabutan sajak-sajak ciptaan Usman Awang yang antara lain termasuk Gelombang (1960); Duri dan Api (1967); Kaki Langit (1971); Salam Benua (1987) dan Puisi-Puisi Pilihan Sasterawan Negara Usman Awang (1987). Bagi menganalisis keindahan puisi Usman Awang maka Model Gaya Bahasa Hendry Guntur Tarigan khususnya gaya Bahasa pertautan diaplikasikan bagi mengenal pasti gaya bahasa ini digunakannya dalam puisi. Keindahan puisi ini terbukti kerana kebijaksanaannya dalam menjalin penggunaan gaya bahasa pertautan seperti metonimia, sinekdoke, alusi, eufemisme, epitet, antonomasia, paralelisme, dan asidenton dalam ciptaan puisi sehingga menjadikannya sebegitu indah sehingga menyentuh kalbu. Kekuatan ini membolehkan Usman Awang menyampaikan tema kemanusiaan secara berkesan ketika merakamkan peristiwa sejarah penting tanah air serta yang menyentuh isu-isu antarabangsa dan sejagat.

Kata kunci: Usman Awang; puisi; gaya bahasa; gaya bahasa pertautan; indah

 

ABSTRACT: This study discusses the aestheticism in the poetry of Usman Awang, Malaysia’s 3rd National Laureate. The discussion revolves on the usage of the language style of opposition which turned him into one of the great poets of the nation who focused on humanitarian themes. The data of this study is derived from Usman poetry which includes Gelombang (1960); Duri dan Api (1967); Kaki Langit (1971); Salam Benua (1987) and Puisi-Puisi Pilihan Sasterawan Negara Usman Awang (1987). The stylistic analysis of Usman’s poetry is informed by Hendry Guntur Tarigan’s language style. The findings show that Usman became one his country’s great poets as evident in his perseverance in the beauty and strength of his poetry. His ability to extrapolate the language style of opposition in the likes of metonymy, syncope, allusion, euphemism, epithet, antonomasia, parallelism, and asyndeton in crafting his poetry made his poetry rather exquisite and genuinely heartfelt. It is such strength which enabled Usman to convey humanitarian themes highly effectively as he observed on important historical events of the nation including both international and global issues.

Keywords: Usman Awang; poetry; language style; language style of opposition; aestheticism


Full Text:

PDF

References


Al-Quran.

Abdul Rahman Shaari. 1987. Glosari Istilah Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amida Abdulhamid. 2006. Prosiding Pemikiran Sasterawan Negara Usman Awang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azman Rahmat. 2017. Pejuang Kemanusiaan: Satu Wacana Tentang Ketekalan Tema Kemanusiaan Dalam Puisi-Puisi Usman Awang. Tesis Doktor Falsafah. Pusat Kelestarian Warisan dan Kebitaraan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Encyclopedia International. 1967. Edisi Ke-5. New York: Grolier Incorporated.

Hashim Awang. 1987. Kritikan Kesusasteraan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Hans Bague Jassin. 1962. Amir Hamzah Raja Penyair Pujangga Baru. Jakarta: Gunung Agung.

Henry Gutur Tarigan 1985. Pengajaran Gaya Bahasa. Bandung: Angkasa.

Jogider Singh Jessy. 1964. Tawarikh Tanah Melayu (1400-1959). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan. 2015. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Radzuan Ibrahim. 2017. Mingguan Malaysia, Ahad 10 Disember.

Muhammad Haji Salleh. 2006. Seorang Penyair, Sebuah Benua Rusuh Biografi Usman Awang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Husain Haekal. 1982. Sejarah Hidup Muhammad. Jakarta: P.T. Tintamas.

Ngurah Parsua. 1985. Ilmu dan Budaya. Jakarta Selatan: P.T. Inti Serana Askara.

Puisi-Puisi Pilihan Sasterawan Negara Usman Awang. 1987. Kuala Lumpur: dewan Bahasa dan Pustaka.

Sidi Gazalba. 1977. Pandangan Islam Tentang Kesenian. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Usman Awang. 1961. Gelombang. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Usman Awang. 1967 Duri dan Api. Melaka: Abbas Bandung.

Usman Awang. 1971. Kaki Langit. Kuala Lumpur: Asian Enterprise.

Usman Awang. 1982. Salam Benua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Usman Awang & A. Samad Said. 1963. Tema dan Tugas Sastera Melayu Moden. Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia