Penggunaan Pengaturcaraan Gol 0-1 dalam Penjadualan Jururawat di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTMIZAN) (The Use Of 0-1 Goal Programming Method for Nurse Scheduling at Tuanku Mizan Army Hospital (HATTMIZAN)

NUR ASYIKIN HAMDAN, HAZWANI CHE AB RAHMAN, ABDUL LATIF SAMIAN, NAZRI MUSLIM

Abstract


ABSTRAK: Penyelesaian yang sebaik mungkin bagi masalah penjadualan jururawat akan memberi kesan yang besar terhadap suasana kerja yang berkait rapat dengan kualiti penjagaan kesihatan dan melahirkan pekerja yang cekap. Oleh itu satu kaedah yang sistematik perlu dibentuk supaya proses penjadualan yang lebih adil dapat diperoleh oleh jururawat. Kajian ini membincangkan tentang pembinaan model bagi masalah penjadualan jururawat tersebut. Model ini menggunakan pendekatan pengaturcaraan gol 0-1. Model yang dibangunkan ini juga mempertimbangkan objektif hospital dan kehendak jururawat. Objektif hospital adalah memastikan perkhidmatan yang berterusan dan bersesuaian dengan bilangan jururawat. Manakala corak kerja yang dikehendaki oleh jururawat seperti mengelakkan pengasingan hari bertugas dan mengelakkan pengasingan hari berehat, dapat dipertimbangkan dalam penjadualan ini. Model PG ini diselesaikan dengan menggunakan perisian LINGO dan didapati memberikan hasil yang lebih baik berbanding kaedah yang diamalkan sekarang.

Kata Kunci: Penjadualan; jururawat; perisian LINGO; objektif hospital; kehendak jururawat

 

ABSTRACT: Solving the nurse scheduling problem properly has a great impact on nurse’s working conditions which are strongly related to the level of quality of health care and recruiting of qualified personnel. So this study is done for the purpose of building a more systematic schedule for the nurses. This study is carried out to build a model for the problem of the nursing scheduling. The model has applied the 0-1 goal programming method (GP).This model also took into accounts the hospital objectives and nurse’s preference. The hospital objectives are to ensure the service is continuous and suitable with the number of nurses available. Meanwhile, the working pattern required by nurses such as isolated days on (off-on-off) are to be avoided and isolated days off (on-off-on) are to be avoided are considered in this scheduling method. This GP model has been solved by using LINGO software and the result is found to be better compared to the present method used.

Keywords: Schedule; nurses; LINGO software; hospital objectives; nurse’s preferences


Full Text:

PDF

References


Azaiez, M. N. & Al Sharif, S. S. 2005. A 0-1 Goal Programming model for nurse scheduling. Computers Operation Research 32:491-507.

Burke E. K., Causemaecker P. D, Berghe G. V. & Landeghem H. V. 2004. The state of the art of nurse rostering. Journal of Scheduling 7:441-449.

Ignizio, J. P. 1976. Goal Programming and Extension. Lexington: Lexington Books.

Khalijah Mohd. Salleh. 1996. Paradigma Sains Moden dan Pembangunan Sumber Manusia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

__________ . 2009. Penghayatan budaya kependidikan yang kondusif untuk kemajuan sains dan teknologi. Dlm. Siri Wacana Sejarah dan Falsafah Sains, disunting oleh Mohd Yusof Othman, 548-571. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Mohd Khairi Muda. 2005. Model Pengaturcaraan Gol 0-1 dalam penjadualan jururawat di Hospital Kuala Terengganu. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Oldenkamp, J. H. & Simons, J. L. 1995. Quality factors of nursing schedules. Planning and Evaluation-Proceeding AMICE 95:69-74.

Ruzzakiah Jenal, Wan Rosmanira Ismail, Liong Choong Yeun & Ahmed Oughalime. 2011. A cyclical nurse schedule using goal programming. ITB Journal Science 43: 151-164.

Siti Nurin Ima Ahmad & Razamin Ramli. 2004. Assigning of nursing staff through scheduling process. Dlm. Prosiding Seminar Kebangsaan Sains Pemutusan: 141-147.

Wan Rosmanira Ismail, Ruzzakiah Jenal, Liong Choong Yeun & Mohd Khairi Muda. 2009. Penjadualan kerja berkala jururawat menggunakan kaedah pengaturcaraan gol 0-1. Sains Malaysiana 38: 233-239.

Zanakis, S. H. Gupta, S .K. 1985. A categorized bibliographic survey of goal programming. Omega 13 (13): 211-222.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia