Faktor Ekstralinguistik: Motivasi dalam Pembelajaran Bahasa Kedua dalam Kalangan Pelajar Asing di 5 Universiti di Malaysia (Extralinguistics Factors: Motivations in Second Language Learning among Foreign Students in 5 University of Malaysia)

AYUNI MOHAMAD BAKARI, ROHAIDAH KAMARUDDIN

Abstract


ABSTRAK: Penyelidikan mengenai hubungan tentang faktor ekstralinguistik bahasa kedua dengan pencapaian bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing di universiti-universiti di Malaysia masih kurang. Menyedari hakikat ini, pengkaji telah menjalankan satu kajian terhadap faktor ekstralinguistik yang dominan dalam pembelajaran bahasa kedua. Penyelidik berminat untuk mengkaji motivasi sebagai salah satu faktor utama dalam ekstralinguistik. Sebagai kesinambungan daripada usahausaha ini, penyelidik cuba untuk menganalisis faktor yang paling dominan dalam motivasi intrinsik dan ekstrinsik dalam pembelajaran bahasa kedua. Sampel kajian terdiri daripada sekumpulan pelajar asing dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dan Universiti Sains Malaysia (USM). Jumlah 150 sampel adalah daripada 27 buah negara. Hasil daripada pemerhatian dan kajian lapangan menunjukkan bahawa pelajar asing memilih Soalan 5 sebagai pemboleh ubah motivasi intrinsik yang dominan. Apabila pelajar asing mempunyai masalah untuk memahami sesuatu di dalam kelas bahasa Melayu, mereka selalu bertanya kepada guru untuk meminta pertolongan. Hal ini menunjukkan bahawa tahap pergantungan mereka terhadap guru adalah tinggi. Manakala, bagi motivasi ekstrinsik pula, pelajar memilih Soalan 11 sebagai pemboleh ubah yang dominan dalam motivasi. Bagi pelajar asing, belajar bahasa Melayu adalah penting kerana mereka berupaya untuk berinteraksi dengan lebih mudah dengan penutur jati bahasa Melayu. Secara keseluruhannya, motivasi intrinsik dalam kalangan pelajar asing berada di tahap paling tinggi berbanding motivasi ekstrinsik.

Kata Kunci: Ekstralinguistik; bahasa kedua; motivasi; penutur asing

 

ABSTRACT: Research on the relationship of second language extralinguistic factors with Malay language achievement among foreign students at university in Malaysia is still deficient. Being aware of this fact, the researcher has conducted a study on dominant second language extralinguistic factors in learning a second language. Researchers are keen to study the motivation as one of the main factors in extralinguistic. As a continuation of these efforts, researchers are trying to analyze the most dominant factor in the intrinsic and extrinsic motivation in learning a second language. The sample consists of a group of foreign students from University Putra Malaysia, University Kebangsaan Malaysia, University Malaya, University Teknologi Malaysia and University Sains Malaysia. The total of 150 samples from 27 countries. The results of observations and field studies showed that foreign students choose Question 5 as the dominant intrinsic motivation variable. When foreign student have a problem understanding something in their Malay language class, they always ask their teacher for help. This indicates the level of their dependence on teachers is high. While, for extrinsic motivation, the student choose Question 11 as the dominant variable in motivation. For foreign students, studying Malay language is important because they will be able to interact more easily with native speaker of Malay language. Overall, intrinsic motivation among foreign students are in the highest level compared to extrinsic motivation.

Keywords: Extralinguistic; second language; motivation; foreign students


Full Text:

PDF

References


Abdul Hakim Abdullah et al. 2014. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Motivasi Terhadap Pembelajaran Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Peringkat Menengah Rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu Kelantan. Prosiding Seminar Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab 2014.

Ab.Halim Mohamad dan Wan Mohammad Wan Sulong. 2006. Antara minat dan sikap pelajar terhadap Bahasa Arab: Satu kajian ke atas pelajar Sarjana Bahasa Arab di IPTA Malaysia. Dlm. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri ke-5, 9-18. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abbas Pourhosein Gilakjani, Lai-Mei Leong & Narjes Banou Sabouri. 2012. A Study on the role of motivation in foreign language learning and teaching. International Journal of Modern Education and Computer Science 7: 9-16.

Ainol Madziah Zubairi & Isarji Hj Sarudin. 2009. Motivation to Learn Foreign Language in Malaysia. GEMA Online™ Journal of Language Studies 9(2): 73-87.

Ames, C. & Ames, R. 1989. Research in Motivation in Education. San Diego: Academic Press.

Azizi dan Jaafar Sidek. 2006. Siri Kaunseling: Membentuk Identiti Remaja. Bentong: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Crookes, G. & Schmidt, R. W. 1991. Motivation: Reopening the research agenda. Language Learning 41(4): 469-512.

Deci, E & Ryan , R. 1985. Intrinsic Motivation and Self Determination in Human Behavior. New York: PlenumPress.

Dornyei, Z. 1994. Motivation and motivating in the foreign language classroom. Modern Language Journal 78: 273-284.

Ellis, R. 1985. Understanding Second Language Acquisition. Oxford: Oxford University Press.

Gardner, R.C. 2001. Language Learning Motivation: The student, the teacher, and the researcher. Texas Papers in Foreign Language Education 6: 1-18.

Gardner, R.C. 2005. Integrative Motivation and Second Language Acquisition. Canadian Association of Applied Linguistics/Canadian Linguistics Association Joint Plenary Talk. London, Canada : The University of Western Ontario.

Jerie anak Peter Langan dan Zamri Mahamod. 2011. Sikap dan motivasi murid Iban dalam mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 1(1): 13-25.

Julkunen, K. 1989. Situation and Task- Specific Motivation in Foreign Language Learning and Teaching. Finland: University of Joensuu Press.

Keller, J. M. 1983. Motivational Design of Instruction. In Instructional Design Theories and Models, edited by C. M. Reigeluth, 386-433. Hillsdale, NJ: Erlbaum.

Lightbown, P.M. & Spada, N. 1999. How Languages are Learned. Oxford: Oxford University Press.

Mardian Shah Omar dan Marniyati Mohd. Nor. 2011. Meningkat dan Memperkasa Pengajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Antarabangsa di IPTS. Prosiding Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu. Universiti Putra Malaysia.

Misnan Jemali. 1999. Hubungan Antara Gaya Pembelajaran dengan Pencapaian Bahasa Arab Komunikasi Sekolah Menengah Rendah di Negeri Perak. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Noels, K. A. 2002. New Orientations in Language Learning Motivation: Towards a Model of Intrinsic, Extrinsic and Integrative Orientations and Motivation. Dlm. Motivation and Second Language Acquisition, disunting oleh Dornyei, Z. & Richards, S., 43-68. Honolulu: University of Hawaii Press.

Nurul Ain Hamsari dan Azizi Yahaya. 2012. Peranan motivasi pembelajaran, gaya keibubapaan dan sikap dengan pencapaian akademik. Journal of Educational Psychology & Counseling 5: 30-57.

Oxford, R. L. 1994. Where are we regarding language learning motivation? Modern Language Journal 78: 512-515.

Oxford, R. L. and Shearin, J. 1994. Language learning motivation: expanding the theoretical framework. The Modern Language Journal 78:12-28.

Rohaidah Kamaruddin. 2012. Hubungan faktor ekstralinguistik bahasa kedua dengan pencapaian Bahasa Melayu pelajarpelajar Melayu di Negeri Sembilan. Tesis Doktor Falsafah. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Saedah Siraj, Zainu Ishak & Tunku Mohani Tunku Mokhtar. 1996. Motivasi Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Siti Sukainah Che Mat & Melor Md. Yunus. 2014. Attitudes and motivation towards learning english among FELDA school students. Australian Journal of Basic and Applied Sciences 8 (5): 1-8.

The Free Dictionary diambil daripada http://www.thefreedictionary.com/

Zaliza Mohamad Nasir dan Zaitul Azma Zainon Hamzah. 2014. Sikap dan motivasi pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Procedia- Social and Behavioral Sciences 134: 408-415.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia