Penggunaan Bahasa dalam Teks Ucapan Kehakiman dari Sudut Lakuan Bahasa (Language Use in Judicial Speech Texts from the Perspective of Speech Act)

JESSELYN CHIN MUI FAH, WAN ROBIAH MEOR OSMAN, NOR FAZILA AB HAMID

Abstract


ABSTRAK: Lakuan Bahasa (LB) merupakan implikasi yang wujud daripada ujaran penutur yang membawa makna sesuatu tindakan. LB sering berlaku dalam pertuturan seharian manusia menerusi pelbagai konteks dan medium. LB boleh dikesan melalui ujaran atau teks sesuatu ucapan. Teks ucapan ialah hasil pertuturan langsung antara pengucap dan audiens. Teks ucapan kehakiman khususnya dilihat memanfaatkan pelbagai bentuk bahasa. Penggunaan bahasa yang sesuai dan tepat dalam teks ucapan kehakiman amat penting kerana ia dapat memberikan implikasi makna yang mewujudkan sesuatu tindakan kepada pendengarnya. Keberkesanan fungsi bahasa kehakiman yang menggunakan istilah-istilah khusus tertentu amat menarik untuk dianalisis dengan lebih lanjut dan mendalam. Oleh hal yang demikian, kajian ini memanfaatkan teks ucapan daripada portal rasmi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dengan menerapkan Teori Lakuan Bahasa (TLB) oleh Bach dan Harnish (1979). Hasil kajian mendapati bahawa LB pengumuman mempunyai kekerapan penggunaan tertinggi, iaitu sebanyak 222 (53.24%). Dalam kategori lakuan pengumuman pula, lakuan makluman mencatatkan penggunaan tertinggi, iaitu sebanyak 55 (13.19%) sesuai dengan peranan badan kehakiman sebagai pelaksanaan undang-undang yang lazim memberi makluman mengenai undangundang. Kajian ini diharap dapat menjadi panduan kepada para penulis teks untuk menyediakan teks ucapan mengikut konteks dan objektif sasaran kepada khalayak tertentu.

Kata kunci: Lakuan bahasa; teks ucapan; kehakiman, implikasi

 

ABSTRACT: Speech Act (SA) is an implication that exists from the speaker’s utterance that carries the meaning of an action. SA often occurs in human everyday speech through various contexts and mediums. SA can be detected through speech or the text of a speech. Speech text is the result of direct speech between the speaker and the audience. Judicial speech text, in particular, is seen to encompass a variety of language forms. Appropriate and accurate use of language in the judicial text is crucial, as it supplies implications in meaning to its listeners. The effectiveness of using judicial language functions with specific terms can be interesting to analyse. Therefore, this study utilises speech texts from the official portal of the Office Chief Registrar of the Federal Court of Malaysia by applying the Speech Act Theory (SAT) by Bach and Harnish (1979). The results of the study found that constative SA have the highest frequency of use, which is 222 (53.24%). In the act of constative category, the informative SA recorded the highest use, which is 55 (13.19%) in accordance with the role of the judiciary as an executor of the law that usually provides information about the law. This study is expected to be a guide for text writers to prepare speech texts according to the context and target objectives for a specific audience.

Keywords: Speech act; speech text; judiciary, implication


Full Text:

PDF

References


Abdul Ganing Laengkang. 2018. Analisis lakuan bahasa terhadap teks khutbah jumaat Negeri Selangor. Jurnal Hal Ehwal Islam dan Warisan Selangor 2(1): 1-18.

Allott, N. & Shaer, B. 2017. Legal speech and the elements of adjudication. In B. Slocum (Ed.). The Nature of Legal Interpretation: What Jurists Can Learn About Legal Interpretation from Linguistics And Philosophy, pp. 191–217. Chicago: University of Chicago Press.

Amir Juhari & Zaitul Azma Zainon Hamzah. 2015. Penggunaan lakuan pertuturan dalam mesyuarat. Jurnal Linguistik 19(1): 48-57.

Asmah Haji Omar. 2014. Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aswadi Mohamad & Zaitul Azma Zainon Hamzah. 2018. Struktur bahasa dalam situasi banjir di Kelantan dari sudut lakuan pertuturan. Malaysia Journal of Sosial Science and Humanities 3(3): 17-25.

Austin, J. L. 1962. How to do Things with Words. Oxford: Clavendon Press.

Azzahra Dhella Safitri, Sukardi & Nur Aini Puspitasari. 2019. Tindak tutur ekspresif dalam film Jembatan Pensil. Prosiding Pekan Seminar Nasional Pendidikan Bahasa dan Sastra Indonesia (PERSONA) 1(2): 65-71.

Bach, K. & Harnish, R. M. 1979. Linguistic Communication and Speech Acts. Cambridge & London: The MIT Press.

Dorsett, S. & McVeigh, S. 2013. The Persona of the Jurist in Salmond’s Jurisprudence: On the Exposition of ‘What Law is...’. Victoria University of Wellington Law Review 38: 771- 2007. Available at SSRN: https://ssrn.com/abstract=2253104.

Kamal Halili Hassan. 1990. Penulis dan Undang-undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Perdana. 2021. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.

Keraf, G. 2001. Diksi dan Gaya Bahasa. Jakarta: Penerbit PT Gramedia.

Marlyna Maros. 2007. Penyelidikan lakuan bahasa: Pemilihan kaedah dan pola penemuan. Akademika 71: 91-115.

Maslida Yusof & Karim Harun. 2015. Analisis lakuan tutur dalam ruangan status facebook. Jurnal Komunikasi 31(2): 151-168.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. 2015. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nurul Qamar & Hardianto Djanggih. 2017. Peranan bahasa dalam perumusan norma perundang-undangan. Jurnal Ilmiah Kebijakan Hukum (JIKH) 3(11): 337-347.

Ogleznev, V. 2016. Ascriptive speech act and legal language. SHS Web of Conferences. 28.01075. DOI: 10.1051/shsconf/20162801075RPTSS 2015

Searle, J., R. 1969. Speech act : An essay in the philosophy of language. London: Cambridge University Press.

Wan Robiah Meor Osman, Hamidah Wahab & Siti Marina. 2018. Penggunaan bahasa dalam sesi kaunseling dari sudut lakuan bahasa. Jurnal Bahasa 10(6): 54-73.

Zanariah Ibrahim, Maslida Yusoff & Karim Harun. 2017. Analisis lakuan bahasa direktif guru pelatih dalam komunikasi di bilik darjah. Jurnal Melayu 16(2): 163-178.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia