Penginterpretasian Metafora Air sebagai Interaksi Hubungan dalam Weltanschuung Melayu: Satu Analisis Model Hibrid Baharu (Interpretation of Water Metaphor as a Bond Interaction in Malay Weltanschuung: The New Hybrid Model Analysis)

NOR HAFUZA MUHAMMAD ARIF, MAIZURA OSMAN, HASMIDAR HASSAN

Abstract


ABSTRAK: Air begitu penting pada setiap hidupan di seluruh dunia kerana air menjadi sumber asas untuk meneruskan kelangsungan hidup yang baik. Ciri fizikal air, fungsi dan tingkah lakunya yang pelbagai membuatkan manusia memanfaatkannya untuk diabstrakkan ke dalam bentuk metafora sama ada secara lisan mahupun tulisan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menginterpretasi maksud metafora yang mengkonsepsikan air sebagai hubungan dan menjelaskan perkaitan antara tingkah laku air yang dikaji dengan makna yang diperoleh. Kajian ini merupakan kajian kualitatif deskriptif. Bagi mendapatkan data yang berunsurkan metafora, tingkah laku air seperti mengalir dan meresap telah dijana dalam Korpus DBP. Oleh itu, Model Hibrid Baharu dijadikan sebagai satu mekanisme penginterpretasian metafora untuk mencungkil maksud tersirat daripada ungkapan metafora yang menyerlahkan konsepsi hubungan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa air sebagai konsepsi hubungan terserlah dalam empat perspektif, iaitu kekeluargaan, kepimpinan, keagamaan dan keperibadian. Dapatan yang diperoleh ini berupaya menjelaskan persepsi orang Melayu terhadap unsur air sekali gus mencerminkan weltanschauung Melayu dalam berbahasa. Kajian sebegini harus dikembangkan lagi kerana kedinamikan air didapati boleh menghasilkan pelbagai konsep selari dengan konteks yang dibicarakan. Di samping itu, kekuatan Model Hibrid Baharu yang bersifat inklusif wajar dimanfaatkan dalam menganalisis ungkapan bermetafora kerana gabungan antara kekuatan pendekatan Linguistik Kognitif dan pragmatik membantu pengkaji untuk mendapatkan maksud metafora yang lebih tepat secara bersistematik.

Kata kunci: Air; hubungan; metafora; Model Hibrid Baharu; weltanschauung Melayu

 

ABSTRACT: Water is so crucial for everyone globally because it serves as the fundamental source for sustaining good livelihood. The diverse physical characteristics, functions, and behaviors of water make it a subject of abstraction through both oral and written metaphors. The purpose of this study is to interpret the meaning of metaphors that highlight water as a conceptualization of bonding and to elucidate the relationship between the studied behaviors of water and the derived meanings. This study is descriptive qualitative research. To obtain metaphorical data, water behaviors such as flowing and seeping were generated from the DBP Corpus. Therefore, the New Hybrid Model was employed as a mechanism for interpreting metaphors to uncover implied meanings from expressions that emphasize the concept of bond. The findings of this study indicate that water as a conceptualization of bond stands out in four perspectives which are kinship, leadership, religion, and personality. These findings are capable of explaining the Malay people’s perception of the element of water, thereby reflecting the Malay thoughts in language use. Such studies should be further developed as the dynamism of water can generate various concepts in line with the discussed context. Besides, the inclusive nature of the New Hybrid Model should be leveraged in the analysis of metaphorical expressions because the combination of Cognitive Linguistic and pragmatic approaches helps researchers systematically obtain more precise metaphorical meanings.

Keywords: Water; bond; metaphor; New Hybrid Model; Malay weltanschauung


Full Text:

PDF

References


Anida Sarudin, & Nor Hashimah Jalaluddin. 2017. Analisis Semantik Kognitif Kata Serapan Arab-Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anida Sarudin, & Parameswary Shanmugam. 2023. Operasi metafora nilai kerajinan dalam peribahasa Melayu dan peribahasa Tamil. Analisis teori Hibrid. Jurnal Bahasa 23(1): 33-64.

Armstrong, E., Maypilima, L., Bukulatjpi, Y., Gapany, D., Fasoli, L., Ireland, S., Baker, R. D., Hewat, S. & Lowell,

A. 2023. A flow that comes when we’re talking: Water metaphors for exploring intercultural communication during early childhood assessment interactions in a Yolŋu (First Nations Australian) community. Journal of Applied of Communication Research : 1-25

Asmah Omar. 1996. Metaphors of anatomy as reflection of Malay cultural belief. Jurnal Bahasa Jendela Alam 1: 7-20.

Asmah Omar. 2021. Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azrina Sopian. 2015. Menghargai air sebagai sumber kehidupan. Utusan Malaysia. https://www.ikim.gov.my/index.php/2015/03/16/menghargai-air-sebagai-sumberkehidupan/ [Mac 16].

Barsalou, L. 1987. The instability of graded structure: implications for the nature of concepts. Dlm. Concepts and Conceptual Development: Ecological and Intellectual Factors in Categorization, disunting oleh U. Neisser, 141–174. Cambridge: Cambridge University Press.

Black, C. 2004. Corpus Approaches to Critical Metaphor Analysis. UK: Palgrave Macmillan.

Boxi, F. 2023. Water in the Mencius: Correlative reasoning, conceptual metaphor, and/or sacred performative narrative? Religions 14: 710

Carston, R. 2010. Thoughts and Utterances: The Pragmatics of Explicit Communication. US: Blackwell Publishing.

Creswell, J. W. 2008. Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Method Approaches (3rd ed.). US: Sage Publications.

Farhana Muslim Mohd Jalis, Syasya Afifah Jusni, & Salmah Jan Noor Muhammad. 2023. Perbandingan unsur patriotik dan gaya bahasa antara lirik lagu Lili Merleen dan Perwira. International World of the Malay World and Civilistion 11(3): 95-108.

Hasmidar Hassan. 2006. Kata hubung DAN dan TETAPI: Satu analisis perbandingan nahu dan pragmatik. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hassan Ahmad. 2003. Metafora Melayu: Bagaimana Pemikir Melayu Mencipta Makna dan Epistemologinya. Bangi: Akademi Kajian Ketamadunan.

Hassan Ahmad. 2016. Bahasa dan Pemikiran Melayu (Pesanan Terakhir Pejuang Bahasa). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hishamudin Isam & Mashetoh Abd Mutalib. 2015. Memahami pemikiran Melayu melalui pembingkaian makna leksis darah dalam peribahasa. Jurnal Melayu 14(2): 190-201.

Hishamudin Isam & Norsimah Mat Awal. 2009. Manifestasi nilai setia berdasarkan teori Hibrid. Jurnal Bahasa 9(1): 19-39

Kövecses, Z. 2000. Metaphor and emotion: Language, culture and body in human feeling. Cambridge: Cambridge Universiti Press.

Lakoff, G., & Johnson, M. 1980. Metaphor we live by. Chicago: University of Chicago Press.

Leech, G. 1983. Principles of Pragmatics. USA: Longman

Loader, J. A. 2023. Water metaphor and polyvalance in the book of proverbs. HTS Teologiese Studies/Theological Studies 79(2): 1-7.

Miller, G. A. 1996. Images and models, similies and metaphors. Dlm. A. Ortony (Ed.). Metaphor and thought (2ed), hlm. 357-400. Cambridge: Cambridge University Press.

Minikeeva, A. A., Sadykova, A. G. & Med, N. G. 2020. Cognitive linguistic approach to the integrated theory of metaphor. Jurnal Artículos 25(7): 244-249.

Mohamad Razif. 2019. Pesta puja pantai. Al-Afkar. https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-afkar/3264-al-afkar-49- pesta-puja-pantai [April 5].

Mohamad Yazi Kerya, Fatahiyah Mohd Ishak, & Wan Roslina Wan Ismail. 2015. Gaya bahasa dalam teater tradisional Mek Mulung. International Conference on Malay Heritage and Civilisation 2015 (ICOMHAC 2015), hlm. 61-78, Langkawi, Malaysia. 16-17 Disember.

Mohd Faradi Mohamed Ghazali. 2021. Gaya bahasa dalam kepengarangan puisi: Kajian perbandingan stilistik penerima S.E.A. Write Award Malaysia (Usman Awang) dan Indonesia (Afrizal Malna). INSANIAH: Online Journal of Language, Communication, and Humanities 4(1): 75-91.

Muhamad Amirul Sahdun & Nurul Jamilah Rosly. 2021. Semantik kognitif dalam peribahasa Melayu bersumberkan air. International Young Scholars Journal of Languages 4(1): 140-158.

Muhamad Fadzllah Zaini. 2016. Analisis semantik kognitif pantun Melayu. Projek Ilmiah, Universiti Teknologi MARA.

Muhamad Fadzllah Zaini. 2015. Metafora adat dalam pantun Melayu: Analisis teori Hibrid. Kolokium Bahasa, Linguistik dan Komunikasi, Shah Alam, Malaysia.

Muhammad Haji Salleh. 1989. Puitika Sastera Melayu: Satu Pertimbangan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Othman Lebar. 2018. Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan kepada Teori dan Metod. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rozaimah Rashidin & Nor Hashimah Jalaluddin. 2013. Emotional metaphor of marah (anger) in Hikayat Merong Mahawangsa: An analysis of the Hybrid theory. Pertanika Journal of Social Science and Humanities 21(S): 77-90.

Rozaimah Rashidin & Nor Hashimah Jalaluddin. 2014. Metaphor of amok in traditional Malay text corpora: An analysis using the Hybrid theory. International Conference on KnowledgeInnovatuon-Excellence: Synergy in Language Research and Practice (SoLLs.INTEC.13), hlm. 412-419

Rozaimah Rashidin, Nor Umiumairah Mohamad & Zuraidah Jantan. 2023. Metafora akal, kehidupan dan fikiran dalam buku Falsafah Hidup karya Hamka. Jurnal Bahasa 23(1): 113-14.

Seeman, M.V. 2023. Use a metaphor when treating unexplained medical symptoms. World Journal of Clinical Cases 16(11): 332-421.

Sperber, D. & Wilson, D. 1986. Inference and implicature. Dlm. T. Charles (Ed.), Meaning and Interpretation, hlm. 245-256. UK: Basil Blackwell.

Sperber, D. & Wilson, D. 1995. Relevance: Communication and cognitive (2nd ed.). Oxford: Oxford University Press.

Stöver, H. 2010. Metaphor and relevance theory: A new hybrid model. Doctoral thesis, University of Bedfordshire.

Tendahl, M. 2009. A hybrid theory of metaphors: Relevance theory and cognitive linguistics. UK: Palgrave Macmillan.

Tengku Shahrolnizam Tengku Yahya & Rohaidah Haron. 2020. Analisis metafora dalam penafsiran ideologi dalam wacana manifesto Pakatan Harapan. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-5 (PASAK5 2020), Dalam Talian. 24-25November.

Yoga Yolanda. 2018. Metafora air dalam peribahasa Indonesia: Kajian semantik kognitif. http://mulok.library.um.ac.id/index3.php/87953.html

Zurinah Hassan. 2010. Unsur alam dalam puisi Melayu moden. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia