Aspek Kemahiran Lisan Bahasa Melayu dalam Pentaksiran Autentik Berasaskan Pendekatan Tematik Sekolah Rendah (The Oral Skills Aspect of the Malay Language in Authentic Assessment Based on Thematic Approach in Primary Schools)

Norliza Ramlan, Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad, Zamri Mahamod

Abstract


ABSTRAK: Dalam menguasai kemahiran lisan, aspek kemahiran lisan haruslah diajar dan ditafsir secara langsung bagi meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid. Dalam pentaksiran masa kini, kemahiran lisan haruslah ditafsir melalui pelbagai bentuk pentaksiran melalui pendekatan yang bersesuaian mengikut keperluan murid. Oleh yang demikian, kajian ini adalah bertujuan untuk meneroka aspek kemahiran lisan yang ditekankan dalam pentaksiran autentik kemahiran lisan bahasa Melayu di sekolah rendah berasaskan pendekatan tematik. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dengan pendekatan kajian kes iaitu satu kes pelbagai lokasi. Lima buah sekolah yang terletak di lima buah negeri iaitu, Sarawak, Perak, Kelantan, Melaka dan Selangor telah dipilih sebagai lokasi kajian. Seramai lima orang guru Bahasa Melayu dari setiap lokasi kajian dipilih sebagai peserta kajian. Kaedah pengumpulan data bagi kajian ini ialah temu bual sebagai kaedah utama, manakala pemerhatian dan analisis dokumen sebagai kaedah sokongan. Data dianalisis dengan menggunakan perisian NVivo14 secara tematik. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat sepuluh aspek kemahiran lisan yang ditekankan dalam pentaksiran autentik berasaskan pendekatan tematik iaitu, sebutan yang jelas, intonasi yang sesuai, tatabahasa yang betul, kosa kata yang luas, kepetahan, ayat yang gramatis dan bermakna, bertatasusila, kesantunan bahasa, gaya penyampaian dan bahasa badan. Aspek-aspek ini ditekankan dalam kemahiran lisan bahasa Melayu bagi memastikan murid boleh bertutur dengan baik, berkesan, bermakna dan bertatasusila. Kesimpulannya, aspek kemahiran lisan ini perlu diajar dan ditafsir secara terus melalui aktiviti pentaksiran autentik berasaskan pendekatan tematik bagi memastikan murid menguasai kemahiran lisan dengan baik dan menyeluruh.


Kata kunci: Kemahiran lisan; pentaksiran autentik; pendekatan tematik; bahasa Melayu; sekolah rendah


ABSTRACT: To master oral skills, the aspects of oral skills must be taught and directly assessed to enhance students’ understanding and proficiency. In current assessments, oral skills should be evaluated through various forms of assessment using approaches that align with the needs of students. Therefore, this study aims to explore the aspects of oral skills emphasized in the authentic assessment of Malay language oral skills in primary schools based on a thematic approach. This study uses a qualitative design with a case study approach, focusing on a multi-site case. Five schools located in five different states, Sarawak, Perak, Kelantan, Melaka, and Selangor, were selected as research sites. Five Malay language teachers from each location were chosen as study participants. Data collection methods for this study include interviews as the primary method, while observations and document analysis serve as supporting methods. Data were analyzed thematically using NVivo14 software. The findings of the study revealed that ten aspects of oral skills are emphasized in authentic assessment based on the thematic approach: clear pronunciation, appropriate intonation, correct grammar, a broad vocabulary, fluency, grammatically correct and meaningful sentences, etiquette, linguistic politeness, delivery style, and body language. These aspects are emphasized in Malay language oral skills to ensure that students can speak effectively, meaningfully, and courteously. In conclusion, these aspects of oral skills need to be taught and directly assessed through authentic assessment activities based on the thematic approach to ensure that students fully and proficiently master oral skills.


Keywords: Oral skills; authentic assessment; thematic approach; Malay language; primary school


Keywords


Kemahiran lisan; pentaksiran autentik; pendekatan tematik; bahasa Melayu; sekolah rendah

Full Text:

PDF

References


Abdul Majid. 2014. Pembelajaran Tematik Terpadu. Bandung: PT Remaja Rosdakarya.

Ahmad Burhanuddin. 2021. Improving students’ oral communication skills in public speaking through individual presentation task. Jurnal Ilmuah Lingua Idea 2(12): 159-167.

Ana, T., Mulyadi & Novia, D. 2020. English teacher’s perception towards the use of role-play in teaching speaking. English Empower 5(2): 62-65.

Brown, J. 2020. Pengajaran tatabahasa kontekstual dalam pendidikan bahasa. Journal of Language Education 15(2): 123-135.

Chew Fong Peng & Mohd Fikri Ismail. 2020. Pelaksanaan pendekatan bermain dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu murid prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan 9(1): 14-25.

Darayani Johari & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. 2023. Pelaksanaan penskoran pentaksiran bilik darjah (PBD) bagi kemahiran mendengar dan bertutur bahasa melayu sekolah rendah. Jurnal Dunia Pendidikan 5(1) : 467-481.

Elfia Sukma, Ritawati Mahyudin, Rahmatinda & Ari Suriani. 2019. Problems in oral language teaching in primary school. Advances in Social Science, Education and Humanities Research 301: 379-383.

Faezah Saliman & Zamri Mahamod. 2023. Amalan guru Bahasa Melayu di sekolah kurang murid dalam melaksanakan dan melaporkan pentaksiran bilik darjah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 3(2): 119-129.

Hariatul Hafidzah Mahmad Khory, Mohd Nazri Abdul Rahman & Muhammad Azhar Zailaini. 2021. Pengurusan pentaksiran bilik darjah mata pelajaran bahasa Arab berasaskan

keperluan pembelajaran murid. Jurnal Kepimpinan Pendidikan 8(2): 41-57.

Johnson, K. 2018. Enhancing fluency and smoothness in language learners. TESOL Quarterly 52(1): 87-104. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2010. Draf Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2006-2010. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2012. Dasar Pendidikan Kebangsaan. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2016. Buku Penerangan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Malaysia: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2019. Pentaksiran Bilik Darjah. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2021. Buletin BPK September-Oktober. Putrajaya: Bahagian Pembangunan

Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2022. Naskah Rintis: Panduan Pendekatan Bertema dalam Pelaksanaan Kurikulum Kebangsaan. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kim, H., Lee, S. & Park, J. 2023. Enhancing the usability of assessment guidelines: a practical approach. Journal of Educational Assessment and Evaluation 38(4): 300-315.

Kon Chon Min. 2014. Kefahaman dan Amalan terhadap Pendekatan Tematik daripada Perspektif Guru Kemahiran Hidup Bersepadu di Negeri Perak. Tesis Sarjana. Universiti Putra Malaysia.

Lee, H., Park, J. & Kim, S. 2020. Cultural contexts in language etiquette training. Journal of Intercultural Communication 48: 215-230.

Mazarul Hasan Mohamad Hanapi, Noraziman Zakaria & Suhaila Muner. 2021. Tahap kesediaan guru sekolah rendah di Daerah Klang, Selangor dalam pelaksanaan pentaksiran bilik darjah dari aspek pengetahuan. International Journal of Modern Education 3(9): 1-8.

Mohd. Farik Madun & Musirin Mosin. 2020. Isu Kejurulatihan pidato dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah: satu tinjauan umum. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities 5 (11): 141-146.

Mohd Maziz Al-Hadi Moharam, Saifulazry Mokhtar & Kasoma Thia. 2021. Pendekatan kaedah interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam abad ke-21 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kinabalu. 5th International Conference on Teacher Learning and Development.

Narti, Y., Setyosari, P., Degeng, I. N. S. & Dwiyogo, W. D. 2016. Thematic Learning Implementation in Elementary School. International Journal of Science and Research 5(11): 1849–1855.

Nor Zulaiqha Rosli, Nur Farahkhanna Mohd Rusli, Norfaizah Abdul Jobar & Norazimah Zakaria. 2021. Kemahiran bertutur bahasa Melayu oleh murid Cina: teori analisis kontrastif. LSP International Journal 8(1): 35-55.

Nur Aisyah Husna Rambli & Ahmad Sukari Mohamad. 2020. Amalan pentaksiran autentik dalam kalangan guru pendidikan Islam di beberapa buah sekolah rendah di daerah Kulim. PAI- Japim 1-8.

Nurul Huda Mohd Faudzi & Anuar Ahmad. 2022. Kesediaan guru sejarah melaksanakan pentaksiran bilik darjah dalam pengajaran dan pembelajaran. International Conference on Business Studies and Education, hlm. 3-14.

Rozana Jaafar. 2020. Strategi pembelajaran kemahiran mendengar dan menulis dalam kalangan pelajar etnik Cina dan India ketika belajar bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 10(1): 64-76.

Siti Salwa Mohd Noor, Norasyikin Osman & Nurazan Mohmad Rouyan. 2021. Kemahiran bertutur bahasa Arab luar kelas dalam kalangan penutur bukan asli bahasa Arab. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences 4(2): 59-69.

Sonia, B. & Abdelkader Lotfi, B. 2016. The importance of prosody in a proper English pronunciation for EFL learners. Arab World English Journal (AWEJ) 2: 316-327.

Tan Jia Yuh & Husaina Banu Kenayathulla. 2020. Pentaksiran bilik darjah dan prestasi murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Hulu Langat, Selangor. Jurnal Kepimpinan Pendidikan 3:70-90.

Thompson, A. 2018. Improving pronunciation through daily conversation practices. Journal of Applied Linguistics 22(3): 215-230.

Tofan Gustyawan. 2019. Bermain peran (role-play) dalam pemelajaran keterampilan berbicara bagi pelajar bipa tingkat pemula. Art and Design Journal 2(2): 65-68. Trianto. 2011. Desain Pengembangan Pembelajaran Tematik. Jakarta: Kencana.

Wang J, Rahayu Abdullah & Leong L-M. 2022. Studies of teaching and learning english-speaking skills: a review and bibliometric analysis. In Kokol, P (ed.). Frontiers in Education. Frontiers Media SA.

Zaharah Mohamad, Nor Azizah Atan & Norasyikin Yaacob. 2021. Amalan pentaksiran autentik dalam kalangan guru sekolah rendah Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor. Jurnal Penyelidikan TEMPAWAN 38: 62-71.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia