Fiqh Al-Watan dan Legitimasi Islam Tempatan: Satu Kerangka Dekolonisasi (Fiqh al-Watan and the Legitimisation of Local Islam: A Decolonial Framework)

Azman Yusof, Ibrahim Majdi Mohd kamil, Amran Muhammad, Rahimin Affandi Abdul Rahim

Abstract


ABSTRAK: Artikel ini membincangkan gagasan fiqh al-watan sebagai suatu kerangka pemikiran dan tindakan untuk memulihkan legitimasi Islam tempatan yang semakin terhakis akibat daripada kolonialisme, dominasi pemikiran transnasional dan krisis institusi warisan yang telah lama berakar dalam struktur masyarakat Islam di Nusantara. Melalui kaedah analisis literatur, artikel ini mengemukakan bahawa fiqh al-watan bukan sekadar pendekatan hukum lokal yang bersifat teknikal, tetapi merupakan suatu strategi dekolonisasi yang menyeluruh. Strategi ini meliputi pelbagai aspek penting termasuk epistemologi ilmu, kerangka perundangan, institusi keagamaan, dan sistem nilai yang menjadi asas kepada pembinaan semula identiti dan pemikiran Islam yang lebih kontekstual serta autentik. Cadangan pelaksanaan kerangka fiqh al-watan turut dibentangkan secara sistematik merangkumi tiga komponen utama, iaitu prinsip asas yang menjunjung maqasid syariah dan maslahat tempatan, struktur tindakan yang bersifat praksis dan responsif terhadap realiti semasa, serta langkah institusionalisasi bagi memastikan kesinambungan dan keberkesanan dalam jangka panjang. Pendekatan ini dirumuskan untuk menanggapi pelbagai cabaran kontemporari, termasuk ancaman ekstremisme agama, kecenderungan sekularisme radikal, dan krisis kepercayaan terhadap institusi keagamaan. Artikel ini menyarankan bahawa gagasan fiqh al-watan ini mampu menjadi jalan tengah antara ekstremisme dan sekularisme, sekali gus mengharmonikan tuntutan agama dan keperluan kenegaraan dalam kerangka nilai-nilai tempatan yang berpaksikan sejarah, budaya dan adab Islam di rantau ini. Pendekatan ini mampu memberikan asas yang kukuh bagi pembentukan dasar agama dan negara yang lebih berteraskan realiti masyarakat Islam Nusantara.

Kata kunci: Fiqh al-Watan; Dekolonisasi; Hukum Kanun Pahang; Maqaṣid; Kolonialisme

ABSTRACT:This article discusses the idea of fiqh al-watan as a framework of thought and action to restore the legitimacy of local Islam which has been increasingly eroded as a result of colonialism, the dominance of transnational thought and the crisis of legacy institutions that have long been rooted in the structure of Islamic society in the archipelago. Through the method of literature analysis, this article proposes that fiqh al-watan is not just a technical local legal approach but is a comprehensive decolonization strategy. This strategy covers various important aspects including the epistemology of knowledge, legal framework, religious institutions, and value systems that form the basis for the reconstruction of a more contextual and authentic Islamic identity and thought. The proposal for the implementation of the fiqh al-watan framework is also presented systematically, comprising three main components, namely the basic principles that uphold the maqasid syariah and local maslahat, a structure of action that is pragmatic and responsive to current realities, and institutionalization measures to ensure continuity and effectiveness in the long term. This approach is formulated to respond to various contemporary challenges, including the threat of religious extremism, the tendency towards radical secularism, and a crisis of trust in religious institutions. This article suggests that the idea of fiqh al-watan can be a middle ground between extremism and secularism, thus harmonizing religious demands and state needs within a framework of local values that are centered on the history, culture, and Islamic manners in this region. This approach can provide a solid foundation for the formation of religious and state policies that are more based on the reality of the Islamic community of Nusantara.

Keywords: Fiqh al-Watan; Decolonization; Pahang Canon Law; Maqaṣid; Colonialism


Keywords


Kata kunci: Fiqh al-Watan; Dekolonisasi; Hukum Kanun Pahang; Maqaṣid; Kolonialisme

Full Text:

PDF

References


Abdul Rahman Abdullah. 1992. Gerakan Islam tradisional di

Malaysia: Sejarah dan pemikiran – Jamaat Tabligh dan

Darul Arqam. Kuala Lumpur: Penerbit Kintan.

Ahmad Farid Abd Jalal, Rahimin Affandi Abdul Rahim &

Awang Azman Awang Pawi. 2022. Manuskrip Hukum

Kanun Pahang: Antara Kepentingan dan Kritikan Sarjana

Kolonial. Jurnal Melayu Sedunia 5(1): 89–99.

Al-Attas, S.M.N. 1978. Islam and Secularism. Kuala Lumpur:

ABIM.

Azra, A. 1999. Islam Reformis: Dinamika Intelektual dan

Gerakan. Jakarta: PT RajaGrafindo Persada, hlm. 60–62.

Azra, A. 1999. Renaisans Islam Asia Tenggara: Sejarah

Wacana dan Kekuasaan. Bandung: PT Remaja Rosdakarya,

hlm. 5–7.

Azra, A. 2000. Bali and Southeast Asian Islam: Debunking

the Myths. Dalam Kumar Ramakrishna & Seng Seng Tan

(Pnyt.) After Bali: The threat of terrorism in Southeast Asia

(hlm. 52). Singapore: Institute of Defence and Strategic

Studies.

Hooker, M.B. 1986. Islamic Law in South-East Asia. Oxford:

Oxford University Press.

Hussin, N. 2007. Islam in Southeast Asia: Colonialism,

Nationalism and Transnationalism. Singapore: ISEAS.

Hussin, N. 2007. The emergence of the Kumpulan Mujahidin

Malaysia (KMM) and its implications for security in

Southeast Asia. Contemporary Southeast Asia 29(1): 86

Ibrahim Abu Bakar. 1994. Islamic Modernism in Malaya. Kuala

Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Ibrahim, A. 1993. The Administration of Islamic law in

Malaysia. Kuala Lumpur: Institute of Islamic Understanding

Malaysia.

International Crisis Group. 2002. Al-Qaeda in Southeast Asia:

The case of the “Ngruki Network” in Indonesia. ICG Asia

Report No. 20.

Jamalluddin Hashim. 2014. Analisis pengaruh unsur fiqh

tempatan dalam Kitab Al-Sirat Al-Mustaqim karya Shaykh

Nur Al-Din Al-Raniri. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia

Melayu 7(1): 2–19.

Kamali, M. H. 2008. Shari‘ah law: An introduction. Oxford:

Oneworld Publications.

Kamali, M.H. 2010. The Middle Path of Moderation in Islam:

The Qur’anic Principle of Wasatiyyah. Oxford: Oxford

University Press.

Mohamad Abu Bakar. 2001. Pengaruh luar dan pengislaman

dalam negeri: United Kingdom dan Eire dalam kebangkitan

semula Islam di Malaysia. Dalam Mohammad Redzuan

Othman (Ed.). Jendela Masa: Kumpulan esei sempena

persaraan Dato’ Khoo Kay Kim (hlm. 407–410). Kuala

Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Mohammad Redzuan Othman. 1998. The role of Makka

Educated Malays in the development of early Islamic

scholarship and education in Malaya. Journal of Islamic

Studies 9(2).

Mohd Anuar Ramli. 2006. Islamisasi di tanah Melayu: Analisis

terhadap proses interaksi antara adat dan syariah Islam.

Dalam Hashim Awang (Ed.). Wacana Budaya. Kuala

Lumpur: APMUM.

Mohd Mizan Mohammad Aslam. (2009). A critical study of

Kumpulan Militant Malaysia, its wider connections in the

region and the implications of radical Islam for the stability

of Southeast Asia (Tesis PhD). Victoria University of

Wellington.

Mohd Mizan Mohammad Aslam. 2017. The threat of Daesh

in Universities: Malaysia’s experience. A Journal of the

International Centre for Political Violence and Terrorism

Research 9(4): 13–16.

Muhammad Abu Bakar. 1993. Pandangan dunia, ideologi dan

kesarjanaan: Islam, proses sejarah dan rekonstruksi realiti

sosial. Dalam Tinta Kenangan: Sumbangan Sempena

Persaraan dan Perlantikan Naib Canselor, Profesor Datuk

Mohd Taib Osman. Kuala Lumpur: DBP.

Muhammad Haniff Hassan. 2009. Jemaah Islamiyyah ideology:

An Overview. Dalam Arnauld De Borchagrave (Ed.).

Conflict, Community and Criminality in Southeast Asia

and Australia: Assessments from the field. Singapore: CSIS

Transnational Threats Project.

Muhammad Kamal Hasan. 2001. Intellectual Discourse at the

end of the Second Millennium: Concerns of a Muslim-Malay

CEO (hlm. 113–116). Kuala Lumpur: UIAM.

Muhd Imran Abd Razak. 2017. Salafi Jihad’s Version and

Coercion to World Peace: An Islamic Educational

Perspective. International Journal of Academic Research in

Business and Social Sciences 7(12): 1–10.

Rahimin Affandi Abd Rahim. 2005. Pemikiran reformasi

Melayu semasa: Satu analisis. Dalam Hashim Musa (Ed.).

Bahasa dan Pemikiran Melayu . Kuala Lumpur: APMUM.

(hlm. 332–265)

Rahimin Affandi Abd Rahim. 2006. Ulamak dan paradigma

menanggani kebudayaan Melayu. Dalam Hashim Awang,

Othman Yatim & Nor Azita Che Din (Pyt.). Wacana Budaya.

Kuala Lumpur: APMUM. (hlm. 55–80).

Rahimin Affandi Abd Rahim. 2007. Aliran pemikiran Islam

moden: Satu kajian perbandingan. Jurnal Manusia dan

Masyarakat 15: 69–88.

Rahimin Affandi Abd Rahim. 2021. Anti-extremism fiqh as

retaliation against terrorism: An introduction. Jurnal Islam

dan Masyarakat Kontemporari 22(3): 115–128.

Said, E. W. 1979. Orientalism. New York: Vintage Books.

Wan Ahmad Fauzi Hashim @ Wan Husain. 2023. Analisis

hukum kanun Pahang dari aspek ciri perlembagaan moden.

BITARA: International Journal of Civilizational Studies and

Human Sciences 6(4): 220–233.

Zulkarnain Haron. 2013. A study of the Salafi jihadist doctrine

and the interpretation of jihad by Al-Jamaah Al-Islamiyah.

Kemanusiaan 20(2): 15–37.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia