Kewajaran Golongan Gelandangan Sebagai al-Riqāb

Abdul Mu’ti Idris, Amir Fazlim Jusoh @ Yusoff

Abstract


Zakat merupakan instrumen keadilan sosial dalam Islam yang berfungsi menjaga kebajikan masyarakat dan membebaskan manusia daripada pelbagai bentuk penindasan. Asnaf al-riqāb secara tradisinya merujuk kepada hamba yang ingin dimerdekakan, namun ketiadaan perhambaan fizikal pada masa kini menuntut penelitian semula terhadap tafsiran asnaf tersebut agar selari dengan realiti semasa. Kajian ini bertujuan menghuraikan makna al-riqāb menurut pandangan ulama klasik dan kontemporari serta menganalisis kewajaran golongan gelandangan dikategorikan sebagai asnaf al-riqāb. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kajian perpustakaan dan kajian lapangan dengan menganalisis sumber primer dan sekunder berkaitan zakat dan asnaf al-riqāb. Hasil kajian mendapati bahawa perluasan tafsiran al-riqāb oleh ulama kontemporari merangkumi perhambaan moden seperti belenggu kemiskinan, masalah sosial dan kehilangan kebebasan hidup, yang bertepatan dengan realiti kehidupan golongan gelandangan. Oleh itu, kajian ini menyimpulkan bahawa pengiktirafan golongan gelandangan sebagai asnaf al-riqāb adalah tidak wajar dan tidak selari dengan maqāṣid al syarī‘ah (objektif syarak) dalam usaha memperkasakan pengagihan zakat yang lebih berkesan dan relevan.

 

Keywords


Zakat; Asnaf ar-riqāb; Golongan gelandangan; Maqāṣid al-Syarī‘ah

Full Text:

PDF

References


Al-Qaraḍāwī, Yūsuf. 1969. Fiqh al-Zakāh: Dirāsah Muqāranah li Aḥkāmihā wa Falsafatihā fī Ḍaw‟ al-Qur‟ān wa al-Sunnah. Beirut: Dār al-Irshād.

Wahbah al-Zuḥaylī. 2008. Al-Fiqh al-Islāmī wa Adillatuhu. Cet. ke-6. Damsyik: Dār al-Fikr.

Abd Wahid. 2006. Hamba Abdi Menurut Al-Quran: Kajian Tafsir Maudui. Tesis PhD, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. 2009. “Pengagihan Zakat oleh Institusi Zakat kepada Lapan Asnaf: Kajian di Malaysia.” Kertas kerja Seminar Kebangsaan Ekonomi Islam, Universiti Malaya.

Azman Ab Rahman et al. 2016. Kedudukan Asnaf al-riqāb sebagai Penerima Zakat di Malaysia. Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia.

Azman Ab Rahman & Tengku Mansur Tengku Zainal Abidin. 2016. Kedudukan Asnaf al-riqāb dan Cadangan Kaedah Pengaplikasiannya di Negeri Perak. Dalam Menelusuri Isu-Isu Kontemporari Zakat, disunting oleh Razali Md Jani et al. Kuala Lumpur: PPZ.

Muhammad Ammar Harith & Mohd Anuar Ramli. 2017. “Golongan Gelandangan di Malaysia: Antara Perluasan Tafsiran Asnaf Ibnu al-Sabīl dan al-riqāb” Dalam Isu-Isu Kontemporari dalam Zakat, Wakaf dan Filantropi Islam. Shah Alam: UiTM.

Zulkifli Mohamed al-Bakri. 2012. Al-riqāb: Tafsiran Aplikasi Semasa dari Sudut Syarak. Jurnal Pengurusan JAWHAR, 6(2).

Abdul Monir Yaacob. 2000. Garis Panduan Agama Dalam Pengagihan Dana Zakat. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Kaedah Pengagihan Dana Zakat: Satu Perspektif Islam, Dewan Besar IKIM, 8–9 Februari.

Mahmood Zuhdi Abd Majid. 2003. Pengurusan Zakat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azman Ab Rahman. 2018. “Kedudukan Orang Kelainan Upaya (OKU) sebagai Asnaf al-Riqab di Malaysia ” Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa, 12(1).




DOI: http://dx.doi.org/10.26475/jcil.v11i1.104455

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2026 Abdul Mu’ti Idris, Amir Fazlim Jusoh @ Yusoff

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.