Cadangan Garis Panduan Kebebasan Bersuara di Media Sosial Menurut Perspektif Islam
Abstract
Kewujudan media baharu memberi kemudahan kepada individu dalam menyuarakan pendapat ataupun kebebasan bersuara di pelbagai ruangan komen di media sosial. Namun, terdapat komen yang dilontarkan berbentuk negatif, komentar netizen yang kasar dan tidak selari dengan Islam. Keadaan sedemikian cenderung mencetuskan pergaduhan sesama pengguna media sosial. Objektif kajian ini menganalisa konsep kebebasan bersuara menurut Islam serta membuat pemerhatian terhadap amalan kebebasan bersuara di media sosial melalui medium Facebook. Metodologi kajian adalah kualitatif iaitu dengan kaedah analisis dokumen-dokumen seperti al-Qur’an, hadith, buku-buku dan artikel jurnal. Pemerhatian terhadap pengguna media sosial difokuskan kepada laman sesawang Facebook. Data terkumpul dianalisis secara tematik dan dipersembahkan mengikut tema-tema bersesuaian. Hasil kajian mendapati bahawa kebebasan bersuara ini tidak mutlak dan terhad sepertimana perbahasan dalam usul fiqh dan kaedah fiqh, selari dengan tuntuan Islam. Pemerhatian yang dijalankan juga mendapati bahawa terdapat amalan kebebasan bersuara oleh netizen yang bercanggah dengan Islam kerana terdapat penggunaan kata-kata kesat seperti bangang, ‘buto’ dan bodoh, serta perkataan yang berbentuk negatif seperti sindiran, fitnah dan lain-lain. Implikasi kajian ini mencadangkan suatu garis panduan kebebasan bersuara menurut Islam sebagai panduan komunikasi yang lebih harmoni dalam kalangan masyarakat.
Keywords
Full Text:
PDFReferences
Al-Quran
Abdul Karim Zaydan. 2006. Al-Wajiz fi Usul al-Fiqh. Beirut: Al-Resalah Publishing House. 230-235.
Ahmad, N. M. 2023. Pelanggaran Hak Kebebasan Bersuara melalui Penghinaan terhadap Agama: Penilaian Kritis dari Perspektif Islam dan Undang-Undang di Malaysia: Violation of the Right to Freedom of Speech through Religious Insults: A Critical Appraisal from the Perspective of Islam and Law in Malaysia. Sains Insani 8(2): 257-267.
Ariyati. M. 2024. Utama kemaslahatan manusia. My Metro, 19 Ogos 2024: https://www.hmetro.com.my/rencana/2024/08/1124365/utama-kemaslahatan-manusia. [20 Januari 2025].
Ariyanti, M. 2024. Menangani salah faham kebebasan bersuara di alam siber. Berita RTM (31 Julai 2024): https://berita.rtm.gov.my/laporan-khas/kolumnis/senarai-berita-kolumnis/senarai-artikel/menangani-salah-faham-kebebasan-bersuara-di-alam-siber. [12 Januari 2025].
al-Bāḥusayn, Yaᶜqūb Ibn ᶜAbd al-Wahhāb. 2007. Al-Istiḥsān: Haqīqatuh – Anwāᶜuh – Ḥujjīyyatuh – Taṭbīqātuh Al-Muᶜāṣarah. Riyadh: Maktabah al-Rushd Nāshīrūn.
al-Bukhari, Muhammad bin Ismail. 1422H. Sahih Bukhari. Damsyiq, Dar Tuq al-Najah. 1/155.
al-Ghazali. 1437H. Kitab Ihya’ Ulum al-Din. Bab Amar Makruf Nahi Mungkar. Beirut, Dar al-Makrifah. 2/306-356.
Hamizi, M. A. F. M. 2023. Penggunaan Media Sosial Sebagai Media Baharu dan Impaknya Terhadap Masyarakat Malaysia. Perspektif Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan 15: 24-37.
Ibnu Taimiyah. 1995. Kitab Majmu’ al-Fatawa. Tahqiq Abd Rahman bin Muhammad
Mahmood, A. R. B., Mahmood, A. M. B. & Kashim, M. I. A. B. M. 2010. Kebebasan Bersuara Dalam Hukum Dan Fatwa: Satu Analisis. Jurnal Penyelidikan Islam 23.
Megat Al Imran, Y. 2020. Komen jelik bertebaran. Harian Metro, 24 September 2020: https://www.hmetro.com.my/rencana/2020/09/623734/komen-jelik-bertebaran. [11 Januari 2025].
Mohamad Hashim Kamali. 1994. Freedom of Expression in Islam. Kuala Lumpur, Berita Publishing Sdn. Bhd.
al-Muhaimi, Ahmad Jalal Hamid. 1987. Huriyyah al-Ray’ fi al-Maydan al-Siyasi. Kaherah, Dar al-Wafa li al-Taiba’ah wa al-Nashr. Halaman 194-195
Muhammad Fahmi, R. 2018. Undang-Undang Jalan Raya dan Kaitan dengan Dalil Maslahah Mursalah. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. 8 Mac 2018: https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-usul-fiqh/2335-irsyad-usul-al-feqh-siri-ke-21-undang-undang-jalan-raya-dan-kaitan-dengan-dalil-maslahah-mursalah. [12 Ogos 2025].
Muslim, Ibn Hujaj Abu al-Hasan. 1431H. Sahih Muslim. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-A’rabi.
Norzilawati. S. 2022. Sultan zahir dukacita baca komen keterlaluan di media sosial. Selangorkini, 7 Oktober 2022: https://selangorkini.my/2022/10/sultan-zahir-dukacita-baca-komen-keterlaluan-di-media-sosial/. [11 Januari 2025].
al-Qurtubi, Muhammad Ibn Ahmad. t.t. al-Jami‘li Ahkam al-Qur’an, juz. 2. Kaherah: al-Hay’ah al-Misriyyah al-‘Ammah li al-Kitab, hh. 57-58.
Rabi’, Ibn Hadi al-Mudkhali Hafizahullah. 1427H. Huriyyah al-Ra’y. 21 Safar 1427H.
al-Shatibiyy. 1999. Muwafaqat Fi Usul as-Syariah. 2/324.
Shodiqoh, R. 2024. Digital Ethics: Social Media Ethics in a Contemporary Islamic Perspective. Solo International Collaboration and Publication of Social Sciences and Humanities Vol.2, No.3,(2024): 215-226.
al-Suyuti, Abdul Rahman bin Abi Bakar. 1990. Kitab Al-Ashbah wa al-Nazair. Dar al-Kutub al-Ilmiah. Halaman 7-100.
al-Tirmizi, Muhammad bin Isa. 1975. Sunan Al-Tirmizi. Mesir: Syarikat Maktabah Wa Mutobaah Mustofa al-Babi al-Halbi.
Wahbah al-Zuhaili. 2011. Kitab al-Fiqh al-Islami wa Adillatu. Cetakan 12. Damsyik, Dar al-Fikr. Jilid 4.
Yusuf al-Qaradawi. 1997. Fatawa Qaradhawi. Batu Caves: ALBAZ Publishing & Distribution SDN BHD.
DOI: http://dx.doi.org/10.26475/jcil.v11i1.104456
Refbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2026 Ahmad Syakir Mohd Nor Ilman, Zuliza Mohd Kusrin

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.