Peranan Baitulmal Sebagai Institusi Kebajikan Ahli Waris Orang Hilang (al-Mafqūd): Kajian di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
Abstract
Baitulmal merupakan institusi pengurusan harta yang berfungsi dalam mengendalikan harta orang Islam. Ia juga berperanan sebagai institusi kebajikan membasmi kemiskinan masyarakat dan membantu orang Islam yang memerlukan bantuan. Hal ini termasuklah mereka yang kehilangan seseorang (ketua keluarga) sebagai tempat bergantung dalam suatu tempoh yang lama dan tidak diketahui status hidup dan matinya. Situasi tersebut dikategorikan sebagai orang hilang (al-mafqūd). Timbul persoalan mengenai peranan yang dimainkan oleh Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) terhadap ahli waris al-mafqūd sepanjang tempoh kehilangan berlaku. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengetahui kedudukan al-mafqūd berdasarkan peruntukan yang diguna pakai oleh Baitulmal MAIWP dan mengenal pasti peranan Baitulmal MAIWP dalam memelihara kebajikan ahli waris al-mafqūd. Metodologi penyelidikan kajian ini adalah secara kualitatif merangkumi pengumpulan data dan maklumat melalui kaedah analisis kandungan secara deskriptif termasuk penelitian terhadap Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 502] serta temu bual terhadap informan iaitu seorang Pegawai di Bahagian Agihan Zakat, MAIWP. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat definisi khusus al-mafqūd di dalam peruntukan Baitulmal MAIWP, namun bidang kuasanya terhad. Dari aspek peranannya terhadap kebajikan ahli waris al-mafqūd pula, Baitulmal MAIWP menyediakan skim-skim bantuan yang boleh dipohon seperti Skim Bantuan Kecemasan, Skim Bantuan Nafkah dan Keperluan Asas, Skim Bantuan Perubatan dan sebagainya. Kajian ini diharapkan dapat memberi panduan kepada masyarakat tentang peranan Baitulmal MAIWP sebagai institusi yang boleh dirujuk dari aspek kebajikan sekiranya berlaku kehilangan ahli keluarga.Di samping itu, kajian susulan berkenaan bidang kuasa Baitulmal juga perlu dilakukan dengan lebih mendalam khususnya di Wilayah Persekutuan termasuk peranan Baitulmal MAIWP sebagai institusi kebajikan ahli waris al-mafqūd juga wajar diperkasakan dengan lebih komprehensif agar ia tidak terhad kepada aspek kewangan sahaja.
Keywords
Full Text:
PDFReferences
cAbdul Karῑm al-Khatῑb. 1998. al-Siyāsah al-Māliyyah fi al-Islām wa Ṣalatahā bi al-Mucāmalāt al-Mucāṣirah. Bayrūt: Dar al-Macrifat.
Agustin Hanafi & Mohamad Hedhayatullah Bin Mohamad. 2018. Peran Bahagian Sokongan Keluarga dalam Masalah Pemenuhan Nafkah Isteri Pasca Perceraian (Studi Kasus di Mahkamah Tinggi Syariah Kedah, Malaysia). Pusat Jurnal UIN ar-Raniry 20(1): 57-74.
al-Khin, Mustafā, al-Bughā, Mustafā. & al-Syarbajῑ, cAlῑ. 2015. al-Fiqh al-Manhajῑ calā Mazhab al-Imām al-Syaficῑy. Ed. ke-15. Damshῑq: Dar al-Qalam.
al-Marghῑnānῑ, Burhan al-Dῑn., cAlῑ Abῑ al-Hassan bin Abῑ Bakr bin cAbdū al-Jalῑl al-Farghānῑ. t.th. Matan Bidāyah al-Mubtadi fῑ Fiqh al-Imām Abῑ Hanῑfah. Qāhirah: Maktabah Muhammad cAlῑ Subh.
al-Marghῑnānῑ, Burhan al-Dῑn., cAlῑ Abῑ al-Hassan bin Abῑ Bakr bin cAbdū al-Jalῑl al-Rushdānῑ. 2008. al-Hidāyah Sharh Bidāyah al-Mubtadi. Qāhirah: Dar al-Hadith.
al-Shalabῑy, Ahmad. 1993. al-Iqtisād fῑ al-Fikr al-Islāmῑ. Cet.10. Qāhirah: Maktabah al-Nahdah al-Misrῑyah.
Fariza Mohamad Tajuddin. 2016. Pengurusan harta pusaka kanak-kanak menurut perspektif Islam dan undang-undang di Malaysia. Disertasi Sarjana, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ibn Manzūr, Muhammad ibn Mukarram. 1414. Lῑsān al-cArab. Ed. ke-3. Bayrūt: Dar al-Sādir.
Majmac al-Lughah al-cArabῑyah. 2004. al-Mucjam al-Wasῑt. al-Qāhirah: Maktabah al-Shuruk al-Dawlῑyah.
Mohammad Haji Alias & Mohd Farihal Osman. 2018. Keberdayaan baitulmal dalam menangani permasalahan sosio ekonomi ummah. JAWHAR: 1-14.
Mohd Kamarul Khaidzir Saadan, Mohamad Sabri Haron & Ahmad Murshidi Mustapha. 2019. Tansaksi harta orang hilang menurut syarak dan undang-undang. Journal of Muwafaqat 2(1): 116–131.
Muhammad Assyifaa Ulhayat Jahidin, Mohamad Hilmi Mat Said & Mohd Saifuddin Abdul Karim. 2021. Baitulmal management during the time of rasulullah saw and the ruling of khulafa ar-rashidin. Jurnal al-Ṣiraṭ 19(2): 103-111.
Nor Amira Abd Shakor. 2023. Penentuan pentadbir harta orang hilang (al-mafqūd) dan pengurusannya menurut syarak dan perundangan di Malaysia. Disertasi Sarjana, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nur Zulfah Abdul Salam & Nur Syazwani Mohd Khatib. 2020. Isu tunggakan nafkah: keperluan penubuhan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK). Jurnal Muwafaqat 3(1): 38-51.
Siti Nur Hazimah Hamid, Bahiyah Ahmad, Shahidra Abd Khalil & Zunaidah Mohd Marzuki. 2020. Pembiayaan nafkah anak yatim: tinjauan menurut perspektif fiqh, undang-undang keluarga islam Malaysia serta kefahaman dan amalan masyarakat. Jurnal Akademika 90(1): 137–149.
Wan Zahari Wan Yusoff, Muhammad Azwan Sulaiman & Wan Ainaa Mardhiah Wan Zahari. 2019. isu dan penyelesaian harta al-mafqūd: satu pemerhatian. UMRAN – International Journal of Islamic and Civilizational Studies 2(2): 13-33.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2026 Nor Amira Binti Abd Shakor

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.