TABU BAHASA DALAM MASYARAKAT DUSUN DI DAERAH RANAU, SABAH
Abstract
Makalah ini bertujuan untuk membincangkan kewujudan tabu bahasa dalam masyarakat Dusun di kampung Bundu Tuhan, daerah Ranau, Sabah. Objektif utama adalah untuk (i) menjelaskan jenis tabu bahasa yang terdapat dalam masyarakat Dusun dan strategi yang digunakan untuk mengelakkan pelanggaran tabu bahasa dan (ii) membincangkan faktor yang mempengaruhi amalan tabu bahasa serta implikasinya kepada masyarakat Dusun. Data dikutip menerusi teknik temu bual yang melibatkan 12 orang informan. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat sepuluh jenis tabu bahasa dalam masyarakat Dusun yang berkaitan hal sumpahan dan makian, peristiwa kematian, hal kebersihan, sistem panggilan kekeluargaan, makhluk halus ghaib, anggota tubuh badan, hal kewanitaan, kegiatan pertanian dan perburuan serta tabu bahasa berkaitan haiwan. Untuk menghindari pelanggaran tabu bahasa, masyarakat Dusun menggunakan eufemisme. Faktor utama tabu bahasa diamalkan dalam masyarakat Dusun adalah disebabkan oleh pengaruh adat dan kepercayaan yang telah sebati sejak turun-temurun. Tabu bahasa juga didapati mempunyai implikasi positif dan negatif terhadap masyarakat ini.
Kata kunci: tabu bahasa; eufemisme; adat; masyarakat Dusun; Ranau
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.