STRATEGI PEMILIHAN BERITA HALAMAN HADAPAN AKHBAR BERBAHASA MELAYU DAN CINA: KAJIAN TERHADAP BERITA HARIAN DAN CHINA PRESS

SHAHRUL NAZMI SANNUSI, ONG YI MIN

Abstract


Berita ialah satu bentuk pelaporan yang memberikan informasi mengenai sesuatu peristiwa benar dan semasa kepada masyarakat. Pelbagai peristiwa berlaku setiap hari namun tidak semua peristiwa menjadi berita utama. Persoalan yang sentiasa ditanya ialah apakah kriteria sesebuah peristiwa menjadikan berita utama di halaman hadapan? Makalah ini membincangkan strategi pemilihan berita halaman hadapan dan jenis isu yang dipilih untuk dipaparkan dalam ruangan berita utama. ‘Teori Penentuan Agenda’ diaplikasi sebagai kerangka analisis kerana media massa menyalurkan informasi kepada agenda publik yang mampu menarik perhatian publik dan mempengaruhi khalayak. Data bagi makalah ini diperolehi daripada kaedah kualitatif, melalui instrumen temubual mendalam bersama dua orang editor kanan sebagai informen. Mereka adalah pegawai media di akhbar Berita Harian dan China Press. Hasil kajian mendapati, terdapat perbezaan dalam pemilihan berita utama antara akhbar Berita Harian dan China Press. Berita yang memberi impak yang besar terhadap majoriti pembaca mereka diberi keutamaan. Dapatan selanjutnya adalah, akhbar Berita Harian cenderung memaparkan agenda berkaitan isu nasional manakala China Press lebih kepada isu berkenaan dengan masyarakat Cina. Faktor atur letak akhbar juga adalah berbeza iaitu akhbar China Press mementingkan pemaparan gambar manakala Berita Harian pula mengutamakan berita eksklusif bagi memancing minat golongan pembaca. Makalah ini bertujuan memberi satu konsep tentang nilai berita yang boleh dijadikan faktor utama dalam pemilihan berita dan gambar di halaman hadapan akhbar berbahasa Melayu dan Cina di Malaysia.


Kata kunci: akhbar; kaum; berita utama; strategi; penentuan agenda; halaman hadapan


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.