SISTEM JARINGAN KOMUNIKASI LANGKAWI VARIAN KEDAWANG
Abstract
Makalah ini membicarakan salah satu varian dialek Melayu Langkawi (DML) yang terdapat di Pulau Langkawi Kedah, iaitu varian Kedawang (VKDWG). Metodologi kualitatif melalui jenis kajian kepustakaan dan lapangan diterapkan. Objektif kajian dalam makalah ini ialah menilai dan menyusun semula aspek-aspek fonologi yang masih belum mendapat penjelasan terhadap beberapa kajian tentang DML VKDWG terutamanya dalam menentukan jumlah inventori fonem. Justeru, kajian ini bertujuan menyentuh aspek fonetik dan fonologi dengan cara mendeskripsikan sistem fonologi DML VKDWG dengan memaparkan penyebaran bunyi vokal, diftong, konsonan dan melihat keberadaan alternasi dalam DML VKDWG ini. Pendekatan yang dimanfaatkan dalam mencapai objektif kajian ini ialah pendekatan struktural. Hasil kajian membuktikan bahawa DML VKDWG mempunyai lapan fonem vokal /i, u, e, o, ɛ, ɔ, ə, a/, memiliki tiga diftong iaitu /-oj, -aw, -aj/ dan 20 fonem konsonan yang terdiri daripada tujuh konsonan letupan /p, b, t, d, k, g, dan ʔ/, dua konsonan letusan /tʃ, dʒ/, empat konsonan geseran /s, ç, ɣ, h/, empat konsonan nasal /m, n, ɲ, ŋ/, satu konsonan sisian /l/ dan dua konsonan separuh vokal /w, j/. Penemuan kajian ini diharap dapat memberikan satu sumbangan yang baharu dan dapat melengkapkan kajian terdahulu dalam bidang linguistik. Selain itu, kajian ini juga dapat membantu menyusun semula keberadaan dialektal dialek Melayu Kedah.
Katakunci: fonem; fonologi; Kedawang; pendekatan struktural; penyebaran
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.