PENGGUNAAN KRISTANG SEBAGAI BAHASA KOMUNIKASI DALAM KALANGAN MASYARAKAT PORTUGIS DI MELAKA

SA’ADIAH MA’ALIP, RAHILAH OMAR

Abstract


Kajian ini bertujuan meneliti komunikasi antara generasi dalam kalangan masyarakat Portugis di Melaka. Bahasa Kristang adalah bahasa ibunda bagi masyarakat Portugis dan menjadi fokus kajian ini. Sampel bagi kajian ini adalah masyarakat Portugis yang tertumpu di kawasan perkampungan di Ujong Pasir, Melaka.  Instrumen kajian ini adalah soal-selidik, temu-bual dan juga pemerhatian bagi memperolehi data. Hasil kajian menunjukkan bahawa generasi tua masyarakat ini masih terus menggunakan bahasa Kristang. Manakala golongan generasi muda pula kelihatan sudah semakin kurang aktif menggunakan bahasa ibunda mereka walaupun dalam domain rumah atau keluarga. Golongan generasi muda sudah mula beralih kepada bahasa lain yang lebih dominan dan mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Hal ini merupakan antara faktor kemerosotan penggunaan bahasa Kristang ketika berkomunikasi dalam kalangan generasi muda. Fenomena ini merupakan suatu yang sering berlaku dalam masyarakat minoriti dan keadaan ini akan membawa kepada penguasaan bahasa yang kian melemah dan seterusnya menjejaskan kelestarian bahasa tersebut. Masyarakat Portugis di Melaka ini menyedari fenomena yang melanda bahasa Kristang dan keperluan masyarakat ini untuk terus berpegang kuat kepada khazanah bahasa ibunda ini. Oleh yang demikian, masyarakat ini berusaha agar penggunaan bahasa Kristang dikekalkan dan dipelihara dengan menggunakannya dalam kehidupan seharian. Dengan adanya rasa tanggungjawab untuk mengekalkan pengunaan bahasa ibunda dalam kalangan masyarakat Portugis ini, maka fenomena kepupusan bahasa yang sering berlaku dalam masyarakat minoriti akan dapat dielakkan.                                                                                                                                    

Kata kunci: bahasa Kristang; Melaka; pengekalan bahasa; penggunaan bahasa; Portugis

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.