PENGUASAAN BAHASA BABA-NYONYA DALAM KALANGAN MASYARAKAT BABA-NYONYA DI MELAKA

SA’ADIAH MA’ALIP, RAHILAH OMAR

Abstract


Masyarakat Baba-Nyonya merupakan golongan etnik minoriti yang terdapat di Melaka. Bahasa masyarakat ini unik kerana walaupun asal usul mereka adalah daripada suku kaum Cina tetapi mereka  tidak  bertutur  dalam  bahasa  Cina. Masyarakat  ini  sebaliknya  bertutur  dalam  bahasa Baba-Nyonya yang dikenali sebagai bahasa kreol. Sehubungan itu kajian ini bertujuan untuk  meneliti  penguasaan  bahasa dalam  kalangan  masyarakat   ini   kesan   daripada  faktor ekonomi  dan  peredaran  zaman. Selain itu,  kajian ini  juga turut mengkaji  penguasaan bahasa kreol dalam kalangan generasi tua dan yang muda masyarakat ini. Lokasi kajian ini adalah di Melaka. Reka bentuk kajian ini adalah mod campuran, iaitu kualitatif dan kuantitatif. Instrumen kajian yang digunapakai untuk mengumpul data adalahlah soal-selidik, temu-bual dan pemerhatian. Hasil kajian menunjukkan bahawa penguasaan bahasa masyarakat Baba-Nyonya semakin  berkurangan  terutamanya  dalam  golongan generasi muda. Fenomena ini disebabkan oleh masyarakat ini majoritinya lebih mengutamakan penguasaan terhadap bahasa Inggeris dan juga bahasa Mandarin. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa penguasaan bahasa Baba-Nyonya walaupun sudah semakin  berkurangan tetapi masyarakat ini  mempunyai  sikap  dan pandangan yang positif terhadap bahasa mereka. Hasil kajian ini adalah penambahan ilmu secara amnya kepada bahasa minoriti, dan secara khusus terhadap bahasa masyarakat Baba-Nyonya. Dokumentasi ini adalah  penting  untuk  merapatkan  jurang   ilmu  tentang bahasa masyarakat Baba-Nyonya di Malaysia.

 

Kata kunci: bahasa masyarakat minoriti; Baba-Nyonya; penguasaan bahasa; peralihan bahasa; sosiolinguistik


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.