PENGUASAAN BAHASA BABA-NYONYA DALAM KALANGAN MASYARAKAT BABA-NYONYA DI MELAKA
Abstract
Masyarakat Baba-Nyonya merupakan golongan etnik minoriti yang terdapat di Melaka. Bahasa masyarakat ini unik kerana walaupun asal usul mereka adalah daripada suku kaum Cina tetapi mereka tidak bertutur dalam bahasa Cina. Masyarakat ini sebaliknya bertutur dalam bahasa Baba-Nyonya yang dikenali sebagai bahasa kreol. Sehubungan itu kajian ini bertujuan untuk meneliti penguasaan bahasa dalam kalangan masyarakat ini kesan daripada faktor ekonomi dan peredaran zaman. Selain itu, kajian ini juga turut mengkaji penguasaan bahasa kreol dalam kalangan generasi tua dan yang muda masyarakat ini. Lokasi kajian ini adalah di Melaka. Reka bentuk kajian ini adalah mod campuran, iaitu kualitatif dan kuantitatif. Instrumen kajian yang digunapakai untuk mengumpul data adalahlah soal-selidik, temu-bual dan pemerhatian. Hasil kajian menunjukkan bahawa penguasaan bahasa masyarakat Baba-Nyonya semakin berkurangan terutamanya dalam golongan generasi muda. Fenomena ini disebabkan oleh masyarakat ini majoritinya lebih mengutamakan penguasaan terhadap bahasa Inggeris dan juga bahasa Mandarin. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa penguasaan bahasa Baba-Nyonya walaupun sudah semakin berkurangan tetapi masyarakat ini mempunyai sikap dan pandangan yang positif terhadap bahasa mereka. Hasil kajian ini adalah penambahan ilmu secara amnya kepada bahasa minoriti, dan secara khusus terhadap bahasa masyarakat Baba-Nyonya. Dokumentasi ini adalah penting untuk merapatkan jurang ilmu tentang bahasa masyarakat Baba-Nyonya di Malaysia.
Kata kunci: bahasa masyarakat minoriti; Baba-Nyonya; penguasaan bahasa; peralihan bahasa; sosiolinguistik
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.