MANFAAT SAYEMBARA DAN HADIAH SASTERA KEPADA PENULIS

HUSAIRI HUSSIN

Abstract


ABSTRAK

Sayembara dan hadiah sastera adalah landasan terbaik kepada pengarang untuk berkarya. Hal ini kerana, penganjur sayembara atau peraduan penulisan ada mengeluarkan panduan serta membimbing penulis untuk menghasilkan karya yang bermutu. Hadiah sastera pula adalah anugerah yang diberikan kepada penulis setelah karya diterbitkan. Walaupun begitu, karya-karya tersebut tetap akan dinilai berdasarkan kriteria tertentu. Jadi, penulis boleh menggunakan panduan tersebut untuk berkarya. Sehubungan itu, kajian ini pertamanya mengenal pasti manfaat yang diperoleh oleh pengarang setelah memenangi sayembara dan hadiah sastera. Objektif kedua kajian turut menghurai kriteria yang menjadi keutamaan panel penilai untuk memenangi sesuatu sayembara atau hadiah sastera. Keseluruhan penulisan ini bersandarkan kepada kajian kualitatif iaitu mengkaji data-data di perpustakaan seperti jurnal, tesis, buku dan sebagainya. Dapatan kajian memperlihatkan bahawa kewujudan sayembara memberi manfaat kepada pengarang yang memenangi sayembara dan penerima hadiah sastera seperti mendapat hadiah yang lumayan, karya dan penulis dikenali dalam kalangan peminat sastera serta pengarang juga akan bermotivasi untuk menghasilkan karya yang bermutu agar terpilih menjadi bahan rujukan. Kriteria utama yang digariskan oleh panel penilai ialah kekuatan watak yang bersifat positif dan dinamik, mempunyai nilai estetika sastera, penerapan unsur intelektual dan mampu menggugah perasaan pembaca. Selain itu terdapat juga karya yang menerima kritikan setelah diangkat sebagai pemenang sayembara. Oleh itu, hal ini perlu diperhalusi lagi.

 

Kata kunci: hadiah sastera; karya sastera; rubrik; manfaat; sayembara

BENEFITS OF SAYEMBARA AND LITERATURE REWARDS TO WRITERS

 

ABSTRACT

Sayembara and Literature Rewards are the best platforms for writers to publish his or her writings. One of the reasons is that there are clear guidelines provided to the writers by the organizers which enable them to be guided in producing a quality piece of writings. While, the literature rewards is a form of recognition given to the writers upon the publication, based on the selected judging criteria designed. The objective of this research is to identify a series of benefits obtained by the writers after winning any Sayembara dan Literature Rewards. Secondly, this research is set to identify and elaborate on the main criteria which are the focus of the panel to win any Sayembara dan Literature Rewards. Overall, the research is based on qualitative research through secondary data obtained from selected library archives such as journals, thesis, books, and others. The outcome of the research will be able to showcase the benefits of Sayembara to the winners on top of the existing benefits. The main criteria outlined by the appraisal panel are the character strengths of the characters that are positive and dynamic, have literary aesthetic value, the application of intellectual elements and able to stimulate the reader's feelings. In addition, there are also works that receive criticism after being appointed as a winner of the contest. Therefore, this should be further refined.

Keywords: literature rewards; literature writing; rubrics; benefit; sayembara

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.