KETAGIHAN PORNOGRAFI DALAM KALANGAN REMAJA: FAKTOR DAN IMPLIKASI TERHADAP SAHSIAH DIRI REMAJA
Abstract
ABSTRAK
Ketagihan pornografi merupakan satu perbuatan menonton atau melihat bahan pornografi secara melampau (kerap) dan susah untuk ditinggalkan oleh mereka yang terlibat. Ketagihan pornografi yang berlaku dalam kalangan rakyat di Malaysia tidak hanya melibatkan golongan dewasa tetapi turut melibatkan golongan bawah umur seperti remaja. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan faktor yang menyebabkan ketagihan pornografi dalam kalangan remaja pada hari ini yang mungkin didorong oleh perkembangan teknologi pada masa kini. Hasil dari analisa yang dibuat dari kajian terdahulu, kebanyakan penyelidik bersetuju teknologi merupakan faktor utama yang menyebabkan ketagihan pornografi dalam kalangan remaja pada hari ini. Namun, berdasarkan dapatan kajian yang ada, rata-rata penyelidik hanya memfokuskan internet sebagai satu-satunya teknologi yang menyebabkan ketagihan pornografi tanpa melihat pengaruh dari ciptaan moden (gadjet) dalam menyebabkan ketagihan pornografi dalam kalangan pelajar. Kesemua hasil kajian terdahulu juga mendapati pornografi hanya membawa implikasi negatif terhadap kehidupan dan kesihatan mereka yang terlibat. Oleh yang demikian, artikel ini dapat memberi maklumat dan pemahaman kapada masyarakat terutama golongan ibu bapa dan pelajar mengenai faktor teknologi dalam ketagihan pornografi dalam kalangan remaja serta implikasi negatif pornografi dalam kehidupan.
Kata kunci: Ketagihan; pornografi; teknologi; personaliti; remaja
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.