VARIAN HULU PERAK UTARA: FENOMENA DI GERIK DAN PENGKALAN HULU

NUR HABIBAH C.H, RAHIM AMAN

Abstract


ABSTRAK

Dialek Melayu Hulu Perak seringkali diertikan sebagai dialek pendatang, yakni dialek yang dibawa daripada luar semenanjung Malaysia. Walhal, dialek Melayu Hulu Perak ini, khususnya di bahagian Utara Perak merupakan dialeknya tersendiri. Kesannya, sehingga kini tidak ada perincian sistem fonologi yang terkini mengenai dialek yang dituturkan di kawasan Hulu Perak, khususnya kawasan yang dikenali sebagai Negeri Reman ini pada suatu ketika dahulu (kini Hulu Perak). Penulisan ini bertujuan menilai sistem fonologi dengan menjadikan dialek Melayu yang dituturkan di Gerik dan Pengkalan Hulu, Perak Utara sebagai bahan kajian. Analisis kualitatif terhadap ciri fonetik dan fonologi serta beberapa aspek linguistik lain yang diperoleh daripada sembilan buah kampung pedalaman mendapati dialek Melayu Hulu Perak Utara (HPU) memperlihatkan kewujudan beberapa variasi yang tersendiri. Hasil analisis mendapati sistem fonologi dialek HPU diwakili oleh 6 fonem vokal dan 18 fonem konsonan. Penemuan ini membawa dua implikasi penting. Pertama, dialek HPU banyak persamaan dengan dialek Ulu Terengganu. Kedua, dialek Melayu HPU memerlukan pengelompokan yang baharu.

Kata Kunci: Fonem; fonologi; Hulu Perak Utara; penyebaran; struktural


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.